Sunday, December 30, 2007

Pengasas Jemaah TAKFIR AL-AHBASH




inilah lagu yang diciptakan khas oleh pengikut Ta'asub al-HARARI, dengan mengaburi mata orang yang tidak mengenali siapakah sebenarnya mereka, dihiasilah oleh mereka Tok syeikh mereka ni dengan gelaran al-Allamah al-Muhaddith, Faqih dan macam-macam lagi...

Mereka mendakwa mereka Ahli sunnah beraqidah dengan aqidah al-Asy'ari, bermazhab dengan mazhab Syafi'e, Tareqat Rifai'e.

tetapi hakikatnya mereka merupakan JEMAAH TAKFIR yang muncul di akhir zaman AL-AHBASYI.

Kita mohon kepada Allah memberikan mereka hidayah ke jalan yang lurus..amin

Paparan Semula sebuah tulisan tentang Jemaah TAKFIR AL-AHBASH


Inilah Tok Guru kepada Abu Syafiq seperti yang dia sendiri sebut di dalam blog nya

Tulisan ini disiarkan di dalam majalah VISI Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UMAT ISLAM MALAYSIA PERLU
B E R W A S P A D A !

Oleh: Muhammad Mustaqim Mohd Zarif
(Kolej Universiti Islam Malaysia)

Saban hari umat Islam berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran yang melanda mereka dalam pelbagai aspek kehidupan, baik dari segi ekonomi, politik dan sosial, mahupun dari segi pemahaman dan pengamalan agama dalam kehidupan mereka seharian. Antara cabaran mutakhir yang kian terasa bahangnya kepada umat Islam Malaysia sekarang ini ialah penyebaran fahaman Al-Ahbash di kalangan sesetengah golongan pelajar Islam yang telah berkesempatan melanjutkan pelajaran mereka di Timur Tengah, terutama di Lubnan, Jordan dan beberapa negara sekitarnya. Walaupun pada hakikatnya pergerakan ini sudah lama wujud di beberapa negara di Timur Tengah, la mula tersebar dan mendapat tempat di kalangan negara lain hasil daripada interaksi dan pertukaran budaya antara masyarakat dunia kini yang serba canggih dan bersifat global.
Secara amnya, gerakan ini merupakan satu fahaman sesat yang berteraskan ajaran dan corak pemikiran yang berlandaskan pentakwilan nas dan prinsip agama berdasarkan nafsu, dan merupakan kacukan ajaran kebatinan (batiniyyah), Syiah dan kumpulan tasawuf tertentu. Pengasasnya ialah Abdullah bin Muhammad al-Harari al-Habashi, seorang bangsa Ethiopia (Habsyi) yang menetap di Lubnan, dan pengikutnya digelar al-Habashiyah atau al-Ahbash sempena namanya. Semasa di Ethiopia. beliau telah banyak menimbulkan huru-hara dan kekacauan di kalangan umat Islam melalui permusuhannya dengan banyak pertubuhan Islam yang terdapat di situ.

Perbezaan pendapat dan fahaman dalam pengertian agama di samping perasaan benci dan taasub yang amat tinggi telah mendorongnya melancarkan gerakan besar-besaran bagi menghapuskan "musuh-musuhnya" yang terdiri daripada para guru al-Quran dan cerdik pandai Islam yang tidak sealiran dengannya. lni termasuklah meminta bantuan daripada pihak Kristian yang memerintah (Raja Haile Selassie) untuk merealisasikan impiannya secara total dan hasilnya, beberapa sekolah tahfiz di bawah naungan Pertubuhan Tahfiz al-Quran Kebangsaan di Harar, Ethiopia telah ditutup dan ditamatkan operasinya pada tahun 1940. Tidak cukup dengan itu, beliau juga telah berusaha sehingga berjaya meyakinkan kerajaan Ethiopia untuk memenjarakan beberapa personaliti agama yang tidak sehaluan dengannya termasuklah guru-guru mengajar al-Quran dan pendakwah-pendakwah Islam. Oleh sebab inilah beliau digelar Shaykh al-Fitnah (syeikh yang menyebarkan huru-hara) di kalangan penduduk Ethiopia.

Kemudian, apabila berpindah ke Lubnan, beliau telah berjaya memperoleh ramai pengikut setia yang gigih berusaha mengembangkan ajarannya menggunakan pelbagai taktik dan cara, sama ada dari segi pengedaran buku-buku mengenai Ahbash dari rumah ke rumah secara percuma mahupun dari segi psikologi. Tambahan pula, taktik ugutan dan kekerasan juga sering digunakan oleh pengikut gerakan Ahbash semasa berhadapan dengan orang yang mempersoalkan ajaran ataupun pemikiran guru mereka secara terbuka. Salah seorang pengikut setianya, Shaykh Nizar al-Halabi yang memegang jawatan sebagai "Mufti" bagi gerakan ini, mati dibunuh akibat kelancangan dan kesesatan fatwa-fatwanya. Para pengikut fahaman ini banyak bergantung kepada bahan penulisan yang dihasilkan oleh pengasasnya sendiri iaitu Abdullah al-Habashi seperti: buku Bughyatul Talib, al-Dalil al­Qawim, al-Nahjul al-Salim, al-Mawlid al-Nabawi, Manarul Huda, Fathul Rahman, Sarih al-Bayan dan yang terkini buku lzhar al-Aqidah al-Sunniyah dan Maqalat al-Sunniyah. Di samping itu juga, terdapat sebahagian sumber ajaran dan fatwa semasa dalam bentuk audio dan rakaman video.
Antara kesesatan ajaran gerakan ini ialah mereka mencaci para sahabat nabi SAW seperti menuduh Muawiyah b. Abu Sufyan sebagai penjual berhala dan menggalakkan orang menyembah berhala, mencemuh Aisyah dan Khalid b. Al-Walid, serta menghukum sahabat yang terlibat dalam peperangan Siffin menentang Saiyyidina Ali b. Abu Talib sebagai mati dalam keadaan jahiliyah. Begitu juga, mereka tidak teragak-agak mengkafirkan beberapa personaliti terkemuka Islam seperti Ibn Taimiyyah, Imam al-Dhahabi, Sayyid Sabiq (mereka menuduhnya sebagai Majusi), begitu juga tuduhan mereka terhadap Sayyid Qutub sebagai golongan Khawarij yang kafir.
Dan aspek akidah pula, mereka mengatakan bahawa al-Quran merupakan hasil daripada perkataan Jibril dan bukannya Kalam Allah. Begitu juga, mereka mempercayai bahawa Shaykh Abdul Qadir al-Jailani berkemampuan memadamkan api neraka dengan sekali hembusan sahaja, dan mereka banyak berpegang kepada ajaran yang berteraskan kepada fahaman Jabariyyah, Murji'ah dan Jahmiyyah.

Perbezaan pendapat dan fahaman dalam pengertian agama di samping perasaan benci dan taasub yang amat tinggi telah mendorongnya melancarkan gerakan besar-besarati bagi menghapuskan "musuh-musuhnya" yang terdiri daripada para guru al-Quran dan cerdik pandai Islam yang tidak sealiran dengannya. Ini termasuklah meminta bantuan daripada pihak Kristian yang me (Raja Haile Selassie) untuk merealisasikan impiannya secara total dan hasilnya, bah bawah naungan Pertubuhan Tahfiz al-Quran Kebangsaan di Harar, Ethiopia dan ditamatkan operasinya pada tahun 1940.

FAHAMAN AHBASH ini mirip kepada perwatakan bangsa Yahudi yang menggunakan helah dalam "MENIPU" hukum Allah seperti penipuan mereka dalam perintah larangan menangkap ikan pada hari Sabtu sehingga mengakibatkan kermurkaan Allah dan mereka ditukarkan menjadi kera dan khinzir.

Antara kesesatan fatwa al-Ahbash dalam bidang fiqh ialah mereka mengharuskan mencuri harta orang Nasrani, menghalalkan judi dan riba, serta mengharuskan sembahyang hanya dengan berseluar dalam, kerana aurat pada takrif an mereka hanyalah menutup kemaluan depan dan belakang sahaja. Adapun peha dan sebagainya, maka ia tidak wajib ditutup. Zakat wang pula tidak wajib dikeluarkan atas alasan duit kertas yang digunakan sekarang ini tidak mempunyai nilai emas dan Perak, dan orang yang mempunyai berjuta ringgit sekalipun dianggap tidak layak mengeluarkan zakat.

Begitu juga, mereka telah mensyariatkan "helah syarak" sebagai komponen utama ajaran mereka. Sebagai contoh arak hukumnya haram, tetapi jika seseorang itu membeli sebotol arak dengan niat membayar harga botol itu dan bukan kerana kandungannya, maka harus baginya meminum arak itu.

Begitu juga, para pengikut gerakan ini boleh meninggalkan sembahyang Jumaat menggunakan "helah syarak" juga, iaitu dengan cara memakan makanan yang berbau seperti bawang putih dan sebagainya sebelum masuk waktu sembahyang supaya jatuh hukum kewajipan Jumaat dengan sebab itu. Dalam hal ini, mereka berlandaskan kepada hadith Nabi mafhumnya, "Barang siapa yang memakan bawang putih hendaklah dia menjauhkan diri daripada Masjid kami." (Riwayat Bukhari). Namun yang demikian diperhatikan bahawa hadith ini tidaklah boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan perkara wajib seperti sembahyang Jumaat dan seumpamanya, tetapi ia membawa kepada pengertian makruh iaitu setiap orang Islam yang hendak pergi ke masjid dan seumpamanya perlulah membersihkan dirinya dan tidak menyakiti orang lain dengan bau busuk daripada mulutnya. Daripada contoh ini, ternyata bahawa fahaman Ahbash ini mirip kepada perwatakan bangsa Yahudi yang menggunakan helah dalam "menipu" hukum Allah seperti penipuan mereka dalam perintah larangan menangkap ikan pada hari Sabtu sehingga mengakibatkan kermurkaan Allah dan mereka ditukarkan menjadi kera dan khinzir.

Dan aspek kemasyarakatan pula, kemunculan gerakan Ahbash yang jauh terpesong daripada fahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah berserta dengan ketaasuban dan pengasingan ahli-ahlinya daripada masyarakat merupakan satu tikaman yang memecah-belahkan kesatuan umat Islam. Di Lubnan misalnya, mereka mempunyai masjid khas untuk beribadat, dan jikalau terpaksa bersembahyang di masjid-masjid umum, mereka akan bersembahyang sesama sendiri tanpa mempedulikan jemaah yang lain. Ini sudah tentu akan membawa kepada timbulnya konflik di kalangan umat Islam yang sememangnya agak "tenat" pada masa sekarang. Ini ditambah pula dengan fatwa terkini kumpulan ini di Amerika Syarikat dan Kanada supaya mengubah arah kiblat 90 darjah daripada arah Kaabah, dengan alasan bahawa bumi ini berbentuk separa bulat dan bukannya bulat seperti yang didakwa.

Tambahan pula, gerakan ini berupaya bertukar menjadi militan dalam keadaan mendesak seperti yang berlaku di masjid Imam Ali yang merupakan salah sebuah masjid terbesar di Sydney, Australia beberapa tahun yang lalu. Dilaporkan bahawa beberapa pihak daripada gerakan Ahbash terlibat dalam perebutan kuasa dalam pentadbiran masjid yang mengakibatkan perbalahan yang serius. Dalam kemelut ini juga pihak berkuasa telah berjaya menangkap salah seorang anggota Ahbash yang membawa bersamanya bom api (molotov cocktail) yang ingin dilemparkan di beberapa kawasan masjid.

Sayugia diperhatikan juga bahawa gerakan ini mempunyai dana kewangan yang cukup kukuh, sehingga mereka mampu mendirikan pusat gerakan dan masjid mereka dengan binaan yang indah dan mewah di samping memberikan bantuan kewangan kepada pengikut mereka. lni sebenarnya perlu diteliti dan dipersoalkan kerana kewujudan gerakan penghancur seumpama ini yang kukuh dari segi kewangan dan bergiat bebas dibanyak negara mengunjurkan kewujudan pihak "penaja" di belakangnya yang bertujuan menghancurkan Islam dan kesatuan umat di kalangan mereka sendiri.

Oleh yang demikian, umat Islam perlu berhati-hati terhadap sebarang bentuk tipu daya yang disebarkan oleh kumpulan in i kerana mereka selalu berselindung di sebalik dakwaan mereka sebagai pengikut mazhab Syafi'i dan mendakwa guru mereka (Abdullah al­Habashi) sebagai seorang ulama hadith.

Friday, December 21, 2007

Hakikat Habib Ali al-Jufri al-Sufi



Hakikat AL-HABIB ALI Al-JUFRI- ini part 2, lihat ali jufri part 1,dengan 3,

Masyarakat kita mula mengenalinya dengan tersebarnya cd-cd ceramahnya dan pernah datang ke Malaysia beberapa kali sebelum ini, juga tidak lupa tok guru kepada Ali Jufri, iaitu Habib Umar bin Hafidz yang juga pernah beberapa kali datang ke negara kita, mereka berdua ini diundang dan dipromosikan oleh kumpulan-kumpulan sufi di negara kita ini.

Video di atas ini mendedahkan kebahayaan apa yang mereka sampaikan di dalam ceramah-ceramah mereka, penyelewengan dan ketidak sahihan hadis-hadis yang dibaca serta mendakwa hadis-hadis tertentu di dalam kitab sahih tetapi sebenarnya tidak sahih dan tiada di dalam kitab-kitab hadis yang sahih. video ini mengambil ucapan-ucapan Habib Ali al-Jufri sendiri yang terkandung di dalam cd-cd yang disebarkan termasuk di Malaysia lalu ditimbang menurut neraca al-Quran dan Sunnah.

Ceramah-ceramahnya dipenuhi dengan membaca hadis-hadis yang doif dan mauduk.Hadis yang tiada dalam sahih muslim dia kata di dalam sahih muslim, hadis yang tiada di dalam sunan Abi Daud dia kata di dalam sunan Abi Daud dan sebagainya.

Dia juga menyebarkan perkara-perkara yang bercanggah dengan Nas al-Quran dan Sunnah di dalam kuliah-kuliahnya. contohnya tidak boleh berkata Nabi s.a.w. telah wafat, Allah menciptakan segala sesuatu disebabkan Muhammad s.a.w. dan lain-lain lagi yang perlu di ingatkan kepada masyarakat kita.

kepada pengkagum ali Jufri di Malaysia hati-hati dengan apa yang disampaikan, terutama mereka yang menyertai kesufian dan tareqat.

semoga Allah memberi hidayah petunjuk ke jalan yang benar serta mengampuni kita dan dia...amin

sila rujuk di laman web ini ;-

http://almijhar.net/

Khutbah 'Idul Adha

إِنَّ الحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلا هَادِيَ لَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَـهَ إِلّا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُـهُ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَاِركْ عَلَى حَبِيْبِكَ سَيِّدنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِـِه وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، أَمَّا بَعْدُ،
فَإِنَّ أّصْدَقَ الحَدِيْثِ كِتَابُ اللهِ، وَخَيْرَ الهَدْيِ هَدْيُ مَحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَشَرَّ الأُمُوْرِ مُحْدَثَاتُهَا، فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ وَكُلَّ ضَلَالَةٍ في النَّارِ،

أَيُّهَا المُسْلِمُونَ رَحِمَكُمُ اللهُ، أُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِي بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ وَاتِّبَاعِ سُنَّةِ نَبِيِّهِ وَاجْتِنَابِ الهَوَى والبِدَعِ،

الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله، الله أكبر، الله أكبر ولله الحمد..

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar ketaqwaan dan jangan sekali-kali mati kecuali dalam Islam. Sesungguhnya hari raya yang disambut saban tahun bertujuan untuk membesarkan Syiar Allah dan itulah tanda ketaqwaan di dalam hati. Allah berfirman:

ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى القُلُوبِ

Demikianlah (ajaran Allah) dan sesiapa yang membesarkan syiar-syiar Allah (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat ketaqwaan hati. –Al-Haj:32

Maka hari raya yang disambut merupakan Ibadah hanya semata-mata kerana Allah.

الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله، الله أكبر، الله أكبر ولله الحمد..

‘Idul Adha yang disambut pada hari ini memperingatkan kita akan pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.s. dan juga anaknya yang dikasihi Ismail a.s. kita menyebut kisah ini setiap tahun di dalam khutbah-khutbah hari raya qurban ini bukanlah hanya bertujuan untuk menceritakan kisah tersebut semata-mata, kemudian balik kerumah tanpa melakukan sesuatu kepada Agama. Kalau begitu maka tiadalah faedah dari kisah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim dan Ismail ini. bahkan lebih dari itu tujuan kita mengulang-ngulang kisah ini untuk dihayati dan diambil iktibar terutamanya perkara yang berhubung kait dengan Aqidah, untuk dijadikan panduan hidup kita di dunia ini.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Allah berfirman di dalam surah al-Saffat ayat 102:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَـبُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى، قَالَ يَـأَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ، سَتَجِدُنِي إن شاءَ اللهُ مِنَ الصَّابِرِيْنَ.

Maka tatkala anak itu sampai (umur di mana sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu, fikirkanlah apa pendapatmu, Ismail menjawab wahai ayahku lakukanlah apa yang diperintahkan kepada mu , Insya Allah kamu akan mendapatiku di kalangan orang-orang yang sabar.

Begitulah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. juga kerelaan anaknya untuk disembelih menzahirkan ketaatan yang mutlak kepada perintah Allah Azza wajalla oleh kedua-dua mereka.

إنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلَـؤُا الْمُبِيْنَ

Sesungguhnya ini merupakan benar-benar ujian yang nyata.

Sidang jamaah yang berbahagia,

Marilah sama-sama kita mendengar dan menghayati doa yang dipohon dan diucapkan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. di dalam surah Ibrahim : 35-36

وَإِذْ قَالَ إبْرَاهِيْمُ رَبِّي اجْعَلْ هذَا الْبَلَدَ ءَامِناً وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أنْ نَعْبُدَ الأَصْنَامَ. رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيْراً مِّنَ النَّاسِ، فَمَنْ تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ.

Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata: Wahai Tuhanku, jadikanlah negeri ini (makkah) negeri yang aman dan Jauhkanlah aku dan anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala. Wahai Tuhanku, Sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakkan daripada manusia, Maka barangsiapa yang mengikutku sesungguhnya dia dikalanganku, dan sesiapa yang menderhakai aku maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Doa Nabi Ibrahim ini menunjukkan bahawasanya dakwah para Nabi sehinggalah Nabi dan Rasul yang terakhir Muhammad s.a.w. ialah Tauhid La Ilaha Ilallah. Yang tidak hanya difahami Tiada Tuhan selain Allah, bahkan lebih dari itu lagi maksudnya “Tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan ALLAH.”, Inilah yang disebut sebagai Tauhid al-Uluhiyyah atau disebut sebagai Tauhid Ibadah yang membezakan antara kita orang Islam dan orang Kafir.

ALLAH berfirman lagi dalam surah al-Anbia’: 25


وَمَا أرْسَلْناَ مِنْ قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلاَّ نُوْحِى إِلَيْهِ أنَّهُو لاَ إِلَهَ إلاَّ أناْ فَاعْبُدُوْنِ

Maksudnya: “Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul pun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya Bahawasanya tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali sembahlah olehmu sekalian akan Aku”.

Apabila kalimah ini dibawa oleh Nabi s.a.w. maka ianya ditentang oleh Musyrikin Makkah. Ini kerana mereka memahami tuntutan daripada kalimah syahadah itu ialah tidak ada sembahan yang berhak disembah melainkan ALLAH, dan keseluruhan pengabdian hanya untuk mendaulatkan ALLAH semata-mata.

Hadirin siding jemaah yang dikasihi Allah,

Menyembah kepada Allah bukan bererti hanya solat rukuk dan sujud, tetapi meliputi segala jenis Ibadah seperti doa dan ianya kepala segala ibadah. Maka tidak boleh seorang muslim berdoa memohon hajat kepada selain ALLAH.

Selain itu al-Hub (kecintaan), al-Ta’zim (pengagungan), al-Khauf (perasaan takut), al-Raja’ (mengharap). Begitu juga ibadah yang akan dilakukan pada hari ini iaitu penyembelihan haiwan-haiwan Korban juga nazar. Kesemua perkara-perkara ini adalah hak ALLAH Ta’ala ke atas hamba-hambaNya dan hanya boleh dilakukan hanya keranaNya. Sebahagian perkara-perkara inilah atau kesemuanya sekali ramai orang-orang Islam yang melakukannya kepada selain ALLAH  , Nauzubillahi minzalik.

Hari ini kita tidak melihat orang yang sujud kepada berhala dalam erti kata meletakkan patung dihadapanya lalu disujud kepadanya. Tetapi kita akan dapati mereka yang pergi ke kuburan para alim ulama’ dan orang soleh dan meminta hajat kepada mayat yang berada di dalam kubur tersebut seperti memohon agar disembuhkan penyakit, memohon agar dikurniakan anak, tidak cukup dengan itu sahaja bahkan melakukan penyembelihan, bertawaf dikubur serta bersujud kepadanya. Adakah perbuatan seperti ini tidak Syirik kepada ALLAH. perbuatan ini merupakan syirik besar yang mengeluarkannya dari agama Islam.

Amalan-amalan ini bukan hanya dilakukan oleh orang awam sahaja bahkan mereka yang konon-kononnya mengaku sebagai alim besar atau tok wali besar dari kalangan puak-puak sufi dan tarikat. Tindakan mereka sama seperti perbuatan para musyrik yang menyembah selain ALLAH lalu mereka mengatakan :

ما نَعْبُدُهُمْ إلا لِيُقَرِّبُوْناَ إِلَى اللهِ زُلْفَى

Bermaksud: “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada ALLAH dengan sedekat-dekatnya”. Surah al-Zumar: 3

الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله، الله أكبر، الله أكبر ولله الحمد..

Kemudian Nabi Ibrahim mengucapkan

فَمَنْ تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ.

Maka barangsiapa yang mengikutku sesungguhnya dia dikalanganku, dan sesiapa yang menderhakai aku maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ketahuilah wahai saudaraku sekalian, tujuan Allah mengutuskan para Nabi dan Rasul tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mengikut petunjuknya, maka sesiapa yang mengikut Ibrahim sesungguhnya dia bersama dengannya .

Begitulah juga tujuan diutuskan Nabi s.a.w. kepada kita umat akhir zaman. Kita mengucapkan Muhammad Rasulullah membawa pengertian Tidak ada yang diikuti melainkan Rasulullah s.a.w. Bukan hanya difahami Muhammad itu pesuruh Allah.

Wahai Saudaraku fahamilah Aqidahmu!!!

Maka mereka yang tidak memahami ucapan ini dan tidak tahu tuntutan kalimah ini ada yang menentang orang yang ingin menegakkan sunnah.

-Berapa ramai yang menentang mereka yang mengajak supaya mendaulatkan sunnah Nabi s.a.w.

-Berapa ramaikah yang mendakwa mereka mengikut sunnah tetapi bercanggah pengamalannya dengan sunnah.

-Berapa ramaikah yang cuba sedaya upayanya mempelajari serta beramal dengan sunnah Nabi s.a.w. dan menghidupkannya

-dan Berapa ramaikah yang memikirkan serta bertanya adakah amalan yang dilakukan bertepatan dengan sunnah Nabi s.a.w.

Sebab itulah syarat penerimaan Ibadah di dalam Islam ialah pertama Ikhlas tidak mensyirikkan Allah dengan makhlukNya dan yang kedua Mutabaatir Rasul, hendaklah tatacara ibadah yang dilakukan sesuai dengan petunjuk yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله، الله أكبر، الله أكبر ولله الحمد..

Mimbar pada hari ini tidak mampu untuk menghuraikan kesemua doa-doa Nabi Ibrahim yang dimuatkan di dalam surah Ibrahim yang bermula dari ayat 35-41. Sesungguhnya jika kita amati dan fahami maka faedahnya sangatlah besar kepada kita.

2 lagi Doa yang dipohon oleh Nabi Allah Ibrahim yang penting untuk disebutkan disini ialah pada ayat yang ke 40-41,

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيْمَ الصَّلَوةِ وَمِنْ زُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan Solat, Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Maka kewajipan ibu bapa di dalam mendidik anak-anak, mulalah dengan mengajarkan kepada mereka Tauhid kepada Allah s.w.t. kemudian ajarkanlah kepada mereka supaya mengikut petunjuk Rasulullah s.a.w. di dalam urusan agama, kemudian didiklah mereka untuk mendirikan Solat.

رَبَّنَا اغْفِرْلِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ يَوْمَ يَقُوْمُ الْحِسَابُ

Wahai Tuhan kami, Ampunilah aku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari Hisab.

Inilah tanggungjawab seorang anak kepada kedua-dua orang tuanya iaitu mendoakan keampunan dan kasih sayang daripada Allah untuk mereka

Daripada Abu Hurairah r.h.

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلْ الْجَنَّةَ

Maksudnya: Nabi s.a.w. bersabda, amat malang 3x, ditanya siapakah wahai Rasulullah, Nabi s.a.w. bersabda mereka yang malang itu ialah mereka yang sempat bersama dengan kedua-dua orang tuanya atau salah seorangnya ketika mereka sudah tua tetapi tidak memasuki Syurga Allah s.w.t.

Maka saya menyeru kepada diri saya dan siding jemaah sekalian, Pohonlah kepada Allah s.w.t. sepertimana doa yang dipohon oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. ini kepada anak cucunya, maka doa yang sama kita gunakan, memohon kepada Allah untuk anak cucu kita.

أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَأَنِ الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالمَيِن.

Khutbah kedua setelah muqaddimah

Bertaqwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, Nescaya Allah akan memperbaiki amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu
Penyembelihan yang dilakukan pada hari Idul Adha ini pada hakikanya menzahirkan ketaqwaan serta menghayati semangat pengorbanan dan penyerahan diri kepada Allah s.w.t.

Allah berfirman:

لن ينالَ اللهَ لُحُومُهَا وَلا دِمَائُهَا ولكن ينالُهُ التقوى منكم

Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah teapi yang sampai kepadaNya ialah amalan yang ikhlas yang berdasarkan ketaqwaan dari kamu.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah

Sembelihan korban yang akan dilakukan pada Idul Adha ini hendaklah ikhlas kepada Allah dan mengikut sunnah Nabi s.a.w.

Mereka yang ingin melakukan Kurban Nabi bersabda:

إِذَا دَخَلَ العَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَأخُذُ مِنْ شَعْرِهِ وَلاَ مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئاً حَتَّى يُضَحِّيَ.

Apabila masuk sepuluh hari (awal bulan Zulhijjah) dan sekiranya salah seorang kamu hendak melakukan kurban, maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah telah selesai berkurban. -Muslim-

Para ulamak berpendapat bahawa hadis ini membawa pengertian tegahan iaitu haram kepada mereka yang berniat melakukan kurban untuk memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia selesai melakukan ibadat tersebut. -Fatawa Lajnah Daimah lil Buhuth al-Ilmiyyah wal Ifta’ jilid 11, fatwa no. 1407-

Tetapi tidak ada kaffarah (denda) dikenakan bagi sesiapa yang tidak sengaja memotong rambut dan kukunya sebelum melakukan kurban.

Suka diingatkan bahawa Tukang sembelih tidak boleh diberikan daging kurban tersebut atas dasar upah kepada pekerjaannya . diriwayatkan dari sahabat Nabi s.a.w. iaitu Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

أَمَرَنِي رَسُولُ اللهِ  أنْ لاَ أُعْطِيَ الجَازِرَ مِنْهَا شَيْئاً

Maksudnya: Rasulullah s.a.w. memerintahkan dan tidak memberi tukang potong sedikitpun dari kurban tersebut." -Al-Bukhari dan Muslim-
Ini kerana sekiranya diberikan daging kurban di atas upah pekerjaannya maka perbuatan seperti ini seolah-olah menjual daging kurban untuk membeli tenaga kerja yang telah dilakukan oleh tukang sembelih tersebut, sedangkan daging kurban tidak boleh dijual beli.

Maka tukang sembelih diberi upah selain daging kurban seperti wang ringgit dan sebagainya oleh orang yang berkurban. Walau bagaimanapun tukang sembelih boleh mendapatkan daging kurban seperti orang lain mendapatkannya daripada pemberian dan sedekah yang diagih-agihkan kepada orang ramai.

إن الله وملائكته يصلون على النبي، يا أيها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما.اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد

Tuesday, December 18, 2007

Monday, December 17, 2007

Sambungan Panduan dan Adab Kurban

Perkara yang ditegah bagi mereka yang hendak berqurban

Bagi sesiapa yang hendak melakukan ibadah qurban janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehingga dia telah menyembelih haiwan qurbannya. Dalilnya seperti di dalam hadis yang telah disebutkan sebelum ini

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ قَالَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَأخُذُ مِنْ شَعْرِهِ وَلاَ مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئاً حَتَّى يُضَحِّيَ.

Dari Ummu Salamah bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: Apabila masuk sepuluh hari (awal bulan Zulhijjah) dan sekiranya salah seorang kamu hendak melakukan qurban, maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah telah selesai berqurban. -Muslim-

Majlis Fatwa tetap Arab Saudi yang diketuai oleh syeikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah, berpendapat bahawa hadis membawa pengertian tegahan iaitu haram kepada mereka yang berniat melakukan kurban untuk memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia selesai melakukan ibadat tersebut. -Fatawa Lajnah Daimah lil Buhuth al-Ilmiyyah wal Ifta’ jilid 11, fatwa no. 1407-

Tetapi tidak ada kaffarah (denda) dikenakan bagi sesiapa yang tidak sengaja memotong rambut dan kukunya sebelum melakukan kurban.

Cara menyembelih

Hendaklah sembelihan dilakukan dengan menggunakan pisau yang tajam. Ucapkanlah “Bismillah wallahu akbar" (dengan nama Allah dan Allah Maha Besar), membaringkan haiwan tersebut pada sisi kirinya karena yang demikian mudah bagi si penyembelih memegang pisau dengan tangan kanannya, dan menahan lehernya dengan tangan kiri.

Daripada Anas bin Malik beliau berkata:

ضَحَّى النَّبِي بِكَبْشَيْنِ، أَمْلَحَيْنِ، أَقْرَنَيْنِ ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ، وَسَمَّى وَكَبَّرَ، وَوَضَعَ رِجْلَهُ عَلَى صَفَاحِهِمَا
Maksudnya: Nabi s.a.w. menyembelih sendiri dua ekor kibasnya yang bagus dan bertanduk. Beliau mengucapkan basmallah dan takbir dan meletakkan kakinya di samping lehernya." -Al-Bukhari, dan Muslim-

Disunnahkan bagi yang berkorban, menyembelih sendiri sembelihannya. Tetapi sekiranya dia tidak mahir melakukannya bolehlah baginya mewakilkan kepada orang lain untuk menyembelih qurbannya.

Membahagikan daging kurban

Bagi yang menyembelih disunnahkan untuk memakan daging kurbannya, menghadiahkan kepada saudara kaum kerabatnya, bersedekah kepada fakir miskin, dan menyimpannya untuk perbekalan lebih dari 3 hari.

Allah s.w.t. berfirman di dalam surah al-Hajj:28

]فَكُلُواْ مِنْهَا وَأَطْعِمُواْ ٱلْبَائِسَ ٱلْفَقِيرَ[
Maksudnya: Makanlah kamu dari daging binatang kurban itu dan berilah makan kepada orang yang susah (yang fakir miskin)

Nabi s.a.w. bersabda:

وَعَنْ سَلَمَةَ بن الأكْوَع رَضِيَ اللهُ عَنْه أنَّ النَّبِيَّ قال: كُلُوا وَأَطْعِمُوا وَادَّخِرُوا

Maksudnya: Daripada Salamah bin Akwa’ bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Makanlah, dan beri makanlah serta simpanlah untuk bekalan”. -Al-Bukhari-

وَعَن عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا أنَّ النَّبِيَّ قَالَ:كُلُوا وَادَّخِرُوا وَتَصَدَّقُوا.

Maksudnya: Daripada Aisyah r.ha. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: “Makanlah dan simpanlah juga bersedekahlah”.

Memberi makan termasuk menghadiahkan kepada orang yang kaya, adapun bersedekah adalah pemberian yang diberikan kepada orang yang miskin. Para ulamak berselesih pendapat kadar yang dimakan oleh orang yang berqurban dan juga kadar hadiah serta sedekah.
Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Utsaimin menyatakan syarak memberikan keluasan atau kelonggaran terhadap kadar daging kurban yang hendak dimakan atau disedekahkan, tetapi pendapat yang terpilih ialah 1/3 untuk dimakan, 1/3 dihadiahkan dan 1/3 lagi disedekahkan.
Diharamkan untuk menjual sesuatu pun daripada qurban tersebut sama ada daging sehinggalah kulitnya.
Tukang sembelih tidak boleh diberikan daging kurban tersebut atas dasar upah kepada pekerjaannya . diriwayatkan dari sahabat Nabi s.a.w. iaitu Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

أَمَرَنِي رَسُولُ اللهِ أنْ لاَ أُعْطِيَ الجَازِرَ مِنْهَا شَيْئاً

Maksudnya: Rasulullah s.a.w. memerintahkan dan tidak memberi tukang potong sedikitpun dari kurban tersebut." -Al-Bukhari dan Muslim-

Ini kerana sekiranya diberikan daging kurban di atas upah pekerjaannya maka perbuatan seperti ini seolah-olah menjual daging kurban untuk membeli tenaga kerja yang telah dilakukan oleh tukang sembelih tersebut, sedangkan daging kurban tidak boleh dijual beli.
Maka tukang sembelih diberi upah selain daging kurban seperti wang ringgit dan sebagainya oleh orang yang berkurban. Walau bagaimanapun tukang sembelih boleh mendapatkan daging kurban seperti orang lain mendapatkannya daripada pemberian dan sedekah yang diagih-agihkan kepada orang ramai.

Berhubung pemberian daging kurban kepada bukan Islam Majlis Fatwa tetap Arab Saudi memfatwakan harus diberikan kepada kafir kerana kemiskinan atau kerana berjiran dan juga untuk mendekatkan mereka kepada Islam. Tetapi tidak diberi kepada kafir yang memerangi Islam. -Fatawa Lajnah Daimah, jilid 11, fatwa no.1997-

Adab-adab kurban

Menyembelih qurban mempunyai adab yang sepatutnya di ambil perhatian:

1- Menghadap ke arah kiblat ketika menyembelih.

2- Berlaku Ihsan kepada haiwan yang hendak disembelih, iaitu dengan menggunakan pisau yang tajam dan dilakukan dengan kuat dan cepat. Sebahagian ulamak mengharamkan penggunaan pisau yang tumpul.

3- Memastikan terputusnya halkum (saluran pernafasan) dan urat mari’.

4- Tidak mengasah pisau dihadapan haiwan yang akan disembelih, juga tidak menyembelih di hadapan haiwan yang lain yang menunggu giliran seterusnya.

5- Melakukan sesuatu yang menyakitkan haiwan yang sudah disembelih sebelum haiwan tersebut benar-benar mati. Seperti memotong mana-mana anggota haiwan tersebut sebelum haiwan benar-benar mati.

6- Bertakbir selepas membaca basmalah

Wallahu Ta’ala A’lam.

Panduan dan Adab Korban

Kurban di dalam istilah feqahnya disebut al-udhiyyah (الأضحية) yang ditakrifkan oleh ahli Feqah ialah:

مَا يُذْبَحُ فِي أيَّامِ الأَضْحَى مِنَ الإبِلِ وَالبَقَرِ وَالغَنَمِ تَقَرُّباً إلَى اللهِ تَعَالَى
Binatang yang disembelih pada hari raya Adha terdiri daripada unta, lembu dan kambing bertujuan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah

Hukum menyembelih kurban

Para ulamak bersepakat bahawa berkurban ialah amalan yang disyariatkan bagi mereka yang mampu melakukannya juga mereka yang mempunyai binatang untuk berqurban. Tetapi mereka tidak bersepakat di dalam menentukan hukum berkurban.

Pendapat pertama:

Sunat Muakkad, iaitu amalan berqurban sangat dituntut oleh Islam. Inilah pendapat yang dipegang oleh Jumhur (sebahagian besar) para ulamak antaranya mazhab Syafi’e, Maliki, dan pendapat yang masyhur dari mazhab Imam Ahmad bin Hanbal.

Dalilnya:

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ قَالَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَأخُذُ مِنْ شَعْرِهِ وَلاَ مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئاً حَتَّى يُضَحِّيَ.
Dari Ummu Salamah bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: Apabila masuk sepuluh hari (awal bulan Zulhijjah) dan sekiranya salah seorang kamu hendak melakukan kurban, maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah telah selesai berkurban. -Muslim-

Di dalam hadis ini menunjukkan hukum berkurban tidaklah wajib kerana Nabi bersabda yang bermaksud “sesiapa yang hendak melakukan kurban, maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah telah selesai berkurban. ” difahami dari perkataan sesiapa yang hendak melakukan kurban ialah membawa pengertian keharusan untuk berkurban bukan suatu perintah untuk berkurban. Oleh itu kepada mereka yang tidak berkeinginan untuk berkurban maka tidaklah ditegah dari memotong rambut dan kukunya.

Pendapat kedua:

Wajib menurut mazhab Hanafi dan salah satu riwayat dari Imam Ahmad

Dalilnya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ، قَالَ النَّبِي مَن كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاناَ

Dari Abu Hurairah r.h. beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki tetapi tidak berkurban, maka janganlah dia sekali-kali mendekati tempat solat kami. -Ibn Majah, disahihkan oleh al-Albani-

Maksud jangan mendekati tempat solat kami ialah kepada mereka yang berkemampuan tetapi tidak melakukan kurban maka Nabi s.a.w. menegah mereka untuk menghadiri solat hari raya Adha kerana meninggalkan suatu kewajipan iaitu berkurban seolah-olah solat hari raya tidak berfaedah baginya.
Hadis ini menunjukkan kewajipan melakukan kurban, ini disebabkan sekiranya kurban itu tidak diwajibkan, mengapakah Nabi melarang untuk datang bersolat hari raya bersamanya kepada mereka yang tidak melakukannya sedangkan mampu untuk berbuat demikian.

ياَأَيُّهَا النَّاسُ عَلَى كُلِّ أَهْلِ بَيْتٍ فِي كُلِّ عَامٍ أُضْحِيَةٌ
Wahai manusia,, ketahuilah wajib atas setiap keluarga berqurban setiap tahun
-Abu Dawud, al-Tirmizi, Ibn Majah juga disahihkan oleh al-Albani-
Hadis ini menunjukkan kewajipan melakukan ibadah kurban bagi setiap keluarga dan ianya dilakukan setiap tahun bagi mereka yang berkemampuan. Baginda s.a.w. juga tidak pernah meninggalkan syariat berkurban pada setiap tahun selama 10 tahun baginda hidup di Madinah.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pendapat para ulamak ini sama ada yang mewajibkannya atau yang berpendapat ianya sunat muakkad, memberi faedah bahawasanya ibadat kurban ini sangat disuruh dan digalakkan oleh Islam kepada mereka yang mampu untuk melakukannya.

Waktu menyembelih kurban
Waktu menyembelih haiwan kurban ialah setelah melaksanakan solat hari raya Adha (raya
haji) sehingga ke akhir hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah. (hari raya haji, sehingga hari raya ke 4)
Nabi s.a.w. bersabda:

مَنْ كَانَ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيَذْبَحْ أُخْرَى مَكَانَهَا وَمَنْ لَمْ يَذْبَحْ فَلْيَذْبَحْ بِاسْمِ اللهِ

Sesiapa yang menyembelih kurban sebelum Solat Idul Adha maka hendaklah dia mengulangi semula sebagai gantinya, dan sesiapa yang belum menyembelih maka hendaklah dia menyembelih dengan bismillah (menyebut nama Allah) -Al-Bukhari dan Muslim-
Hadis ini menjelaskan waktu untuk menyembelih haiwan kurban ialah setelah selesai solat hari raya. Sekiranya sesiapa yang melakukan penyembelihan sebelum dari solat hari raya ianya tidak dikira sebagai daging korban, tetapi hanya dikira sebagai daging biasa sahaja.
Ini seperti yang terjadi kepada salah seorang sahabat nabi s.a.w. yang bernama Abu Burdah ketika beliau menyembelih kambingnya sebelum solat hari raya, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:

شَاتُكَ شَاةُ لَحْمٍ
Bermaksud: Kambingmu (yang telah disembelih) ialah daging biasa (bukan daging qurban. -Al-Bukhari dan Muslim-

Rasulullah s.a.w. bersabda:

كُلُّ أَيَّامِ التَّشْرِيْقِ ذَبْحٌ

Maksudnya: Kesemua hari Tasyriq itu ialah (waktu) menyembelih (qurban)
-Ahmad, Ibn Hibban, al-Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani-

Disunatkan untuk memakan sebahagian daging sembelihan qurban tersebut dan disedekahkan sebahagiannya kepada fakir miskin.

Syarat haiwan qurban

1- Haiwan yang disyaratkan untuk berqurban ialah haiwan ternakan yang terdiri dari unta, lembu/kerbau dan kambing.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Haj:34.

]وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْناَ مَنسَكاً لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللهِ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِّن بَهِيْمَةِ الأَنْعَامِ[

Maksudnya: Dan tiap-tiap umat kami syariatkan penyembelihan (qurban) supaya mereka mengingat nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan kepada mereka.
Perkataan al-An’am yang bermaksud haiwan ternakan di dalam bahasa arab merujuk kepada unta, lembu/kerbau dan kambing. Adapun haiwan-haiwan seperti kuda, rusa dan selainnya tidak termasuk di dalam pengertian al-An’am.

2- Haiwan yang hendak diqurban hendaklah mencapai umur yang ditentukan oleh syarak. Nabi s.a.w. bersabda:

لاَ تَذْبَحُوا إلا مُسِنَّةً إِلا أَنْ يَعْسُرَ عَلَيْكُمْ فَتَذْبَحُوا جَذْعَةً مِنَ الضَّأْنِ

Bermaksud: Jangan kamu menyembelih qurban kecuali musinnah, kecuali sekiranya kamu menghadapi kesusahan (untuk mendapatkannya) maka boleh kamu menyembelih kambing yang Jazaah. -Hadis Muslim-

Jazaah bermaksud: kambing yang umurnya belum cukup 1 tahun.

Perkataan musinnah di dalam hadis ini ialah haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang telah gugur salah satu daripada empat gigi hadapannya (dua di atas dan dua di bawah)
Maka disimpulkan di sini haiwan yang sah untuk dijadikan qurban ialah:

ü Unta yang musinnah ialah unta yang telah cukup umur 5 tahun
ü Lembu/kerbau yang musinnah ialah lembu yang berumur cukup 2 tahun
ü Kambing yang musinnah ialah kambing yang cukup 1 tahun.

Sekiranya susah untuk mendapati haiwan yang berumur seperti yang dinyatakan (musinnah) maka bolehlah dia menyembelih haiwan yang di bawah umur musinnah

3- Hendaklah haiwan yang dijadikan untuk qurban tidak cacat dan berpenyakit. Yang lebih utama dan baik (afdhal) ialah yang gemuk dan banyak dagingnya diriwayatkan daripada sahabat Bara’ bin ‘Azib:
أنَّ رَسُوْلَ اللهِ سُئِلَ مَاذَا يُتَّقَى مِنَ الضَّحَاياَ؟ فَأَشَارَ بِيَدِهِ فَقَالَ أَرْبَعاً، العَرْجَاءُ البَيِّنُ ظَلْعُهَا وَالعَوْرَاءُ البَيِّنُ عَوْرُهَا
وَالْمَرِيْضَةُ البَيِّنُ مَرَضُهَا وَالعَجْفَاءُ التِّي لا تَنْقِي
Maksudnya: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. ditanya berkenaan haiwan yang tidak harus dijadikan kurban, maka baginda mengisyaratkan tangannya sambil berkata ada empat jenis. Haiwan yang cacat dan kecacatannya yang amat jelas kelihatan, yang buta sebelah matanya dan kebutaanya amat jelas kelihatan, yang sakit dan kesakitannya amat jelas kelihatan, dan yang akhir haiwan yang lemah atau yang kurus.
-Abu Dawud, Tirmizi, Nasa’ie, disahihkan oleh al-Albani-

Tuesday, December 11, 2007

Kesalahan-kesalahan yang berlaku semasa melakukan manasik haji

Pertama: Kesalahan Sebelum berangkat mengerjakan haji

1- Menganggap suatu kemestian yang mesti dilakukan iaitu mengadakan majlis tertentu seperti kenduri doa selamat atau sebagainya sebelum berangkat ke tanah suci. Sekiranya tidak masyarakat akan memandang serong kepada keluarga mereka yang tidak mengadakannya.
2- Berhutang atau bergadai untuk menunaikan haji
3- Melaungkan azan sebelum berangkat menaiki kenderaan atau sebelum meninggalkan rumah
4- Orang yang belum mengerjakan haji menyampaikan amanah kepada mereka yang akan berangkat ke tanah suci supaya diserukan namanya di Ka’abah supaya beroleh seruan dari Allah untuk mengerjakan haji.
5- menyampaikan amanah agar menyampaikan atau mengirim salam kepada nabi s.a.w. kepada jemaah haji.

Kedua: Kesalahan dalam Ihram

Melepasi kawasan miqat dengan tidak berihram sehingga tiba di Jeddah atau selainnya dari kawasan miqat dan perkara ini bercanggah dengan perintah rasul s.a.w. supaya setiap jemaah haji berihram di miqat yang dilaluinya. Maka tindakan yang perlu dilakukan oleh mereka yang melepasi kawasan miqat ialah kembali ke kawasan miqat tersebut sekiranya mudah baginya melakukan demikian. Sekiranya tidak, maka wajib baginya fidyah (denda) dengan menyembelih di mekah dan diberi makan kesemua dagingnya kepada faqir miskin. Sekiranya tidak melalui kawasan-kawasan miqat yang 5, maka berihram apabila tiba di kawasan yang bersetentang atau sejajar dengan kawasan miqat yang pertama sekali dilaluinya.

Ketiga: Kesalahan sewaktu Tawaf

1- Memulakan tawaf sebelum penjuru Hajarul Aswad sedangkan yang wajibnya bermula padanya.
2- Melakukan tawaf dengan memasuki ke dalam Hijir Ismail. Sesiapa yang melakukan demikian terbatallah tawafnya kerana ianya tidak dikira bertawaf keseluruhan Ka’abah. Ini disebabkan Hijir Ismail merupakan sebahagian daripada Ka’abah.
3- Berlari-lari anak pada kesemua pusingan tawaf. Yang sunnahnya dilakukan hanya 3 pusingan yang pertama ketika tawaf Qudum sahaja.
4- Berebut-berebut dan bertolak-tolak sehingga kadang-kadang ke tahap bergaduh dan mencaci memaki sesama saudara seislam ketika hendak mencium Hajarul Aswad. Kesemua ini haram dilakukan terhadap sesama Islam. Tidak mencium Hajarul aswad disebabkan kesesakan yang amat teruk tidak mencacatkan tawaf bahkan tawaf itu sah. Cukup baginya isyarat dengan tangan dan bertakbir apabila setentang dengannya walaupun jauh.
5- Mengusap-ngusap Hajarul aswad dengan niat untuk mengambil berkat. Tindakan seperti ini merupakan bid’ah yang tidak mempunyai asal dalam syara’. Sunnahnya menyentuh dan menciumnya sahaja sekiranya mudah baginya.
6- Menyentuh dan mengusap kesemua penjuru Ka’abah dan sebahagiannya keseluruhan dinding Ka’abah. Nabi s.a.w hanya menyentuh Hajarul Aswad dan rukun Yamani sahaja.
7- Menetapkan zikir dan doa yang khusus bagi setiap pusingan tawaf kerana nabi s.a.w. hanya bertakbir apabila melintasi Hajarul Aswad dan membaca doa: ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار. di antara rukun Yamani dan rukun Hajarul Aswad.
8- Meninggikan suara sewaktu tawaf yang dilakukan secara berjemaah diketua oleh Mutawwif sehingga mengganggu orang lain yang sedang tawaf bersama.
9- Bersesak-sesak dan berebut-rebut untuk bersolat di belakang Maqam Ibrahim. Ini menyalahi sunnah, juga mengganggu orang yang sedang bertawaf. Cukuplah baginya bersolat sunat tawaf tersebut di mana-mana sahaja di dalam masjid.

Keempat: Kesalahan ketika Sa’ie.

1- Apabila naik ke bukit Safa dan Marwah sebahagian jemaah haji menghadap ke Ka’abah sambil mengisyaratkan tangan mereka kepada Ka’abah ketika bertakbir seolah-olah seperti mereka bertakbir untuk solat. Isyarat ini merupakan kesalahan kerana nabi hanya mengangkat kedua-dua tangannya untuk berdoa menghadap ke kiblat.
2- Melakukan Sa’ie dengan berlari-lari anak di setiap pusingan. Sunnah berlari-lari anak sewaktu Sa’ie ialah hanya di antara 2 lampu hijau yang disediakan, selebihnya berjalan seperti biasa.

Kelima: Kesalahan di arafah

1- Sebahagian jemaah haji hanya berada di luar kawasan Arafah dan kekal di situ sehingga terbenam matahari kemudian terus bergerak ke Muzdalifah tanpa berwukuf di dalam kawasan Arafah. Ini menyebabkan ibadat hajinya rosak kerana kewajipannya ialah berada di dalam Arafah bukan di luar sempadan Arafah sekiranya mudah baginya berbuat demikian. Sekiranya tidak maka dia masuk ke Arafah sebelum terbenam matahari dan kekal di dalamnya sehingga terbenam matahari.
2- Meninggalkan Arafah sebelum terbenamnya matahari. Perbuatan ini tidak dibolehkan kerana rasulullah s.a.w. kekal di Arafah sehinggalah terbenamnya matahari sepenuhnya.
3- Bersesak-sesak untuk memanjat Jabal Rahmah sehingga ke puncaknya yang menyebabkan berlakunya banyak mudarat, sedangkan keseluruhan kawasan Arafah ialah kawasan untuk berwukuf. Memanjat Jabal Arafah merupakan perbuatan yang tidak disyariatkan apatah lagi bersolat di situ.
4- Menghadap ke Jabal Arafah ketika berdoa. Yang sunnahnya menghadap ke arah Kiblat.

Keenam: Kesalahan di Muzdalifah

1- Menyibukkan diri dengan mengutip batu-batu sebelum menunaikan solat Maghrib dan Isyak dan kepercayaan mereka bahawa batu-batu itu mesti dikutip dari muzdalifah. Yang benarnya ialah batu-batu tersebut boleh dikutip di mana sahaja di tanah haram.
2- Sebahagian jemaah haji membasuh batu-batu yang telah dikutip dengan air sedangkan perbuatan ini tidak di syariatkan.

Ketujuh: Kesalahan ketika melontar

1- Kepercayaan sebahagian jemaah haji bahawa melontar jamrah itu ialah melontar kepada syaitan, ini menyebabkan mereka melontar dengan penuh perasaan marah sehingga ke tahap mengeluarkan kata-kata makian dan kata-kata yang keji, sedangkan tidaklah disyariatkan melontar tersebut melainkan untuk berzikir kepada Allah.
2- Melontar dengan menggunakan batu yang besar, kasut, kayu dan sebagainya. Ini merupakan ghuluw (berlebih-lebihan) dalam agama.
3- Bertolak-tolak di Jamrah untuk melontar batu. Yang benarnya ialah melontar dengan tidak menyebabkan kesakitan kepada jemaah yang lain.
4- Melontar dengan ketujuh-tujuh batu sekaligus. Para ulamak menyatakan tindakan melontar ketujuh-tujuh batu sekali di kira satu lontaran. Yang disyariatkan melontar satu persatu dengan setiap lontaran disertakan dengan takbir.
5- Menyuruh orang menggantikannya untuk melontar kerana tidak mahu menyusahkan diri dengan keadaan yang bersesak-sesak tersebut. Perbuatan ini tidak boleh kecuali sekiranya dia tidak mampu melakukannya kerana sakit dan sebagainya.

Kelapan: Kesalahan sewaktu tawaf wada’

1- Turun meninggalkan Mina ke mekah pada hari nafar (12 dan 13 zulhijjah) sebelum melontar jamrah lalu melakukan tawaf wada’ kemudian kembali semula ke Mina untuk melontar jamrah dan setelah itu terus pulang ke Negara masing-masing, ini menyebabkan tempat terakhir sebelum dia pulang bukan di Baitullah tetapi dari tempat melontar. Maka tawaf wada’ wajib melakukannya setelah selesai pekerjaan haji dan sebelum hampir berangkat pulang. Dan setelah itu dia tidak lagi duduk di makkah selepasnya kecuali sekiranya ada urusan yang penting.
2- Keluar dari masjid haram setelah bertawaf wada’ secara berundur sambil menghadap ke Ka’abah dengan mendakwa untuk menghormati Ka’abah. Perbuatan ini merupakan bid’ah yang tidak ada asal dalam agama.
3- Berpaling semula ke arah Ka’abah ketika di pintu masjid haram setelah bertawaf wada’ dan berdoa seolah-olah seperti orang yang hendak berpisah dengan Ka’abah. Ini juga bid’ah yang tidak di syariatkan.

Kesembilan: Kesalahan ketika menziarahi Masjid Nabawi

1- Mengusap-ngusap dinding dan pagar besi dengan cebisan kain mengikat-ngikat tali dan sebagainya untuk bertabbaruk mengambil berkat ketika menziarahi maqam rasulullah s.a.w. Sedangkan keberkatan itu terdapat hanya pada perkara yang disyariatkan oleh Allah dan rasulnya bukan pada perkara yang bid’ah.
2- Pergi ke tempat-tempat seperti bukit Uhud, gua Hira’, gua thur di mekah dan mengikat dan mengusap-ngusap dengan kain, kemudian berdoa dengan doa-da yang tidak diizinkan syarak dan bersusah-payah untuk ke sana, kesemua ini bid’ah yang tiada asal dalam agama ini.
3- Menyusahkan diri dengan pergi menziarahi sebahagian tempat yang di dakwa ada kesan-kesan peninggalan nabi s.a.w. seperti tempat berhenti unta nabi s.a.w. telaga khatam atau telaga Uthman dan mengambil pasir untuk mendapatkan berkat dan sebagainya.Memohon kepada orang yang telah mati ketika menziarahi perkuburan Baqi, shuhada’ serta melemparkan wang ke tanah perkuburan itu untuk mendekatkan diri dan mendapat berkat dari penghuninya. Perbuatan ini adalah perbuatan yang syirik

Monday, December 10, 2007

Cara-cara Menziarahi Masjid Nabi s.a.w.

1- Disunatkan untuk pergi ke Madinah pada sebarang waktu dengan niat menziarahi Masjid Nabawi dan bersolat di dalamnya. Ini kerana bersolat di Masjid Nabawi lebih baik dari seribu kali solat di masjid lain kecuali Masjidil Haram

2- Memasuki Masjid dengan kaki kanan dan membaca doa masuk masjid.

3- Lakukan solat sunat tahiyyatul masjid. Adalah lebih afdhal dilakukan di dalam Raudhah sekiranya mudah dilakukannya di situ.

4- Setelah itu pergilah ke maqam rasulullah s.a.w.dan berdirilah dihadapannya dengan menghadap ke arah maqam baginda ucapkanlah dengan suara yang perlahan: السَّلاَمُ عَليكَ أيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحمةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ “Salam sejahtera ke atasmu wahai nabi Muhammad s.a.w. serta rahmat Allah dan barakahnya”. Berselawatlah ke atas baginda sebanyak-banyaknya.

Kemudia bergerak sedikit ke sebelah kanan agar dapat berada di hadapan maqam Abu Bakar r.h. ucapkan salam kepadanya dan berdoalah untuknya memohon keampunan dan rahmat serta redha daripada Allah Ta’ala. Kemudian bergerak sedikit lagi ke sebelah kanan supaya dapat berada di hadapan maqam Umar r.h. ucapkan salam dan berdoa kepadanya.

5- Disunatkan untuk menziarahi masjid Quba dalam keadaan berwudhu’. Lakukanlah solat di dalamnya kerana nabi melakukan demikian dan menganjurkannya.

6- Disunatkan juga menziarahi tanah perkuburan Baqi’ terdapat di dalamnya maqam Uthman r.h. demikian juga menziarahi syuhada’ Uhud, antara mereka Hamzah r.h. ucapkan salam dan berdoa kepada mereka kerana nabi s.a.w. pernah menziarahi dan mendoakan mereka serta mengajar para sahabat doa ziarah.

Di Madinah tiada masjid atau tempat yang disunatkan untuk menziarahinya selain daripada masjid nabi dan tempat-tempat yang disebutkan tadi. Oleh yang demikian janganlah menyusahkan diri anda melakukan sesuatu yang tiada pahala atau yang tidak dianjurkan oleh sunnah.

Sunday, December 9, 2007

Sambungan ibadat haji dan umrah mengikut sunnah

Tatacara Ibadat Umrah

1- Apabila telah sampai di miqat, disunatkan membersihkan diri, mandi dan berwangi-wangian jika sekiranya mudah untuk melakukannya dan mengenakan pakaian ihram iaitu terdiri daripada 2 helai kain yang menutupi bahagian atas dan bawah badan. Bagi perempuan mereka boleh memakai apa sahaja pakaian yang menutupi aurat dan tidak berhias. Bagi jemaah haji dan umrah Malaysia boleh dilakukan sebelumnya kerana mereka telah pun mengenakan pakaian ihram dari awal di sebabkan kapal terbang akan melewati kawasan miqat semasa jemaah haji dan umrah berada di atas kapal terbang. Kemudian berniat ihram untuk melakukan umrah dengan menyebut ليبك اللهم بعمرة atau لبيك عمرة dan memperbanyakkan talbiah seperti lafaz di bawah ini:

لَبَّيْكَ اللهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكُ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ.

Maksudnya: Aku sambut (tunaikan) seruanMu ya Allah! Aku sambut seruanMu ya Allah, Aku sambut seruanMu. Tiada sekutu baguMu, Aku sambut seruanMu!, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kekuaaan adalah bagiMu, Tiada sekutu pun bagiMu.

Ucapan ini di baca secara Jahr (nyaring) bagi lelaki. Adapun perempuan sebahagian ulamak menyatakan mereka mengucapkan talbiah secara perlahan. Sebahagian ulamak menyatakan perempuan juga menguatkan suaranya selama mana tidak mengundang fitnah. Ini kerana keumuman dalil yang menyuruh menguatkan suara. Juga telah thabit (ada) riwayat al-Bukhari dari perbuatan Aisyah ummul mukminin bahawa beliau juga menguatkan suara ketika bertalbiah. Oleh yang demikian perempuan dibolehkan untuk menguatkan suaranya ketika bertalbiah.

Jemaah haji dan umrah juga dianjurkan supaya memperbanyakkan zikir dan istighfar, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah perkara-perkara yang mungkar.
Peringatan: Bagi lelaki pakaian ihram perlu menutup kedua-dua bahu kiri dan kanan. Adalah menjadi kesalahan bagi lelaki yang membuka bahu kanannya sepertiAl-Ittiba’

2- Setelah sampai di mekah (masjidil haram) bertawaf sebanyak 7 pusingan dimulai dan diakhiri pada Hajarul Aswad sambil bertakbir. Semasa tawaf berzikirlah dan berdoalah dengan zikir dan doa yang di sukai. Setiap kali melintasi antara rukun Yamani dan Hajarul Aswad Nabi s.a.w. membaca doa: ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار. Kemudian bersolat di belakang maqam Ibrahim walaupun jauh dari maqam tersebut sekiranya mudah. Sekiranya tidak berpeluang maka boleh bersolat dimana-mana sahaja di dalam kawasan masjid. Semasa bertawaf hendaklah bagi lelaki berittiba’, iaitu mendedahkan bahu kanan dengan meletakkan kain ihram di bawah ketiak kanan dan hujungnya di atas bahu kiri. Disunatkan juga raml iaitu berjalan cepat atau berlari-lari anak.

3- Setelah itu bergerak ke tempat sa’ie bermula di bukit Safa, naik ke atasnya dan menghadap ke arah kiblat (Ka’abah) bertahmid dan bertakbir serta mengangkat tangan berdoa. Ucapkan seperti berikut sebanyak 3 kali:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر. لاَ إلَهَ إلاَّ الله وَحدَه أَنْجَزَ وَعْدَه وَنَصَرَ عَبْدَه وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحدَه

Kemudian turun dan bersa’ie 7 kali antara bukit safa dan marwah. Hendaklah berlari-lari anak antara 2 lampu hijau yang disediakan sebagai tanda. Apabila tiba di Marwah ulangi ucapan di atas sebanyak 3 kali dan berdoa sambil mengadap ke arah kiblat (ka’abah). Perlu diketahui tidak ada di sana zikir dan doa yang khusus semasa bertawaf dan sa’ie kecuali yang telah dinyatakan.

4- Setelah selesai sa’ie bertahallul iaitu bercukur atau menggunting rambut dengan itu selesailah ibadat umrah dan dibolehkan semula perkara-perkara yang dilarang ketika dalam keadaan ihram.

- Sekiranya anda ingin melakukan haji Tamatu’ maka yang afdhal bagi bagi anda bergunting agar anda dapat bercukur semasa tahallul haji nanti.
- Kalau sekiranya seseorang yang melakukan haji Tamattu’ atau Qiran maka wajib baginya menyembelih haiwan korban pada hari Nahar (hari raya) sama ada seekor kambing atau satu pertujuh daripada unta atau lembu. sekiranya tidak dapat bebrbuat demikian berpuasalah 10 hari iaitu 3 hari semasa haji dan 7 hari setelah pulang ke tanah air. Adalah afdhal sekiranya berpuasa 3 hari itu ditunaikan sebelum hari Arafah (wuquf).

Tatacara Ibadat Haji

1- Sekiranya melakukan haji Ifrad dan Qiran maka berihramlah di miqat yang dilaluinya. Dan sekiranya melakukan haji Tamattu’ maka berihram untuk umrah dari miqat yang dilaluinya, kemudian pada hari Tarwiyah iaitu 8 zulhijjah hendaklah berihram haji dari tempat tinggal anda. Mandi dan berwangi-wangian sekiranya mudah baginya dan mengenakan pakaian ihram kemudian ucapkan seperti ucapan yang dinyatakan sebelum ini لبيك حجًّا dan bertalbiah.
2- Kemudian keluar menuju ke Mina dan lakukan solat zohor dan asar, maghrib dan isyak serta solat subuh di sana. Ditunaikan secara Qasar iaitu memendekkan solat yang 4 rakaat kepada 2 rakaat tanpa melakukan jamak iaitu menghimpukan 2 solat di dalam satu waktu.

3- Apabila terbit matahari 9 zulhijjah (keesokkan harinya) berangkat menuju ke Arafah dengan keadaan tenang dan perlu diingat jangan menyakiti jemaah haji yang turut sama dalam perjalanan ke Arafah. Tunaikan solat zohor dan asar di Arafah dengan melakukan Qadar dan jamak taqdim dengan sekali azan dan dua kali iqamat.

Pastikan anda benar-benar yakin berada di dalam kawasan Arafah. Perbanyakkan zikir kepada Allah dan berdoa menghadap ke arah kiblat dengan mengangkat kedua-dua belah tangan kerana meniru junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. dan hendaklah kekal di Arafah sehingga terbenam matahari.

4- Setelah terbenam matahari berangkatlah menuju ke Muzdalifah dengan tenang lakukan solat maghrib dan isyak jamak dan diqasarkan. Kemudian bermalam di situ dengan berzikir dan berdoa kepada Allah sehingga menunaikan solat subuh. Diberi keringanan kepada perempuan, kanak-kanak dan orang yang lemah keluar menuju Mina selepas pertengahan malam. Berangkatlah sebelum matahari terbit ke Mina sambil bertalbiyah.
Perhatian: kesalahan yang sering dilakukan ialah menyibukkan diri mengutip batu untuk melontar jamrah sebelum bersolat maghrib dan Isyak kerana menyangka bahawa batu mesti di kutip di muzdalifah.

Setelah solat subuh dianjurkan berhenti di Masy’aril haram gunung di Muzdalifah atau di mana sahaja di Muzdalifah untuk berdoa dengan menghadap ke arah kiblat serta bertahmid dan bertakbir. Kemudian mencari tujuh batu kerikil yang lebih besar dari kacang untuk melontar Jamratul Aqabah Kubra dan selebihnya diambil dari Mina. Menuju ke Mina sebelum terbit matahari dengan bertalbiah dan berzikir.

5-Setelah sampai di Mina lakukan perkara-perkara berikut:

- Melontar jamrah Aqabah iaitu jamrah yang terdekat dengan mekah dengan tujuh biji batu kecil secara berturut-turut sambil bertakbir pada setiap lontaran.
- Sekiranya anda diwajibkan menyembelih haiwan korban, tunaikanlah kewajipan tersebut dan makanlah sebahagian dari dagingnya serta sedekahkan selebihnya kepada fakir miskin.
-Bercukur atau menggunting rambut. Bercukur adalah lebih afdhal (utama) manakala perempuan pula cukup dengan menggunting rambutnya sekadar panjang ruas jari. Setelah bercukur selesailah tahallul awal. Dihalalkan baginya perkara-perkara yang diharamkan ketika ihram kecuali hunbungan suami isteri.

6- Setelah itu berangkat ke mekah untuk melakukan tawaf Ifadhah iaitu rukun haji yang mesti dilakukan seterusnya melakukan sa’ie bagi mereka yang berhaji Tamattu’ atau mereka yang belum melakukan sa’ie bersama tawaf qudum bagi yang melakukan haji Qiran dan Ifrad.
Perhatian: Tawaf Ifadhah boleh juga diakhirkan setelah selesai melontar kesemua jamrah. Setelah selesai tawaf Ifadhah maka halal baginya kesemua perkara-perkara yang terlarang termasuk bersama isteri.

10-Setelah melakukan tawaf Ifadhah dan sa’ie pada hari Nahar (hari ke sepuluh) Kembalilah ke Mina Bermalamlah di Mina selama 3 malam hari Tasyriq iaitu 11, 12, 13 zulhijjah untuk melontar ketiga-tiga jamrah. Tetapi bagi sesiapa yang terburu-buru dibolehkan bermalam hanya 2 malam sahaja iaitu dibolehkan keluar pada hari yang ke 12 zulhijjah.

11-Lontarlah ketiga-tiga Jamrah selama mana anda menetap dua atau tiga hari setelah tergelincir matahari iaitu setelah masuk waktu zohor. Batu-batu boleh dikutip dimana-mana sahaja di Mina. Sunnah berjalan ke tempat Jamrah berjalan kaki sekiranya mudah baginya. Pada hari 11 zulhijjah melontar di Jamrah yang pertama (al-Ula) iaitu jamrah yang paling jauh dari mekah dengan mengucapkan takbir di setiap lontaran. Sekiranya boleh menghadap ke kiblat. Selepas selesai melontar maju kehadapan sedikit di sebelah kanannya berdiri menghadap ke kiblat berdoa panjang dengan mengangkat tangan.

12-Kemudian ke Jamrah yang tengah (al-Wusto), setelah selesai maju disebelah kirinya dan berdoa sambil mengangkat tangan.

13- Kemudian ke Jamrah yang ketiga (al-Aqabah), jadikan mekah di sebelah kirinya dan Mina di sebelah kanan. Setelah melontar jamrah ini tidak perlu berdoa kerana tidak dilakukan oleh baginda s.a.w. Lakukan perkara yang sama pada hari 12 zulhijjah dengan melontar ketiga-tiga Jamrah. Bagi mereka yang hendak segera pulang maka dia boleh keluar dari Mina sebelum terbenam matahari 12 zulhijjah. Sekiranya terlambat iaitu setelah matahari terbenam maka dia wajib menunggu pada hari 13 zulhijjah dan perlu melontar setelah waktu zawal (zohor). Itulah yang afdhal (lebih utama). Maka selesailah manasik (ibadah) haji. Orang yang sakit atau lemah boleh mewakilkan kepada yang lain untuk melontar jamrah, dengan syarat orang yang hendak menggantikannya itu telah pun melontar untuk dirinya terlebih dahulu sebelum mewakilkan orang lain.

14- Apabila hendak pulang ke tanah air setelah melakukan ibadah haji lakukan Tawaf Wada’. Tiada rukhsah (keringanan) untuk meninggalkan Tawaf Wada’ kecuali bagi perempuan yang sedang haid dan nifas.

Wednesday, December 5, 2007

Panduan Haji dan Umrah menurut sunnah

Haji merupakan salah satu dari rukun Islam yang lima. Haji telah difardhukan pada tahun ke Sembilan hijrah dan ianya wajib ke atas setiap individu muslim yang merdeka (bukan hamba), baligh, beraqal, berkemampuan sekali seumur hidupnya.

Allah berfirman:
وَللهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ البَيْتِ مَنِ اْستَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِيْنَ.Maksudnya: Menunaikan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah iaitu bagi sesiapa yang berkemampuan untuk pergi menunaikannya. Barangsiapa yang mengingkari (kewajipan haji) sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan kepada sesuatu) dari semesta alam. –Surah Ali Imran:97-


Manasik (tatacara ibadat) haji wajib dilaksanakan menurut petunjuk al-quran dan sunnah. Ianya ibadat yang bersifat ‘Tauqifi’ yang bermaksud tidak boleh melakukannya kecuali dengan dalil atau nas daripada al-quran dan sunnah nabi s.a.w. Kegagalan dalam melaksanakan manasik haji sesuai menurut petunjuk sunnah merupakan penyebab terhalangnya memperolehi haji yang mabrur.

Di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim nabi s.a.w. bersabda:


العُمْرَةُ إلى العُمْرَةِ كفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، والحَجُّ الْمَبْرُوْرُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إلا الْجَنَّةُ

Maksudnya: Antara umrah dengan umrah yang berikutnya merupakan penghapus dosa antara kedua-duanya dan haji yang mabrur tidak ada ganjaran baginya melainkan akan mendapat syurga.

Oleh yang demikian mereka yang ingin mengerjakan haji wajib mempelajari sunnah nabi s.a.w. di dalam tatacara perlaksanaannya supaya terhindar dari melakukan kesilapan dan perkara-perkara yang bid’ah dan khurafat semasa berada di sana.


Takrif Haji:
التعبُّدُ للهِ عزَّ وَجلَّ بِأداءِ الْمَناسكِ عَلَى مَا جَاء فِي سنَّةِ رَسُولِ الله صلَّى اللهُ عَلَيهِ وسلم فِي مَكَانٍ مَخْصُوْصٍ وفِي زَمَانٍ مَخْصُوْصٍ.


Maksudnya: haji ialah mengabdikan diri kepada Allah Azza wajalla dengan melaksanakan manasik (tatacara ibadat haji) seperti yang ditunjukkan oleh sunnah Rasulullah s.a.w. di tempat yang khusus dan pada waktu yang khusus.


Takrif Umrah


التَّعَبُّدُ للهِ بِالطَّوَافِ باِلبَيْتِ وَالسَّعْيِ بَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ وَالْحِلَقِ أَو التَّقْصِيْرِ


Maksudnya: Umrah ialah mengabdikan diri kepada Allah Azza wajalla dengan melakukan tawaf di Baitullah, Sa’ie antara Safa dan Marwah, bercukur atau memendekkan rambut.


Umrah wajib dilakukan sekali seumur hidup dan disunatkan pada bila-bila masa. Pada bulan haji ianya afdhal dari bulan-blan yang lainnya dan ganjaran umrah di bulan ramadhan seperti menunaikan haji. Nabi s.a.w. melakukan umrah di dalam hidupnya sebanyak empat kali kesemuanya pada bulan-bulan haji iaitu umrah Hudaibiyyah, Umrah Qada’, Umrah Ja’ranah dan umrahnya bersama dengan haji. Rukun-rukunnya tiga iaitu Ihram, Tawaf dan Sa’ie. Sementara perkara wajib umrah ialah Berihram di miqat, bercukur atau bergunting rambut. Adapun dakwaan yang menyatakan tidak boleh menunaikan umrah pada bulan-bulan haji melainkan mesti dilakukan ibadat haji juga adalah dakwaan yang tidak benar.


Perkara yang dilarang bagi mereka yang berihram

1- Mencukur, memendekkan, atau mencabut rambut, juga memotong kuku. Jika sekiranya ia tercabut atau gugur dengan sendirinya tidak mengapa.

2- Menutup kepala bagi lelaki.

3- Memakai pakaian yang berjahit iaitu yang di jahit mengikut badan keseluruhannya atau separuh badan sepeti baju kemeja, jubah dan seluar. Juga yang dijahit mengikut bentuk anggota seperti sarung tangan, khuf, serban, topi dan sebagainya.
4- Memakai wangi-wangian pada badan dan pakaian. Adapun bau yang kekal pada badan dan pakaian sebelum daripada berihram tidak mengapa.

5- Memburu haiwan atau membantu orang yang memburu ketika dalam ihram

6- Meminang perempuan atau melangsungkan aqad nikah sama ada untuk dirinya atau orang lain. Juga tidak dibenarkan mengadakan hubungan dengan isteri atau menyentuhnya dengan syahwat ketika berihram.

7- Menutup wajah bagi perempuan dengan memakai niqab atau purdah dan sarung tangan.

8- Tidak boleh berihram bagi lelaki dengan memakai stoking dan kasut kecuali jika tiada selipar, maka dia pakai kasut tanpa memotongnya. Yang dimaksudkan dengan kasut, apa-apa yang menutupi dua buku lali. Bagi perempuan dibolehkan memakai stoking dan kasut tetapi tidak boleh memakai sarung tangan.

Sekiranya mereka yang melakukan perkara-perkara di atas disebabkan terlupa atau jahil (tidak tahu) maka tidak dikenakan fidyah (denda). Wajib baginya menghentikan segala perbuatan tersebut apabila ia teringat dan mengetahui hukumnya.

Perkara yang dibolehkan bagi yang berihram

1- Dibolehkan menyembelih haiwan ternakan, ayam dan seumpamanya. Juga dibolehkan membunuh haiwan-haiwan yang boleh mengancamnya seperti singa, musang, harimau, kala jengking, ular dan sebagainya.
2- Dibolehkan selepas berihram mandi, membasuh kepala dan pakaian, serta boleh menukar pakaian, dibolehkan memakai cincin perak, cermin mata, alat bantu pendengaran, jam tangan, tali pinggang dan berbekam.
3- Dibolehkan mencium bau minyak wangi, menggunakan payung dan berteduh di bawah khemah atau bumbung kereta.

Jenis-jenis Ihram haji

Manasik haji boleh dilaksanakan dengan tiga keadaan iaitu: Tamattu’, Qiran dan Ifrad. Dan yang paling afdal (utama) Tamattu’ kemudian Qiran dan diikuti dengan Ifrad.

Tamattu’ bermaksud:

Berihram pada miqat yang telah ditentukan untuk umrah di dalam bulan-bulan haji (bermula dari awal bulan Syawal himgga terbit fajar hari kesepuluh bulan zulhijjah) dan mengucapkan ketika bertalbiah: ليبك اللهم بعمرة “Labbaikallahumma bi umrah”. Kemudian memasuki mekah untuk menyempurnakan umrahnya dan bertahallul pada waktu itu juga dengan menyempurnakan tawaf, sa’ie dan bercukur. Maka telah halal perkara yang diharamkan semasa di dalam ihram. Kemudian pada hari Tarwiah (8 Zulhijjah) berihram untuk haji.


Qiran bermaksud:

Berihram pada miqat untuk umrah dan haji serentak dan mengucapkan ketika bertalbiah لبيك اللهم بحج وعمرة “Labbaikallahumma bi hajja wa umrah” . Sampai di makkah bertawaf qudum, dan Sa’ie haji dan umrah. Tetaplah berihram tidak bertahallul sehinga hari Nahar (10 Zulhijjah-hari raya). Kemudian pada hari Tarwiah menuju masyair untuk menyelesaikan haji dan umrah tanpa sa’ie kerana telah dilakukan setelah tawaf qudum.


Ifrad bermaksud:

Berihram pada miqat untuk menunaikan haji sahaja dan mengucapkan ketika bertalbiah لبيك اللهم بحج “Labbaikallahumma bi hajja”. Sampai di makkah lakukan tawaf qudum dan sa’ie. Tetaplah berihram sehingga hari Nahar (10 Zulhijjah) sekiranya membawa haiwan korban (Hadyu: Unta, lembu atau kambing).

Jika tidak membawa haiwan korban maka disyorkan menukarkan haji kepada umrahiaitu melakukan haji Tamattu’, seterusnya melakukan tawaf, sa’ie, bergunting rambut dan bertahallul seperti perintah nabi s.a.w terhadap para sahabat yang berihram haji (Ifrad) tetapi tidak membawa haiwan korban.

Demikian pula bagi yang melakukan haji Qiran sekiranya tidak membawa haiwankorban adalah disyorkan menukarkan niat haji Qiran itu dan menjadikannya umrah seperti yang tersebut di atas.

Ibadat haji yang paling afdhal untuk mereka yang tidak membawa haiwan korban ialah haji tamattu’ kerana rasulullah memerintahkan hal tersebut dan menekankannya kepada sahabat baginda.

Bersambung...

Sunday, December 2, 2007

Wahai Pemimpin! Kemewahan Dirimu Bukanlah Kehebatanmu

Oleh: Samahatu al-Syeikh Abu Talhah Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Mufti Kerajaan Negeri Perlis
Saya terbaca dialog yang menarik antara khalifah yang sangat adil iaitu Umar bin ‘Abdul Aziz dan penasihatnya yang jujur Rajak bin Haiwah. Kata Rajak bin Haiwah: Ketika ‘Umar bin ‘Abdul Aziz menjadi Gabenor Madinah, beliau pernah berkata kepadaku: “Wahai Rajak! pergi belikan untukku sehelai baju”. Aku pun belikan untuknya sehelai baju yang bagus, harganya lima ratus dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya murah”.

Selepas beberapa tahun beliau menjadi khalifah. Suatu hari beliau berkata kepadaku: “Belikan untukku sehelai baju”. Maka aku membeli untuknya sehelai baju yang murah lagi amat sederhana, harganya hanya lima dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya mahal”.

Aku kehairanan, bagaimana mungkin baju yang aku beli untuknya di Madinah beberapa tahun lalu dengan harga lima ratus dirham dianggap murah dan baju yang aku beli sekarang dengan harga hanya lima dirham dianggap mahal. Perasaanku tersentuh dengan perkataan beliau dan aku pun menangis. ‘Umar bin Abdul Aziz bertanya: “Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Rajak?. Kataku: “Perkataanmu wahai Amirul Mukminin, bagaimana mungkin engkau menganggap baju yang lepas yang berharga lima ratus dirham murah, dan baju sekarang yang berharga lima dirham mahal?.

Kata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz: “Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, alu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya”. (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam).

Demikianlah jiwa seorang pemimpin yang mencatatkan sejarah keadilan kepimpinannya dengan tinta emas. Dia hanya memerintah selama dua tahun, tetapi dia mengukir namanya dengan penuh keindahan di persada sejarah yang tidak kunjung padam. Hubungan jiwanya dengan habuan kekal yang diharapkan di sisi Allah pada hari akhirat kelak telah menjadikan kepimpinannya penuh dengan keadilan dan rahmah Allah yang mencurah-curah.
Sekalipun pakaiannya hanya dari kain murahan, tetapi keadilannya tidak dapat dibeli dengan apa-apa harga pun. Sejarah tidak pernah mengenangkan kemewahan harga baju atau kediaman seorang pemerintah dengan kenangan indah. Bahkan dalam sejarah, sikap suka bermewah-mewah pemerintah menggunakan harta rakyat telah banyak menghasilkan mimpi ngeri dan babak hitam bagi kehidupan rakyat jelata. Namun sejarah indah hanya akan mengingati keadilan dan amanahnya seorang penguasa, sekalipun bajunya buruk.

Lihatlah tampungan yang ada di baju Khalifah ‘Umar bin al-Khattab r.a., namun jiwa rakyatnya tidak pernah berlubang seperti bajunya. Amanah dan keadilan meliputi pemerintahannya. Entah berapa ramai pemimpin yang baju mereka megah dan mewah, namun jiwa dan perasaan rakyat mereka sentiasa terkoyak dan carik. Kesilapan besarlah seorang pemimpin jika merasakan dia dihormati kerana gaya mewahnya yang menjulingkan mata rakyat. Dia lupa pemimpin dihormati kerana jasa, prihatin, amanah dan keadilan pemerintahannya. Bukan kerana kenderaannya yang mewah, atau rumahnya yang megah, atau paip dan curutnya yang panjang, atau isterinya yang berhias permata berlian atau cermin matanya yang pekat hitam sehingga dia buta penderitaan rakyatnya. Tidak! Demi sesungguhnya tidak. Itu semua hanya menimbulkan curiga, prasangka dan kedengkian perasaan yang memburukkan kasih-sayang antara orang bawahan dan atasan.

Saya tidak pernah menyeru agar pemimpin Dunia Islam hidup dalam kemiskinan, atau kelaparan, atau memakai pakaian yang buruk dan tinggal di rumah yang nak roboh, atau berkenderaan yang cabuk. Tidak, bukan demikian. Mungkin gaya yang hebat juga diperlukan untuk politik zaman kini yang terpaksa menghadapi persaingan musuh-musuh yang berbagai. Mereka boleh bermewahan jika itu adalah harta mereka yang halal, bukan rasuah atau salahguna kuasa. Mereka boleh memakai dan memiliki apa yang mereka mahu, jika itu semua datang dari sumber yang Allah redha untuk mereka. Saya pun tahu, ada pemimpin-pemimpin yang sememang berharta hasil dari usahanya sendiri. Bahkan kekayaan sesetengah pemimpin melimpah untuk rakyatnya dengan keikhlasan dan kasih-sayang.

Perlis barangkali antara contoh yang baik dalam hal ini. Namun di sesetengah negara dan negeri, ke’ranggi’an pemimpin yang bergaya dengan hartanya menimbulkan kejengkelan dalam jiwa rakyat yang melihat. Sehingga seakan perlambangan seorang pemimpin itu, bukan kerena kewibawaannya, atau adab dan karismanya, atau keadilannya, sebaliknya adalah harta dan kekayaannya yang ditunjuk-tunjukkan kepada orang ramai. Rumah pemimpin dikenali bukan kerana dipenuhi rakyat yang mengadu hal derita mereka, tetapi kerana pagarnya yang besar, dan kemewahan luar dan dalamnya. Kereta pemimpin dikenali bukan kerana kerap sampai ke tempat rakyat, tetapi kerana luar biasa harganya. Isteri pemimpin dikenali bukan kerana adab dan sopannya terhadap rakyat, tetapi kerana gaya ranggi dan hiasan diri yang mahal-mahal. Maka sesetengah pemimpin merasakan dirinya berada pada kasta yang tinggi dan rakyat pula pada kasta bawahan. Maka wakil rakyat ada yang bertukar menjadi ‘tokeh rakyat’. Jika hal ini berlaku, politik kedengkian pun akan subur dan terus merebak lalu umat ini terus bergolak.

Saya terbaca dalam Musannaf Abi Syaibah riwayat yang menceritakan apabila dibawa kepada Saidina ‘Umar harta rampasan Maharaja Kisra Parsi yang begitu banyak dan menakjubkan, maka beliau pun menangis. Lalu ditanya kepadanya: “Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Amirul Mukminin, padahal hari ini adalah hari kesyukuran, kegembiraan dan keseronokan”. Jawab ‘Umar: “Tidak ada kaum yang banyak pada mereka benda ini (harta) melainkan Allah campakkan di antara mereka permusuhan dan kebencian” (8/147). Islam bukanlah anti harta, tetapi Islam memusuhi penyalahgunaan harta dan kemewahan yang mengheret kemusnahan. Masyarakat Islam perlu kaya, tetapi kekayaan yang membawa kekuatan kepada umat, bukan hanya untuk keborosan individu. Jika ramai yang kaya tetapi tidak berbakti kepada umat, untuk apa kita berbangga dengan kekayaan mereka?.

Jika pemimpin menjadikan harta dan gaya mewah teras kekuatannya, bukan keadilan dan kewibawaannya, maka insan-insan munafik dan pelahap harta pun akan mengelilinginya. Dia dikelilingi kerana habuan yang diharapkan. Dia dipuji kerana harta yang boleh diberi. Dia akan sukar menemui insan jujur yang sudi menegur tanpa minta dibalas dan menasihati kerena ikhlas. Maka kesilapannya tidak dibetulkan, kesalahannya tidak diingatkan. Lalu dia tenggelam dalam pujian dusta dan khianat, kerana setiap yang ada di kelilingnya tidak pernah berfikir tentang nasib pemimpin mereka di akhirat nanti, sebaliknya hanya berfikir tentang untung mereka di dunia. Jika ada tokoh berlebel agama di sekitarnya pun, tidak akan berfungsi jika harta yang dicarinya. Akhirnya, ulama hanya mainan orang politik, bukan orang politik dipandu oleh ulama.

Allah berfirman dalam Surah al-Ahzab ayat 66-68: (maksudnya) Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!”. Justeru itu dalam hadis baginda menyebut: “Sesungguhnya ALLAH meredhai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredhai kamu jika (pertama) kamu beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya sedikitpun, (kedua) kamu berpegang teguh dengan tali ALLAH kesemuanya. (ketiga) Kamu menasihati sesiapa yang ALLAH jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (maksudnya pertanyaan yang tidak berfaedah) (Riwayat Malik dalam al-Muwatta`).

Hari ini, banyak sukatan dan ukuran telah berubah. Ramai manusia yang tidak memiliki idealisma atau karisma kepimpinan muncul menjadi pemimpin hanya kerana hartanya, atau kem politiknya yang telah berjaya, lalu dia pun dibakulkan sekali. Apabila seseorang naik dalam politik kerana hasil umpan hartanya semata, tentu dia inginkan pulangan modalnya. Maka rasuah dan politik wang akan berluas-luasa. Jika dia naik dalam politik kerana ketajaman idealisma dan karismanya, maka sudah pasti dia ingin membuktikan kemampuan pemikiran yang bernas itu untuk dimanfaatkan masyarakat. Maka rakyat mendapat pulangan faedah yang besar dari pemimpin yang berwibawa dan berkarisma, tetapi akan terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap pemimpin yang diangkat kerena umpan hartanya.

Maka akhirnya nanti, golongan Ruwaibidah akan menguasai masyarakat. Al-Ruwaibidoh adalah satu istilah yang diguna pakai oleh Nabi s.a.w. untuk menggambarkan satu golongan yang akan muncul menjelang kiamat. Mereka adalah kelompok yang tidak berkualiti tetapi ingin berbicara persoalan besar. Sabda baginda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.

Maka menjadi tanggungjawab rakyat dan kepimpinan negara memastikan setiap tokoh yang akan dilantik adalah kerana kewibawaannya. Karisma atau kewibawaan itu dirujuk kepada dua persoalan asas; pertama; persoalan pegangannya kepada agama secara menepati al-Quran dan Sunah. Ini kerana kemuliaan umat ini mempunyai kaitan yang tidak boleh dipisah dengan penghayatan seseorang terhadap ajaran Allah dan RasulNya. Kedua; kemampuannya dalam memegang amanah kepimpinan dalam ertikata mampu memimpin umat ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Bukan semestinya lebai atau ustaz, tetapi iltizam dan keupayaan. Bukan kemewahan hartanya, atau lebar serbannya, tetapi kewibawaannya. Firman Allah: (maksudnya) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Amatlah dukacita bagi sebuah masyarakat yang apabila disebut perkataan pemimpin politik lalu terus terbayang dalam pemikiran kebanyakan orang tentang limpahan hartanya dan gaya mewahnya, bukan ketajaman mindanya atau keprihatinannya kepada rakyat. Sebenarnya, kita pun suka pemimpin yang kaya berharta, jika itu semua membolehkannya membantu rakyat khususnya kaum muslimin. Namun hendaklah kekayaan adalah hasil dari titik peluhnya sendiri atau usahanya yang tidak mencemarkan kepentingan harta rakyat. Jika itu dapat dilakukan, dia bukan sahaja memimpin idea yang baik, juga penderma yang membawa kebaikan untuk rakyatnya. Kekayaan pemimpin mesti untuk manfaat rakyat. Maka dengan itu dia dipilih di samping kewibawaannya juga kerana kesudiannya menghulurkan bantuan, bukan membisneskan harta rakyat. Dalam Musannaf Abi Syaibah juga meriwayatkan surat Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a. kepada gabenornya Abu Musa al-Asy’ari r.a., antara isinya: “Sesungguhnya pemimpin yang paling bahagia ialah mereka yang menyebabkan rakyatnya bahagia, dan pemimpin yang paling celaka ialah yang menyebabkan rakyatnya celaka. Jaga-jaga engkau jangan bermewah-mewahan, nanti pegawai-pegawaimu juga akan bermewah-mewahan”. (8/147)

Maka seorang pemimpin itu mestilah mempunyai penasihat-penasihat yang baik. Mereka menasihatinya dengan jujur, dan hendaklah selalu dia berkata “berikan pendapat yang ikhlas lagi diredhai Allah kepada saya” Sabda Nabi s.a.w.: “Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang selamatkan ALLAH. (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai). Semua pemimpin hendaklah memastikan perdampingan dengan penasihatan yang baik itu benar-benar dihayati dalam kepimpinannya. Inilah jalan selamat setiap kepimpinan. Umara jujur hendaklah selalu bersama para ulama yang ikhlas. Keikhlasan para ulama menyuburkan keadilan pemerintah. Maka haram dan khianatlah ulama jika mereka mengampu sehingga pemimpin terbuai nyenyak dalam kesalahan.

Thursday, November 29, 2007

Kemudahan Agama: Sapu Stoking dan Solat Berkasut

Winter datang lagi!

Antara masalah utama time winter ialah wuduk untuk solat. Teringat zaman sekolah rendah dulu, salji termasuk antara air mutlaq yang boleh digunakan untuk bersuci. Namun, setelah merasai kesejukan winter di negara orang, mustahil ada yang sanggup berwuduk dengan salji.

Jika kita sengaja mengikat diri kita dengan fiqh yang rigid, maka janganlah menyalahkan agama andai kita sendiri terpaksa bersusah-payah demi menunaikan tanggungjawab agama. Dalam kesejukan winter yang boleh mencecah -40 celcius, ditambah dengan boot winter yang mengikat kaki, agak payah bagi siswa yang sibuk dengan kuliah dan tugasan untuk membuka boot dan menelanjangkan kaki setiap kali ingin berwuduk. Bagi yang merasa ini bukan satu kepayahan, eloklah diteruskan. Tulisan ini tidak bertujuan untuk membandingkan mana yang lebih baik, sekadar mencerahkan satu alternatif yang mungkin memberi kemudahan kepada sebahagian kita yang merasa kepayahan tersebut.

Dalil-dalil agama menunjukkan adanya alternatif yang mudah daripada membasuh kaki ketika berwuduk. Bukankah Islam ini agama yang mudah (QS Al-Maa'idah, 5:6), dan Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam sendiri memilih yang lebih mudah apabila diberi pilihan (Al-Bukhariy & Muslim)?

Alternatif Pertama:
Sapu Stoking dan Solat Dengan Memakai Stoking


*Sapu bahagian atas stoking sahaja.

Syarat-syarat:
1. Pastikan sebelum pakai stoking anda dalam keadaan berwuduk.


2. Stoking anda suci dan bersih dari najis.


3. Sapu stoking hanya boleh dilakukan untuk mengangkat hadas kecil sahaja. Hadas besar tak boleh.

4. Jangka masa sapu stoking mesti ikut syarak. Bagi yang bermusafir, mereka boleh terus-menerus sapu stoking tanpa buka selama tiga hari tiga malam. Bagi yang bermukim, tempohnya hanya sehari semalam. Selepas dari itu kena basuh kaki macam biasa.

*Masa dikira dari tempoh sapu stoking kali pertama, bukan dari tempoh mula memakai stoking.


Alternatif Kedua:
Sapu Kasut dan Solat Dengan Memakai Kasut

*Sapu bahagian atas kasut sahaja.


Syarat-syarat:


Sama seperti sapu stoking...

Isu dan Perbincangan:

1. Kaedah Sapu


Sapu bahagian atas sahaja, tangan kanan sapu atas kaki kanan, tangan kiri sapu atas kaki kiri serentak. Untuk perbincangan lanjut, lihat hadith Mughirah ibn Syu'bah radiyallahu 'anhu dan ulasan Syeikh Ibn 'Uthaymin dalam Fatawa al-Mar'ah al-Muslimah vol. 1 m/s 250.

2. Kenapa sapu bahagian atas sahaja?

Sebab sunnah cuma beritahu sapu atas sahaja, tepi dan bawah tidak perlu. Sayyidina 'Ali ibn Abi Talib radiyallahu 'anhu ada sebut sesuatu yang menarik mengenai hal ini: "Sekiranya agama ini (Islam) dibina atas paksi logik akal manusia, sudah tentu bahagian bawah stoking lebih patut disapu berbanding bahagian atas." (Abu Dawud & Al-Daraqutniy).

3. Definisi Stoking

Isu ini memang banyak percanggahan pendapat. Ada yang kata stoking kulit sahaja, ada yang kata apa jenis stoking boleh, ada yang letak syarat stoking kena tutup buku lali sahaja, macam-macam lagi. Kalau nak bincang definisi ini memang takkan selesai masalah kita kerana masing-masing menggunakan hadith-hadith yang sama, cuma pemahaman yang berbeza. Terpulang kepada anda pendapat mana yang anda rasakan lebih tepat. Bagi saya, sekiranya diletakkan syarat kena stoking kulit atau stoking yang saiz tertentu sahaja yang boleh, maka ini sudah lari dari maqsad atau tujuan asal sapu stoking dibenarkan dalam sunnah. Cuba kita fikirkan kembali, kenapa sapu stoking dibenarkan? Sudah tentu tujuan ia dibenarkan adalah untuk memberi kemudahan kepada umat Islam. Jika kita letak pula syarat-syarat lain yang menjadikan satu kemudahan itu susah sikit, sudah tentu kita telah lari dari tujuan asal. Apapun, ini pendapat saya.

4. Wuduk dan Solat dengan Kasut - biar betul?!!

Sebahagian dari kita mesti rasa benda ni pelik. Sebelum rasa pelik mengatasi cinta pada sunnah, baca dan fahami hadith-hadith yang menunjukkan Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam membenarkan solat dengan memakai kasut.

4.1 Anas ibn Malik radiyallahu 'anhu pernah ditanya: "Benarkah Nabi sallallahu 'alayhi wasallam pernah solat sambil memakai kasut?" Jawab Anas: "Ya." (Al-Bukhariy & Muslim).

4.2 Kisah Nabi sallallahu 'alayhi wasallam solat bersama para Sahabah radiyallahu 'anhum sambil memakai kasut, di pertengahan solat baginda membuka kasut dan diikuti para Sahabah. Baginda berbuat demikian kerana diberitahu Jibrail bahawa kasut baginda tidak suci. Kemudian Nabi berpesan agar mereka memeriksa kasut mereka dan bersihkan kasut sebelum solat sanbil berkasut (Abu Dawud - sahih menurut Al-Albaniy).

4.3 Antara sebab Nabi sallallahu 'alayhi wasallam suruh solat pakai kasut ialah untuk membezakan kita dengan kaum Yahudi yang tidak solat sambil berkasut (Abu Dawud - sahih menurut Al-Albaniy).
_
5. Menanggalkan stoking atau kasut, wuduk batal atau tidak?

'Ulamak berbeza pendapat. Ada yang kata batal, ada yang kata tidak. Masing-masing ada alasan kukuh. 'Ulamak seperti Qatadah, Hasan al-Basri, Ibn Abi Layla, Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, al-Nawawi dan lain-lain berpendapat menanggalkan stoking atau kasut tidak membatalkan wuduk, kerana once kita dah berwuduk, maka wuduk akan hanya batal bila perkara yang membatalkan wuduk berlaku, seperti buang air kecil, kentut dan sebagainya. Memandangkan pendapat ini lebih senang, maka saya lebih cenderung dengan pendapat ini.

Kesimpulan
A
Solat pakai kasut ini adalah satu kemudahan yang ada dalam agama. Pun begitu, gunakanlah akal yang bijaksana dalam menilai situasi dan keadaan untuk solat pakai kasut. Janganlah sampai masjid yang dihampar permaidani indah pun nak dicelapak dengan kasut.
A
Sekiranya situasi tidak menyusahkan sangat, saya lebih suka ambil wuduk baru dengan membasuh kaki seperti biasa.


Wallahu A'lam.

dipetik dari rakan saya yang berada di canada http://serinegara.blogspot.com/

Sunday, November 25, 2007