Tuesday, April 28, 2009

Kencing berdiri


Persoalan yang sering ditanya oleh kebanyakkan orang ialah apakah hukumnya kencing berdiri?

Jawapan kepada persoalan ini tidak akan terlepas daripada membicarakan hadis yang diriwayatkan oleh al-Nasa’ie daripada Aisyah radiallahu anha, dia berkata:


مَنْ حَدَّثَكُم أنَّ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيه وَسَلَّم كَانَ يَبُوْلُ قَائِماً، فَلاَ تُصدِّقوه، مَا كَانَ يَبُوْلُ إلاَّ قَائِداً

Sesiapa yang memberitahu kamu bahawa Nabi s.a.w. pernah kencing berdiri, maka janganlah membenarkannya, baginda s.a.w. tidak pernah kencing melainkan dalam keadaan duduk. (al-Nasa’ie, disahihkan oleh al-Albani).

Daripada hadis ini, dapat difahami bahawa Nabi s.a.w. tidak pernah kencing berdiri dan perkara ini diceritakan oleh Aisyah r.ha, wanita yang paling faqih di dunia ini dan yang paling mengetahui semua perkara di dalam rumah nabi s.a.w. masakan tidak, beliau merupakan isteri nabi s.a.w. ummul mukminin r.ha. penafian Aisyah r.ha ini menunjukkan beliau meriwayatkannya berdasarkan pengetahuannya dan apa yang dilihatnya.

Walaupun demikian terdapat hadis yang lain yang yang menceritakan nabi s.a.w. pernah kencing dalam keadaan berdiri. Hadis yang masyhur yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (217) dan muslim (273) daripada Huzaifah r.h. dimana beliau juga telah menceritakan apa yang diketahuinya:

أتَى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم سُبَاطَةَ قومٍ، فبال قائماً، ثم دعا بماءٍ فجِئْتُهُ بماءٍ فتَوَضَّأ.


Nabi s.a.w. telah mendatangi suatu kawasan pembuangan sampah, lalu kencing dalam keadaan berdiri, kemudian nabi meminta dibawakan air, maka aku (huzaifah) pun membawakan air kepada baginda dan baginda berwudhuk.

Al-Imam al-Bukhari telah menamakan bab di dalam sahihnya “Bab kencing berdiri dan duduk” lalu membawakan hadis ini. menunjukkan perbuatan tersebut dibolehkan. Dengan adanya hadis ini yang mengisbatkan (menetapkan) perbuatan nabi s.a.w. kencing berdiri daripada Huzaifah yang juga merupakan antara sahabat yang besar, maka menurut kaedahnya isbat didahulukan daripada penafian, dan sesiapa yang mengetahui merupakan hujjah keatas sesiapa yang tidak mengetahui.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan di dalam “Fathul Bari” (1/330)

وَقَدْ ثَبَتَ عَنْ عُمَر وَعَلِيّ وَزَيْد بْن ثَابِت وَغَيْرهمْ أَنَّهُمْ بَالُوا قِيَامًا وَهُوَ دَالٌّ عَلَى الْجَوَازِ مِنْ غَيْرِ كَرَاهَةٍ إِذَا أَمِنَ الرَّشَاشَ وَاَللَّهُ أَعْلَمُ . وَلَمْ يَثْبُتْ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي النَّهْيِ عَنْهُ شَيْء.

Terdapat juga riwayat yang menyatakan Umar, Ali, Zaid bin thabit dan selain mereka bahawa mereka pernah kencing berdiri, dan ini menunjukkan perbuatan tersebut dibolehkan, dan tidak makruh sekiranya selamat daripada percikan, wallahu a’lam. Juga tiada tegahan daripada nabi s.a.w. tentang perkara ini.

Disana terdapat riwayat yang menyatakan umar menafikan bahawa dia kencing berdiri semenjak dia memeluk Islam

ما بلتُ قائماً منذ أسلمتُ
Aku tidak pernah kencing berdiri semenjak aku memeluk Islam. Tetapi kata-kata Umar ini berlawanan dengan perkataan Zaid r.h.

رأيتُ عمر بال قائماً
Aku pernah melihat Umar kencing berdiri. Kedua-dua riwayat ini dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah di dalam “Musonnaf” dan sanadnya sahih seperti yang dikatakan oleh Syeikh Al-Albani di dalam komentarnya kepada hadis no. 934 dalam “al-Dhoifah”

Kata syeikh Al-Albani: kemungkinan perbuatan kencing berdiri dilakukan oleh Umar r.h. selepas dia mengetahui bahawa kencing berdiri itu dibolehkan dan tidaklah menjadi kesalahan.

Kesimpulan

Daripada hadis-hadis yang dikemukan di atas disimpulkan bahawa kebanyakan hal keadaan nabi s.a.w. terutamanya di dalam rumah sewaktu kencing ialah dalam keadaan duduk seperti yang dinyatakan oleh Aisyah r.ha. tetapi dalam sesetangah keadaan di luar rumah baginda pernah kencing dalam keadaan berdiri dan ianya dibolehkan dan tiada sebarang masalah. Tetapi seperti yang dinyatakan oleh Al-Imam Ibn Hajar dibolehkan sekiranya selamat daripada percikkan air kencing kepada baju ataupun badan. Contohnya jika seseorang itu kencing dipermukaan yang boleh memantulkan semula air kencing ke badan atau pakaiannya maka ia tidak dibenarkan, ini seperti simen dan apa sahaja permukaan yang keras.

Wallahu a’lam.

Monday, April 20, 2009

Friday, April 3, 2009

The Arrivals - Video yang mesti di tonton






Siri-siri yang sebelum dan selepasnya teruskan melihatnya di yotube.com