Thursday, May 7, 2009

AL-BUHRAH - البهرة



SIAPAKAH AL-BUHRAH?

Anda semua mengetahui bahawa ajaran Syiah terpecah kepada berpulu-puluh kumpulan antara al-Ismailiyyah. Dalam Ismailiyyah terpecah lagi kepada beberapa kumpulan,dikalangan yang terpecah itu antaranya ISMAILIYYAH AL-BUHRAH. dan perkara yang peru anda ketahui ialah di dalam syiah mereka mengkafirkan antara satu sama lain.

Asal perkataan al-Buhrah ialah HINDUKI yang bermaksud perniagaan menurut bahasa mereka, huruf Ba' dibariskan hadapan seperti yang di nyatakan orang Gujerat di India, sebab penamaan mereka ialah berbalik kepada mereka iaitu di India, dan mazhab Ismailiy. dan mereka asalnya merupakan para peniaga.

Mereka berkembang di India sama ada di bandar dan di kampung di mana bilangan mereka sekarang ini mencecah beribu-ribu orang.juga tersebar di Pakistan, Britain, Quwait, Tanzania, Kenea, Dubai dan sekarang sudah ada di Yaman.

Ketuan Mereka MUHAMMAD BURHANUDDIN di panggil sebagai DA'IE. Segala tindakan yang hendak dilakukan oleh pengikutnya hendaklah mendapat izin dari DA'IE iaitu M. Burhanuddin sehinnga nak baca buku atau majalah pun mesti ada izin dari ketua mereka ini. Juga tidak boleh belajar di mana-mana sekolah dan universiti melainkan dengan izin.

Pengikutnya kerana terlalu ta'sub sehinggakan sujud di kaki ketua mereka, cium di tangan dan di kaki kerana mensucikannya.

Jika diperhatikan apabila mereka salam dengan tangan ketua mereka , mereka menjadikan kain untuk melapik, supaya tidak menajiskan tangan ketua mereka dengan tangan-tangan mereka.

KESEMUANYA INI BID'AH BAHKAN KUFUR KERANA SUJUD KEPADA MAKHLUK...

Aqidah mereka merupakan sebahagian dari aqidah-aqidah syiah dan falsafah

ANTARA AQIDAH KUFUR MEREKA IALAH

1- Allah itu, tidak lah dia wujud dan tidaklah tidak wujud, tidak Alim, tidak Jahil, Tidak berkuasa dan tidak lemah, dan begitulah kesemua sifat Allah.

2- Menafikan Allah mewujudkan alam secara langsung, tetapi Allah ciptakan huruf KAF dan NUN = KUN dan dari Kaf dan Nun wujudnya alam,

3- Kenabian itu boleh dicapai dengan berusaha bukanlah kenabian itu melalui pemberian Allah atau pilihan Allah.

4- Mengiktiraf Imamah itu sebagai pelengkap kepada kenabian.

5- Beriktikad bahawa imam-imam mereka mengetahui yang zahir dan batin dan tidak dikongsi oleh sesiapapun dari imam mereka.

6- Beriktikad bahawa Imam-imam merekalah yang akan menghisab manusia di hari kiamat.

7- Beriman dengan "TANSUKH AL-ARWAH" iaitu bila seorang soleh mati, maka ruhnya pergi ke insan lain.

8- Mendahulukan solat mereka dan perayaan mereka satu hari atau dua hari sebelum orang islam yang lain, begitu juga haji.Perayaan yang mereka sambut ialah GHADIR KHUM dan perayaan NAIRUZ.

9- menghalalkan riba secara jelas sama ada mengambil atau diberi.

10- Ka'abah itu simbol imam mereka.

11- Menyembah kubur dan membuat binaan di atasnya.

12- Beriktikad Abu Bakar, Umar dan Usman merampas khilafah dari Ali.Aqidah mereka kepada sahabat nabi menghina dan mencerca para sahabat dengan perkataan seperti IBLIS, FIRAUN, HAMAN dan sebagainya

13- beriktikad para imam mereka maksum.

14- menghormati al-quran secara zahirnya tetapi menafsirkannya secara batiniyyah syaitaniyyah.

15- Kiblat solat mereka ialah KUBUR ketua mereka al-DA'IE yang ke 51 iaitu TOHIRUDDIN di Mumbai India yang mereka namakan "AL-RAUDHATU AL-THOHIRAH" taman yang suci dan bukan menghadap ke Ka'abah.

16- Solat yang wajib ialah 10 hari di awal bulan muharram sahaja dan tidak wajib selainnya.

17-Haji,puasa, zakat mempunyai makna yang berbeza di sisi mereka.

18- dan setiap orang yang hendak bermusafir hendaklah pergi ke AL-RAUDHATU AL-THOHIRAH" Kubur yang dijadikan kiblat itu, dan bertawaf beberapa kali.

INI antara AQIDAH KUFUR mereka yang amat jelas bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.

اللهم احفظ بلاد المسلمين

Sumber

Al-Milal wa al-Nihal- Syahrastani
Al-Mausuah al-Muyassaran fi al-Firaq