Dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Perlis
29 Safar 1429/7 Mac 2008
إِنَّ الحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَتُوْبُ إِلَيْهِ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلا هَادِيَ لَهُ،
أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَـهَ إِلّا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُـهُ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَاِركْ عَلَى حَبِيْبِكَ سَيِّدنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِـِه وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
]يَا أيُّهَا الذِّيْنَ ءَامَنُوْا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ[ (سورة آل عمران: 102)
]يَا أَيُّهَا الذِّينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَقُولُوا قَولاً سَدِيْداً. يُصْلِح لَكُم أَعْمَالَكُم وَيَغْفِرلَكُم ذُنُوبَكُم وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزاً عَظِيْماً [ (سورة الأحزاب:70-71)
أما بعد:
فَإِنَّ أّصْدَقَ الحَدِيْثِ كِتَابُ اللهِ، وَخَيْرَ الهَدْيِ هَدْيُ مَحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَشَرَّ الأُمُوْرِ مُحْدَثَاتُهَا، فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ في النَّارِ،
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَـهَ إِلّا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُـهُ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَاِركْ عَلَى حَبِيْبِكَ سَيِّدنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِـِه وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
]يَا أيُّهَا الذِّيْنَ ءَامَنُوْا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ[ (سورة آل عمران: 102)
]يَا أَيُّهَا الذِّينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَقُولُوا قَولاً سَدِيْداً. يُصْلِح لَكُم أَعْمَالَكُم وَيَغْفِرلَكُم ذُنُوبَكُم وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزاً عَظِيْماً [ (سورة الأحزاب:70-71)
أما بعد:
فَإِنَّ أّصْدَقَ الحَدِيْثِ كِتَابُ اللهِ، وَخَيْرَ الهَدْيِ هَدْيُ مَحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَشَرَّ الأُمُوْرِ مُحْدَثَاتُهَا، فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ في النَّارِ،
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Islam adalah agama yang sempurna dan lengkap meliputi segala aspek kehidupan manusia. Bahkan Islam tidak hanya mementingkan kehidupan manusia di dunia sahaja tetapi mementingkan juga kehidupan yang akan dilalui oleh setiap insan iaitulah kehidupan di akhirat. Sebab itu kita sering mendengar Islam itu “al-Din wal Hayah” yang bermaksud Islam itu ialah satu cara hidup.
Salah satu aspek yang disentuh oleh Islam ialah “al-Siasah” politik. Politik bertujuan menguruskan urusan kehidupan agar selari dengan tanggungjawab yang di amanahkan oleh Allah terhadap agama. Allah menjadikan manusia ini sebagai khalifah di muka bumi. Dan setiap tindakan seseorang itu akan diperhatikan oleh Allah s.w.t.
Di dalam hadis Muslim, Nabi s.a.w. bersabda:
إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ وَإِنَّ اللَّهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيهَا فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُونَ فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ.
Sesungguhnya dunia itu cantik dan indah, dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi maka akan diperhatikan bagaimanakah akan kamu lakukan, takutlah kamu kepada dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah yang disebabkan oleh) wanita.
Sidang Jumaat sekalian,
Teras kepada politik di dalam Islam itu adalah akidah dan usul-usul yang menjadi prinsip Islam. Seorang muslim yang berdakwah hendaklah menyerukan kepada Islam sebagai al-din. Bukan Islam sebagai parti atau jemaah atau daulah. Seseorang mungkin tidak memiliki jamaah atau kumpulan atau daulah yang diidami, tetapi ia mesti memiliki akidah dan ibadah kepada Allah dalam wajah zahir dan batin pengabdian diri tanpa sebarang pencemaran atau tokok tambah yang bukan-bukan.
Tujuan asas berpolitik di dalam Islam ialah untuk menegakkan yang makruf (perkara-perkara yang baik) dan mencegah segala bentuk kemungkaran
Allah s.w.t. berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 104:
]وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ[.
Maksudnya: Hendaklah ada sebahagian daripada kamu yang menyeru kepada yang makruf dan mencegah daripada kemungkaran, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
Nabi bersabda:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَده، فَإنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أضْعَفُ الإيمَانِ
Sidang jumaat yang berbahagia,
Berpolitik di dalam Islam bukanlah hobi atau bertujuan suka-suka. Tanggungjawab yang akan dipikul dihadapan mereka yang ingin berpolitik adalah suatu yang sangat berat kerana ianya amanah daripada Allah s.w.t.
Baginda s.a.w. menyebut:
إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الإِمَارَةِ وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَنِعْمَ الْمُرْضِعَةُ وَبِئْسَتْ الْفَاطِمَةُ.
“Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinanan, ianya akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ianya sesuatu yang nikmat pada permualaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).
Orang yang gila politik ialah individu yang tipis ingatan terhadap akhirat, maka rengganglah hubungannya dengan Allah. Oleh itu dalam hadith yang lain, yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim baginda Nabi s.a.w. menasihati sahabatnya `Abd ar-Rahman bin Samurah:
يَا عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ سَمُرَةَ لاَ تَسْأَلْ الإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُوتِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوتِيتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا.
Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa pemintaan maka engkau dibantu".
Banyak lagi nas-nas Islam menunjukkan seorang yang gila ingin mendapatkan kuasa politik tidak layak untuk diberikan kepadanya jawatan. Hal ini mesti disedari oleh kepimpinan negara dan rakyat jelata.
Berpolitik itu bukanlah sesuatu yang buruk atau dikeji oleh syariah. Ia termasuk dalam tanggungjawab Islam juga. Ianya adalah fardu kifayah. RasululLah s.a.w dan para sahabah pun berpolitik demi amanah Islam. Apa yang dikeji ialah gila berpolitik atau tamakkan jawatan sehingga melupai dasar-dasar agama.
Maka bukan semua hasrat dan keinginanan untuk mendapatkan kerusi politik itu buruk di sisi Islam. Jika niat seseorang menyertai politik itu untuk menyelamatkan keadaan seperti mengelakkan kezaliman, penyelewengan atau demi keselamatan umat Islam seperti keadaan sesetengah negara, maka hasrat politik seperti itu patut dipuji.
Sidang jumaat sekalian,
Kepimpinan di dalam islam mestilah memenuhi dua ciri yang sangat penting. Dan kedua-dua ciri ini mestilah berjalan seiring iaitulah “al-Quwwah” kekuatan dan al-“Amanah” seorang yang amanah. Amanah merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia. Orang yang hanya mempunyai amanah dan kesolehan tetapi tidak mempunyai kekuatan, kemampuan kemahiran di dalam mentadbir tidak mencukupi untuk menjadi seorang pemimpin.
Dalam hadis daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat Muslim).Dalam riwayat al-Imam Muslim yang lain Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim.
Ini menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak memberikan jawatan sekalipun kepada Abu Zar, seorang sahabat yang sangat dikasihi baginda, apabila dilihat ciri-ciri kelayakan tidak wujud sepenuhnya. Abu Zar adalah seorang sahabat yang soleh lagi warak dan zuhud. Namun begitu, amanah kepimpinan dan politik berhajat ciri-ciri yang yang lebih dari itu, bukan sekadar warak dan soleh sahaja.
Begitulah sebaliknya seorang yang mempunyai kekuatan dan kemahiran di dalam pentadbiran politik tetapi tidak mempunyai amanah dan tidak bertaqwa dan soleh, tidak menghadiri solat berjemaah di masjid, membiarkan isteri dan anak-anak dengan tidak dididik dan dibimbing sesuai mengikut ajaran Islam, tidak pernah menghadiri kuliah-kuliah pengajian sunnah sama ada di masjid-masjid atau di mana-mana sahaja, maka mereka ini tidak layak untuk dipilih menjadi pemimpin di dalam politik.
بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ، إنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ. أقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وأسْتَغْفِرُ اللهَ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إنه هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.
No comments:
Post a Comment