Akal yang sihat iaitu akal yang tidak dicemari dengan virus Tasybih menerima hakikat ini iaitu perkongsian nama kepada sesuatu tidak semestinya membawa maksud persamaan pada zatnya. Maka ada perkara yang sama dari segi namanya tetapi hakikatnya perkara tersebut sedikitpun tidak mempunyai persamaan. Ini Merupakan kaedah yang sangat penting untuk diketahui dan difahami dalam membincangkan aqidah al-Asma' wa al-Sifat
Contoh-contohnya:
Perkataan segan:
Satu tempat memahami perkataan segan bermaksud malu tetapi ditempat yang lain segan membawa maksud malas.
Perkataan Tuak
Ada tempat apabila disebut tuak maka mereka memahaminya sebagai arak tetapi perkataan tuak juga dimaksudkan oleh sebahagian tempat merujuk kepada nira kelapa.
Kesemua ini akal yang sihat menerimanya. Begitu juga apabila al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. menggunakan perkataan-perkataan yang sama pada nama atau sifatnya tetapi pada hakikatnya ianya tidak serupa.
Akal yang sihat juga menerima perbezaan ini dikalangan sesama makhluk maka kita akan dapati bahawa telinga manusia itu tidak sama rupa bentuknya dengan telinga gajah atau sistem pendengaran seekor ikan di dalam air. Percakapan dan bentuk komunikasi manusia tidak sama dengan rupa bentuk komunikasi haiwan. Ini semua adalah kekuasaan ALLAH s.w.t.
Maka persamaan pada nama itu tidak semestinya membawa kepada persamaan zatnya. Ianya hanya berkongsi pada namanya sahaja. Kita lihat pula contoh-contoh dari al-Quran dan sunnah
ALLAH s.w.t. berfiman di dalam surah al-Jumuah ayat pertama:
Allah menjelaskan di dalam ayat ini kesemua makhluknya baik yang berada di langit dan yang berada di bumi kesemuanya sentiasa bertasbih kepadaNya. Mengapa tidak ada yang mempersoalkan bagaimanakah caranya penghuni langit bertasbih? Bagaimanakah caranya binatang-binatang bertasbih? bagaimanakah batu dan pokok bertasbih? kesemuanya tidak dipersoalkan kerana ianya datang melalui perkhabaran yang telah dikhabarkan oleh ALLAH Ta’ala dan RasulNya Muhammad s.a.w. masing-masing ada cara tasbih yang tersendiri tetapi makhluk sifatnya terbatas maka manusia tidak memahami bagaimanakah cara benda-benda tersebut bertasbih kepada ALLAH.
Ini Telahpun dijelaskan oleh ALLAH s.w.t. di dalam surah al-Israk ayat 44:
Di dalam sebuah hadis sahih diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Tirmizi daripada Yusairah r.a beliau berkata:
Di dalam hadis yang lain
Di dalam kedua-dua hadis ini Nabi s.a.w. menyatakan jari-jemari kita ini akan bercakap menjadi saksi dihadapan ALLAH Ta’ala begitu juga dengan anggota-anggota tubuh yang lain semuanya akan berkata-kata. Tetapi kita tidak bertanya bagaimanakah caranya tubuh badan seseorang itu bercakap? Jari- jemari tidak mempunyai mulut dan lidah yang membolehkannya berkata-kata.
Maka sifat kalam iaitu sifat berkata-kata tidak sama diantara satu makhluk dengan makhluk ALLAH yang lain. Bukti bahwasanya Maha Bijaksananya ALLAH s.w.t. di dalam penciptaanNya. Mengapa perbezaan sesama makhluk ini dari sudut nama dan sifat dapat diterima oleh kita manusia tetapi apabila membicarakan tentang nama dan sifat yang berkaitan dengan Zat ALLAH Ta’ala ianya menjadi masalah?
Jawapannya tidak lain dan tidak bukan seperti yang telah dijelaskan, ianya disebabkan oleh penyakit TASYBIH iaitu apabila menyebut tentang sifat-sifat ALLAH penyakit tersebut datang menyerang akal fikiran mereka, inilah Syubuhat (kekeliruan) di dalam masalah Aqidah yang dimainkan oleh syaitan.
Suka untuk diulangi bahawasanya Perkongsian nama tidak semestinya membawa kepada persamaan pada zat.
Oleh kerana penyakit Tasybih, timbullah sebahagian golongan yang berfalsafah di dalam membicarakan tentang sifat-sifat ALLAH Ta’ala. Sifat Kalam umpamanya sebagai contoh, kerana niat baik mereka untuk tidak menyamakan ALLAH dengan makhluk maka sebahagian mereka menafikan sifat berkata-kata bagi ALLAH. Bermaksud mereka menyatakan ALLAH tidak berkata-kata (wal’iyazubilah). Ini kerana sekiranya ALLAH berkata-kata nanti sama dengan sifat makhluk dan tertakluk kepada masa dan tempat. Sebahagiannya membahagikan pula sifat kalam kepada kalam zat atau kalam nafsi iaitu memang ALLAH bersifat dengan sifat kalam tetapi Kalam ALLAH itu di dalam dirinya tidak didengari dan tidak bersuara. Kesemua ini dengan satu tujuan iaitu tidak mahu menyamakan ALLAH dengan Makhluk.
Tetapi sebenarnya mereka telah diserang oleh panyakit Tasybih lalu seperti yang telah disebutkan apabila kaedah pertamanya telah diubah iaitu bukan menetapkan sifat tersebut terlebih dahulu kemudian baru kaedah Tanzih (mensucikan ALLAH dari menyerupai makhluk) menyebabkan mereka akan melakukan salah satu dari dua perkara. Iaitu sama ada mentakwil (mengubah makna sifat) atau menta’thil (menafikan sifat)
Sebelum membincangkan lebih lanjut tentang sifat Kalam bagi ALLAH, kita lihat dahulu contoh sifat dibawah.
ALLAH s.w.t. menyatakan tentang dirinya di dalam al-Quran
Maka akal yang sihat menerima bahawasanya ALLAH s.w.t. Mendengar dan Melihat begitu juga manusia ini dijadikan oleh ALLAH s.w.t. mendengar dan melihat. Tetapi adakah mendengar dan melihat ALLAH sama rupa bentuknya dengan sifat mendengar dan melihat manusia? Jawapannya sudah tentu tidak kerana ianya hanya berkongsi pada nama sahaja tetapi zatnya berbeza. ALLAH jelasakan
Maka ahli sunnah wal Jamaah menetapkan sifat bagi ALLAH sepertimana yang disebutkan di dalam al-Quran dan sepertimana yang terdapat di dalam sunnah tanpa melakukan Tasybih (menyamakan ALLAH dengan makhluk) dan tanpa Ta’thil (menafikan sifat)
Yang membezakan antara sifat-sifat ini ialahكيفيات ‘bagaimana caranya’. Maka bagi ALLAH itu ‘cara’ yang layak dengan kebesaran dan keagunganNya. Oleh sebab itu ahli sunnah sering menyatakan
To be continued…

يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِ الْحَكِيم
ِ Maksudnya: sentiasa bertasbih kepada Allah apa yang ada dilangit dan apa yang berada di bumi, Raja yang Maha Suci, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Allah menjelaskan di dalam ayat ini kesemua makhluknya baik yang berada di langit dan yang berada di bumi kesemuanya sentiasa bertasbih kepadaNya. Mengapa tidak ada yang mempersoalkan bagaimanakah caranya penghuni langit bertasbih? Bagaimanakah caranya binatang-binatang bertasbih? bagaimanakah batu dan pokok bertasbih? kesemuanya tidak dipersoalkan kerana ianya datang melalui perkhabaran yang telah dikhabarkan oleh ALLAH Ta’ala dan RasulNya Muhammad s.a.w. masing-masing ada cara tasbih yang tersendiri tetapi makhluk sifatnya terbatas maka manusia tidak memahami bagaimanakah cara benda-benda tersebut bertasbih kepada ALLAH.
Ini Telahpun dijelaskan oleh ALLAH s.w.t. di dalam surah al-Israk ayat 44:
تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالأرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا
Maksunya: Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada ALLAH. Dan tidak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya tetapi kamu semua tidak memahami tasbih mereka. sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.
Di dalam sebuah hadis sahih diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Tirmizi daripada Yusairah r.a beliau berkata:
"أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَهُنَّ أَنْ يُرَاعِينَ بِالتَّكْبِيرِ وَالتَّقْدِيسِ وَالتَّهْلِيلِ وَأَنْ يَعْقِدْنَ بِالأََنَامِلِ فَإِنَّهُنَّ مَسْئُولاَتٌ مُسْتَنْطَقَاتٌ
Maksudnya:“Nabi s.a.w. memerintahkan isteri-isterinya agar sentiasa bertasbih, mensucikan ALLAH dan bertahlil menghitungnya dengan jari-jemarinya. Ini kerana, jari-jemari itu akan bertanggungjawab dan berkata-kata di hadapan Allah.”
Di dalam hadis yang lain
" عليكن بالتسبيح وَالتَّهْلِيلِ وَالتَّقْدِيسِ ولا تغفلن فتنسين التوحيد (وفي رواية: عن الرحمة) واعْقِدْنَ بِالأََنَامِلِ فَإِنَّهُنَّ مَسْئُولاَتٌ ومُسْتَنْطَقَاتٌ"
Maksudnya:
“Hendaklah kamu bertasbih, bertahlil dan taqdis, dan jangan kamu lalai maka kamu akan melupakan tauhid (dalam riwayat lain: rahmat) dan hitunglah dengan jari-jemarimu. Ini kerana, jari-jemari itu akan bertanggungjawab dan berkata-kata di hadapan Allah”.
“Hendaklah kamu bertasbih, bertahlil dan taqdis, dan jangan kamu lalai maka kamu akan melupakan tauhid (dalam riwayat lain: rahmat) dan hitunglah dengan jari-jemarimu. Ini kerana, jari-jemari itu akan bertanggungjawab dan berkata-kata di hadapan Allah”.
Di dalam kedua-dua hadis ini Nabi s.a.w. menyatakan jari-jemari kita ini akan bercakap menjadi saksi dihadapan ALLAH Ta’ala begitu juga dengan anggota-anggota tubuh yang lain semuanya akan berkata-kata. Tetapi kita tidak bertanya bagaimanakah caranya tubuh badan seseorang itu bercakap? Jari- jemari tidak mempunyai mulut dan lidah yang membolehkannya berkata-kata.
Maka sifat kalam iaitu sifat berkata-kata tidak sama diantara satu makhluk dengan makhluk ALLAH yang lain. Bukti bahwasanya Maha Bijaksananya ALLAH s.w.t. di dalam penciptaanNya. Mengapa perbezaan sesama makhluk ini dari sudut nama dan sifat dapat diterima oleh kita manusia tetapi apabila membicarakan tentang nama dan sifat yang berkaitan dengan Zat ALLAH Ta’ala ianya menjadi masalah?
Jawapannya tidak lain dan tidak bukan seperti yang telah dijelaskan, ianya disebabkan oleh penyakit TASYBIH iaitu apabila menyebut tentang sifat-sifat ALLAH penyakit tersebut datang menyerang akal fikiran mereka, inilah Syubuhat (kekeliruan) di dalam masalah Aqidah yang dimainkan oleh syaitan.
Suka untuk diulangi bahawasanya Perkongsian nama tidak semestinya membawa kepada persamaan pada zat.
Oleh kerana penyakit Tasybih, timbullah sebahagian golongan yang berfalsafah di dalam membicarakan tentang sifat-sifat ALLAH Ta’ala. Sifat Kalam umpamanya sebagai contoh, kerana niat baik mereka untuk tidak menyamakan ALLAH dengan makhluk maka sebahagian mereka menafikan sifat berkata-kata bagi ALLAH. Bermaksud mereka menyatakan ALLAH tidak berkata-kata (wal’iyazubilah). Ini kerana sekiranya ALLAH berkata-kata nanti sama dengan sifat makhluk dan tertakluk kepada masa dan tempat. Sebahagiannya membahagikan pula sifat kalam kepada kalam zat atau kalam nafsi iaitu memang ALLAH bersifat dengan sifat kalam tetapi Kalam ALLAH itu di dalam dirinya tidak didengari dan tidak bersuara. Kesemua ini dengan satu tujuan iaitu tidak mahu menyamakan ALLAH dengan Makhluk.
Tetapi sebenarnya mereka telah diserang oleh panyakit Tasybih lalu seperti yang telah disebutkan apabila kaedah pertamanya telah diubah iaitu bukan menetapkan sifat tersebut terlebih dahulu kemudian baru kaedah Tanzih (mensucikan ALLAH dari menyerupai makhluk) menyebabkan mereka akan melakukan salah satu dari dua perkara. Iaitu sama ada mentakwil (mengubah makna sifat) atau menta’thil (menafikan sifat)
Sebelum membincangkan lebih lanjut tentang sifat Kalam bagi ALLAH, kita lihat dahulu contoh sifat dibawah.
Sifat Mendengar dan Melihat
ALLAH s.w.t. menyatakan tentang dirinya di dalam al-Quran
وهو السميع البصير
Maksudnya: Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat
Sifat mendengar dan melihat ialah sifat yang juga terdapat pada makhluk ciptaan ALLAH s.w.t. khususnya manusia. Oleh itu manusia juga disifatkan mendengar dan melihat. ALLAH berfirman di dalam surah al-Insan:
إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah Menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur dan Kami hendak mengujinya maka dengan itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.
Maka akal yang sihat menerima bahawasanya ALLAH s.w.t. Mendengar dan Melihat begitu juga manusia ini dijadikan oleh ALLAH s.w.t. mendengar dan melihat. Tetapi adakah mendengar dan melihat ALLAH sama rupa bentuknya dengan sifat mendengar dan melihat manusia? Jawapannya sudah tentu tidak kerana ianya hanya berkongsi pada nama sahaja tetapi zatnya berbeza. ALLAH jelasakan
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
Maksudnya: ALLAH tidak sama dengan sesuatu pun.
Maka ahli sunnah wal Jamaah menetapkan sifat bagi ALLAH sepertimana yang disebutkan di dalam al-Quran dan sepertimana yang terdapat di dalam sunnah tanpa melakukan Tasybih (menyamakan ALLAH dengan makhluk) dan tanpa Ta’thil (menafikan sifat)
Yang membezakan antara sifat-sifat ini ialahكيفيات ‘bagaimana caranya’. Maka bagi ALLAH itu ‘cara’ yang layak dengan kebesaran dan keagunganNya. Oleh sebab itu ahli sunnah sering menyatakan
والكيف غير معقول أو مجهول
Bagaimana cara (sifat ALLAH itu) tidak boleh difikirkan oleh akal atau bagaimana caranya tidak diketahui.
To be continued…
No comments:
Post a Comment