مجمع فقهاء الشريعة بأمريك
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله، نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ؛ من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له؛ وأشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا عبده ورسوله ، بلغ عن ربه فأتم البلاغ ، وبين لنا شرائع ديننا فى شتى مناحي الحياة حتى غبطنا على بيانه أهل الكتاب ، فاللهم صل وسلم عليه وعلى آله وصحبه ومن اتبع ملته إلى يوم الدين آمين. وبعد،
Telah diminta fatwa kepada Majmak Fuqaha Syariah Amerika untuk mengeluarkan fatwa berkenaan sebuah kumpulan yang dikenali sebagai al-Ahbash. Disebabkan sudah mula muncul dengan menyebabkan fitnah (keadaan huru-hara) disebahagian Bandar-bandar di Amerika. Setelah diminta fatwa dan selepas mengkaji maka dengan ini Majmak memutuskan seperti berikut:
Kumpulan Ahbash ini dinisbahkan kepada Abdullah al-Harari al-Habasyi yang berasal dari Bandar Harar di Habsyah (Ethopia). Dia
Telah diketahui tentangnya (al-Habasyi) dan kumpulannya Ahbash penyelewengan aqidah dan peliknya pendapatnya di dalam masalah Feqh begitu juga kemelampauan dan permusuhannya terhadap umat islam dan ulamaknya sama ada yang masih hidup dan yang telah mati.
Antara aqidah mereka yang paling rosak
1- membolehkan meminta tolong dan meminta perlindungan dengan orang mati dan memohon doa kepada mereka. (lihat Bughyatu al-Tolib,ditulis oleh Abdullah al-Habasyi hlm. 8)
2- Pendapat mereka bahawa al-Quran bukan Kalamullah yang hakiki (lihat Izdhar al-Aqidah al-Sunniyyah, ditulis oleh al-Habasyi, hlm. 58)
3- Celaan mereka kepada sebahagian sahabat (lihat Sorih al-Bayan, ditulis oleh al-Habasyi, hlm. 86-116)
Dan antara pendapt yang ganjil mereka di dalam permasalahan feqh:
1- Pendapat mereka yang membolehkan berjudi dengan dengan orang kafir untuk mengambil harta mereka (lihat: Bughyatu al-Tolib, hlm. 224)
2- Pendapat mereka halalnya melihat kepada tubuh perempuan yang Ajnabi (bukan mahram) dan pendapat mereka boleh melihat kepadanya walaupun dengan syahwat sekiranya di lihat melalui televisyen atau melalui cermin. (lihat Bughyatu al-Tolib hlm. 288 dan 351)
3-Mereka di Amerika tidak bersolat menghadap ke arah kiblat yang di sepakati umat islam di sana. Seperti mana yang sedia maklum.
Antara sikap melampau mereka terhadap umat islam dan ulamaknya ialah mereka mengkafir dan menhukumkan fasiq kepada kebanyakan ulamak umat dan pendakwahnya seperti Ibn Taimiyyah, al-Zahabi, Nasiruddin al-Albani, Abul A’la al-Maududi, Sayyid Qutub Rahimahumullah. Juga Yusuf al-Qaradhawi dan Faisal al-Maulawi Hafizahumallah. Dan ramai lagi ulamak lainnya.
Sesungguhnya telah banyak fatwa dan kritikan yang dikeluarkan oleh beberapa majlis ulamak yang menyatakan kesesatan mereka dan menjelaskan penyelewengan manhaj mereka antaranya:
1- Surat berkenaan kumpulan ini dari Dr. Ahmad Umar Hasyim, Rektor Universiti Al-Azhar kepada ketua Rabitah Alam Islami bertarikh 24/8/2001.
2- Fatwa Lajnah Daimah di Saudi, rujukan fatwa no. 19606.
3- Kritikan dan penolakan ke atas kumpulan mereka daripada Dr. Yusuf al-Qaradhawi bertajuk: Kumpulan Ahbash: berdebat tanpa ilmu dan adab di dalam kitab fatwanya “Fatwa Mu’asirah” jilid 3/685.
Dan kami di Majmak Fuqaha Syariah Amerika dengan ini menasihati kaum muslimin supaya menjauhi kumpulan ini, dan kami berdoa kepada Allah untuk mereka dan semua yang telah menyimpang dari jalan kebenaran agar dikembalkan mereka kepada Sunnah wal Jamaah.
والحمد لله رب العالمين.
http://www.amjaonline.com/arabic/headline.asp?Headid=119
No comments:
Post a Comment