Wednesday, January 23, 2008

Angkara dusta dan fitnah, Keharmonian akan musnah

Ustaz Abd al-Razzaq A. Muthalib


Fitnah dan dusta merupakan dua elemen yang menjadi racun perosak dalam kehidupan bermasyarakat. Oleh itu, Islam yang senantiasa menyeru ke arah keharmonian dan keamanan, telah menetapkan dua perkara ini sebagai larangan yang tidak boleh dilakukan. Sekiranya dua unsur perosak ini dibiarkan berlegar di dalam masyarakat, apatah lagi jika dijadikan amalan dan suatu kemestian, maka nantikanlah kehancuran dan kepincangan.

Fitnah ialah mengatakan sesuatu atau menyebarkan sesuatu fakta yang tidak benar dan tidak disukai tentang pihak lain. Secara umumnya, fitnah dan berdusta ini, jika dilihat dari satu sudut merupakan dua sifat yang mempunyai persamaan; iaitu menyatakan sesuatu yang tidak benar...

Waspadalah dalam berbicara, apatah lagi lagi jika ia membabitkan hal agama. Suasana hari ini mempamerkan kepada kita bahawa sesetengah umat Islam yang tidak memahami secara jelas tentang sesuatu hal yang berkaitan dengan Islam, tetapi berminat untuk mengambil bahagian dalam mengulas dan menyampaikan pendapat mereka. Natijahnya, maka muncullah pendapat-pendapat pelik yang lari jauh dari landasan yang sebenar.

Bahkan sebahagian daripada kalam-kalam mereka itu jika diamati boleh menjejaskan kesahihan akidah mereka. Contohnya seperti fitnah yang dilemparkan oleh puak Ahbash yang mengkafirkan ramai para ulamak seperti Ibn Taimiyah, Ibn Qayyim, Dr.Yusof al-Qaradawi, Dr. Ramadhan al-Buti, Syed Qutb, Syaikh Mutawali Sha’rawi dan lain-lain lagi. Jika di Malaysia pula, pengikut Ahbash ini telah mengkafirkan SS Mufti Perlis sekarang. Oleh itu, api fitnah yang dinyalakan oleh pengasas Ahbash iaitu Abdullah al-Harari di Lubnan, kemudian ditiup pula oleh pengikut-pengikutnya di Malaysia ini, perlu dipadamkan segera. Jika tidak ianya akan merebak membakar keamanan dan memusnahkan keharmonian umat Islam, khususnya di Malaysia yang tercinta ini

artikel penuh di yapis.blogspot.com

No comments: