Wednesday, January 30, 2008

Ancaman Kafir-mengkafir


Dunia Islam tidak pernah sunyi dari gangguan golongan-golongan yang menyeleweng dari jalan yang lurus iaitu ahli sunnah wal jamaah. Sesungguhnya sejarah telah membuktikan perkara ini. Maka munculnya golongan seperti syiah rafidhah, khawarij, Murjiah, Muktazilah, Jabariyah, Jahmiyah dan selainnya yang merosakkan pegangan aqidah yang benar. Walaupun sebahagian daripada golongan yang disebutkan namanya hanya tinggal sejarah dan telah pun lenyap di telan zaman, tetapi hakikat yang terpaksa kita akur ialah pemikiran golongan-golongan ini masih wujud pada zaman ini hasil daripada saki-baki pengikut golongan tersebut yang menyebarkan fahaman mereka sehinggalah ke hari ini. Cuma yang sedihnya mereka menyebarkan pemikiran dan ajaran yang menyeleweng ini dengan berselindung di sebalik nama ahli sunnah wal jamaah supaya kesesatan mereka tidak dapat dihidu oleh masyarakat umumnya.

Diriwayatkan oleh al-Darimi bahawasanya Abdullah bin Mas’ud r.h. berkata: “Suatu hari Rasulullah s.a.w. membuat satu garisan (yang lurus) lalu baginda bersabda Ini ialah jalan Allah. Kemudian baginda menambah garisan-garisan di sebelah kanan dan kirinya (garisan lurus tersebut) lalu baginda bersabda ini ialah jalan-jalan dan di setiap jalan-jalan tersebut ada syaitan yang memanggil-manggil kepadanya, kemudian nabi membaca ayat al-quran surah al-An’am ayat 153 yang bermaksud: “dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan (yang lain) kerana jalan itu memecah belahkan kamu dari jalanNya”.

Fokus artikel ini ialah menjelaskan kepada masyarakat sebuah kumpulan yang sudah mula bertapak di Negara ini dan sangat giat menyebarkan fahaman mereka di dalam masyarakat. Kumpulan ini ialah sebuah Jemaah Takfir yang dinamakan oleh mereka sendiri sebagai Al-Ahbash. Kumpulan ini telah lama muncul tetapi ianya baru memasuki Negara kita sejak kebelakangan ini melalui pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di timur tengah khususnya di Lubnan dan disbarkan melalui blog-blog mereka di dalam internet. Maka umat Islam Malaysia harus peka dan berwaspada dengan perkembangan ini serta mesti mengenali ciri-ciri Jemaah Takfir ini supaya tidak terjebak ke dalamnya.

Kumpulan ini telah pun disebut di dalam kitab al-Mausu’ah al-Muyassarah fi Adyan wal Mazahib wal Ahzab al-Mu’asirah iaitu sebuah ensiklopedia yang menceritakan tentang agama, mazhab dan kumpulan-kumpulan yang muncul di dalam Islam. Disebut bahawa Al-Ahbash merupakan sebuah kumpulan yang sesat yang diambil namanya bersempena gelaran yang diberikan kepada guru mereka Abdullah al-Harari al-Habasyi. Kumpulan ini yang muncul di Lubnan dengan menggunakan peluang yang ada ketika keadaan huru-hara yang berlaku di Negara itu disebabkan perang saudara. Apabila berlakunya perang saudara ini menyebabkan masyarakatnya berada di dalam keadaan kejahilan dan kefakiran. Dan ketika itulah kumpulan Ahbash ini mengambil peluang untuk menyebarkan ajaran mereka melalui metodologi ahli kalam, amalan kesufian dan kebatinan bertujuan merosakkan aqidah dan memecah belahkan kesatuan umat islam.

Abdullah al-Harari dikenali sebagai “al-Fattan” pembawa fitnah, juga dikenali sebagai “Syeikhul Fitnah” iaitu orang yang suka membawa fitnah. Ini disebabkan tindakan Abdullah al-Harari ini yang bersekongkol dengan kerajaan kafir Hilasilasi di lubnan pada ketika itu yang akhirnya menyebabkan ramainya para ulamak dan pendakwah yang melarikan diri ke Mesir dan Saudi untuk menyelamatkan diri dari fitnah tersebut. Sesungguhnya kumpulan Ahbash ini membawa fahaman yang menyeleweng dari mazhab ahli sunnah wal Jamaah. Antaranya mereka berfahaman Jahmiyyah iaitu kumpulan yang menafikan sifat Allah Ta’ala, membawa fahaman Murjiah, Jabariah dan Rafidhah atau syiah. Mereka mencela para sahabat Nabi dan menuduh Ummul Mukminin Aisyah r.ha telah bermaksiat kepada Allah disamping fatwa-fatwa mereka yang pelik.
Akhirnya Abdullah al-Harari berjaya mengumpulkan pengikut-pengikut yang taksub dimana mereka tidak mengiktiraf keislaman seseorang kecuali kepada mereka yang tunduk dan mengakui aqidah yang dibawa oleh Syeikh mereka Abdullah al-Harari sahaja. Sedangkan aqidah yang dibawa oleh Abdullah al-Harari ini menyeleweng dari aqidah ahli sunnah wal jamaah. Pengikut-pengikut yang taksub ini memaksa orang ramai mempelajari aqidah al-Habasyiah dengan mengetuk-ngetuk pintu rumah dan menyebarkan buku-buku syeikh mereka secara percuma.

Di antara tokoh Ahbash ini ialah Nizar al-Halabi yang digelarkan oleh mereka sebagai “Samahatu al-Syeikh” iaitu gelaran bagi seorang mufti. Pengikut-pengikut yang taksub ini menconteng di dinding-dinding jalan slogan “Katakan tidak kepada Hassan Khalid (mufti lubnan) yang Kafir, dan katakan ya kepada mufti Nizar al-Halabi”. Mufti Hassan Khalid ini telah dibunuh oleh kumpulan Ahbash ini. Dan akhirnya Nizar al-Halabi ini juga mati dibunuh kerana fatwa-fatwa sesat yang dikeluarkan olehnya. Begitulah akhlak buruk pengikut-pengikutnya yang diajarkan oleh guru mereka al-Harari iaitu amat mudah melemparkan tuduhan kafir kepada sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan kumpulan mereka.
Aqidah dan ajaran yang dianuti

• Ahbash mendakwa mereka bermazhab dengan mazhab al-Syafi’e di dalam fiqh dan juga aqidah, sedangkan pada hakikatnya mazhab mereka amat jauh dari mazhab Imam al-Syafi’e. Mereka secara semberono mentakwil sifat-sifat Allah Ta’ala tanpa berpandukan kepada kaedah yang betul, contohnya mentakwil iaitu mengubah sifat Allah Ta’ala Istiwa’ kepada Istila’ iaitu berkuasa seperti yang dilakukan oleh mazhab Muktazilah dan Jahmiyyah.

• Al-Harari Al-Habasyi mendakwa al-Quran merupakan lafaz Jibril, maka Al-Quran itu bukanlah kalamullah sepertimana aqidah ahli sunnah wal jamaah. Ini boleh dilihat di dalam kitab yang ditulis oleh al-Harari sendiri Izdharul Aqidati al-Sunniyyah:ms. 51.

• Ahbash di dalam masalah yang berkaitan dengan iman seperti Murjiah dan Jahmiyyah iaitu memisahkan di antara iman dan amal. Amalan seseorang tidak ada kena mengena dengan iman. Maka seorang itu dikira beriman di sisi mereka walaupun meninggalkan solat dan juga rukun-rukun islam yang lainnya. Ini bercanggah dengan aqidah ahi sunnah wal jamaah yang menyatakan islam itu ialah iman dan amal. Sila lihat buku al-Harari al-Dalil al-Qawim: ms. 7 dan kitabnya Bughyatu al-Tolib: ms.51

• Al-Harari berkata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan syariat Allah di dalam dirinya, tidak melaksanakan kefardhuan yang telah ditetapkan oleh Allah, Tidak menjauhkan diri dari kemaksiatan (melakukan kemaksiatan), tetapi di dalam seumur hidupnya dia pernah mengucapkan “La ilaha illallah” walaupun sekali, dia merupakan seorang islam yang beriman. Juga disebutkan sebagai orang yang beriman yang berdosa. Rujuk al-Dalil al-Qawim: ms. 9-10 dan Bughyatu al-Tolib: ms. 51.

• Ahbash di dalam masalah al-Qadr merupakan Jabariyyah. Mereka mendakwa bahawa Allah lah yang menolong seorang kafir di atas kekufurannya, kalau tidak kerana Allah maka tidaklah seorang kafir itu menjadi kafir. Lihat kitabnya al-Nahju al-Salim: ms. 71

• Ahbash menggalakkan supaya pergi ke kubur dan memohon hajat dan pertolongan kepada ahli kubur. Ini kerana menurut dakwaan mereka ahli kubur akan keluar dari kubur-kubur mereka untuk menunaikan hajat orang yang memohon kepada mereka kemudian kembali ke kubur semula. Begitu juga mereka membenarkan memohon perlindungan dari selain Allah. Lihat al-Dalil al-Qawim: ms. 173, Bughyatu al-Tolib: ms. 8 dan Sorih al-Bayan: ms. 57, 62.

• Ahbash mensahihkan hadis-hadis yang lemah dan palsu yang menyokong mazhabnya dan sebaliknya melemahkan sesuatu hadis sekiranya bercanggah dengan mazhabnya. Boleh dilihat dengan jelas di dalam kitabnya al-Maulid al-Nabawi.
• Al-Harari banyak mencela para sahabat terutamanya Muawiyyah bin Abi Sufian r.h, ummul Mukminin Aisyah r.ha. mengutuk Khalid bin al-Walid dan sahabat yang lainnya. Dia juga berkata sesiapa yang tidak bersama pemerintahan Ali mati dalam keadaan Jahiliyyah.

• Al-Harari mengkafirkan sekian ramai para ulamak, maka dia menghukum Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah sebagai kafir dan menjadikan kewajipan pertama bagi setiap mukallaf mengiktiraf kekufurannya. Begitu juga Imam al-Zahabi disisinya seorang yang keji. Mengkafirkan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, Syeikh Sayyid Sabiq, Sayyid Qutub, Syeikh al-Qaradhawi, Syeikh Said Ramadhan al-Buti dan ulamak yang lainnya. Tetapi Ibn Arabi seorang yang sepakat ulamak mengatakan kufurnya fahaman yang dibawa iaitu wahdatul wujud, aqidah hulul dan sebagainya, al-Harari mengatakannya sebagai Syeikhul Islam.

• Antara fatwa-fatwa al-Harari al-Habasyi di dalam feqh yang pelik ialah seperti bolehnya melihat kepada wanita ajnabiah (tidak menundukkan pandangan), ihktilat (percampuran lelaki dan wanita), boleh bersalam-salaman antara wanita ajnabiah, wanita boleh keluar rumah dalam keadaan tabarruj dan memakai wangi-wangian walaupun tanpa keizinan dan keredhaan suami. boleh berjual-beli anak yang merdeka, bolehnya memakan hasil riba’ dan bolehnya bersolat dengan pakaian yang bernajis. Lihat Bughyatu al-Tolib: ms. 99.

Maka dari apa yang telah disebutkan di atas maka ciri-ciri kumpulan Ahbash ini boleh disimpulkan seperti berikut:

 Bermazhab dengan Mazhab al-Asy’ari yang terkemudian di dalam masalah sifat-sifat Allah yang lebih menghampiri mazhab Jahmiyyah

 Bermazhab Murjiah dan Jahmiyyah di dalam masalah iman

 Berpegang dengan tarekat kesufian yang menyeleweng seperti tarekat al-Rifa’ie dan Naqsyabandiah dan juga aqidah golongan al-batiniyyah.

 Mengkafirkan para ulamak dan umat islam umumnya yang tidak sehaluan dengan mereka.

 Mensahihkan hadis yang lemah atau palsu berdasarkan apa yang selari dengan kumpulan mereka dan melemahkan sebuah hadis yang sahih sekiranya bercanggah dengan kumpulannya.

 Mengaburi masyarakat dengan gelaran ulamak hadis dan sebagainya yang mereka berikan kepada guru mereka al-Harari seperti Al-Allamah al-Muhaddis

Antara kitab-kitab yang ditulis oleh Abdullah al-Harari yang disebarkan di Malaysia termasuk di perpustakaan-perpustakaan Universiti tempatan seperti:

• Al-Maqalat al-Sunniyyah fi Kasyfi Dhalalat Ibn Taimiyyah
• Al-Ta’qib al-Hasis
• Al-Nahju al-Sawi fi Raddi ‘ala Sayyid Qutub
• Al-Dalil al-Qawim ‘ala Sirat al-Mustaqim
• Bughyatu al-Tolib fi Makrifati ilmi al-Din al-Wajib
• Izhar al-Aqidah al-Sunniyyah syarh al-Aqidah al-Thohawiyyah
• Kitab al-Maulid al-Nabawiy
• Sorih al-Bayan
• Al-Taufiq al-Rabbani fi Raddi ‘ala Ibn Taimiyyah al-Harrani


Abu Syu'aib

Sunday, January 27, 2008

Fatwa Majlis Ulamak Besar Arab Saudi

Setelah membahaskan panjang lebar pegangan kumpulan Al-Ahbash ini Majlis Hai'ah Kibar Ulamak diakhir fatwanya merumuskan seperti berikut...

Fatwa berkenaan Abdullah al-Harari al-Habasyi
Rujukan fatwa no: 19 606

Telah ditanya dan diminta penjelasan kepada Lajnah fatwa tetap Arab Saudi berkenaan Jemaah Ahbash dan seorang syakhsiah yang bernama Abdullah al-Habasyi. Setelah Lajnah tersebut membentangkan dengan panjang lebar ajaran-ajaran yang dibawa oleh Jemaah ini dan menjawab syubhat-syubhat yang ditimbulkan maka Lajnah memutuskan bahawa:-

1. Jemaah al-Ahbash merupakan sebuah kumpulan yang telah sesat dan menyeleweng daripada Jemaah kaum muslimin (Ahli Sunnah wal Jamaah). Mereka wajib kembali kepada kebenaran iaitu jalan yang dilalui oleh para sahabat dan tabiin di dalam semua ajaran agama sama ada dari segi amalan dan I’tiqad (kepercaaan). Itulah yang terbaik bagi mereka dan berkekalan.

2. Tidak boleh mengambil fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Jemaah ini. kerana mereka menggunakan pendapat-pendapat yang syaz (pelik) bahkan bercanggah dengan al-Quran dan sunnah. Mereka juga mengambil pendapat-pendapat yang tidak boleh dipakai pada sebahagian nas-nas syar’ei. Kesemua ini mengundang ketidak percayaan kepada fatwa-fatwa mereka seterusnya berpegang dengannya oleh masyarakat islam.

3. Tidak mempercayai kata-kata mereka. Setiap tempat berkewajipan memberi peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan jemaah yang sesat ini supaya tidak terjerumus ke dalam kumpulan ini tidak kira atas nama apa yang mereka gunakan, memberi nasihat kepada para pengikutnya dan menjelaskan tentang rosaknya pemikiran dan aqidah mereka.


Lajnah diketuai oleh: Al-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
Naib Ketua: Al-Syeikh Abdul Aziz Ali al-Syeikh

Anggota:
Al-Syeikh Soleh bin fauzan al-Fauzan
Al-Syeikh Bakar bin Abu Zaid

Friday, January 25, 2008

Fatwa Samahatu al-Syeikh al-Imam Ibn Baz Rahimahullahu Ta'ala


Terhadap Kumpulan Al-AHBASH

Kumpulan al-Ahbash merupakan kumpulan sesat, ketua mereka Abdullah al-Habasyi terkenal dengan penyelewengan dan kesesatannya. Maka wajib memboikot dan menginkari aqidahnya yang batil. Dan memberi peringatan kepada masyarakat supaya menjauhinya dan tidak mendengar serta menerima apa yang mereka katakan.

No ruj. Fatwa: 1/2392. Bertarikh: 30/10/1406 hijrah

Wednesday, January 23, 2008

Angkara dusta dan fitnah, Keharmonian akan musnah

Ustaz Abd al-Razzaq A. Muthalib


Fitnah dan dusta merupakan dua elemen yang menjadi racun perosak dalam kehidupan bermasyarakat. Oleh itu, Islam yang senantiasa menyeru ke arah keharmonian dan keamanan, telah menetapkan dua perkara ini sebagai larangan yang tidak boleh dilakukan. Sekiranya dua unsur perosak ini dibiarkan berlegar di dalam masyarakat, apatah lagi jika dijadikan amalan dan suatu kemestian, maka nantikanlah kehancuran dan kepincangan.

Fitnah ialah mengatakan sesuatu atau menyebarkan sesuatu fakta yang tidak benar dan tidak disukai tentang pihak lain. Secara umumnya, fitnah dan berdusta ini, jika dilihat dari satu sudut merupakan dua sifat yang mempunyai persamaan; iaitu menyatakan sesuatu yang tidak benar...

Waspadalah dalam berbicara, apatah lagi lagi jika ia membabitkan hal agama. Suasana hari ini mempamerkan kepada kita bahawa sesetengah umat Islam yang tidak memahami secara jelas tentang sesuatu hal yang berkaitan dengan Islam, tetapi berminat untuk mengambil bahagian dalam mengulas dan menyampaikan pendapat mereka. Natijahnya, maka muncullah pendapat-pendapat pelik yang lari jauh dari landasan yang sebenar.

Bahkan sebahagian daripada kalam-kalam mereka itu jika diamati boleh menjejaskan kesahihan akidah mereka. Contohnya seperti fitnah yang dilemparkan oleh puak Ahbash yang mengkafirkan ramai para ulamak seperti Ibn Taimiyah, Ibn Qayyim, Dr.Yusof al-Qaradawi, Dr. Ramadhan al-Buti, Syed Qutb, Syaikh Mutawali Sha’rawi dan lain-lain lagi. Jika di Malaysia pula, pengikut Ahbash ini telah mengkafirkan SS Mufti Perlis sekarang. Oleh itu, api fitnah yang dinyalakan oleh pengasas Ahbash iaitu Abdullah al-Harari di Lubnan, kemudian ditiup pula oleh pengikut-pengikutnya di Malaysia ini, perlu dipadamkan segera. Jika tidak ianya akan merebak membakar keamanan dan memusnahkan keharmonian umat Islam, khususnya di Malaysia yang tercinta ini

artikel penuh di yapis.blogspot.com

Tuesday, January 22, 2008

Kementerian Wakaf Mesir- Dr Fikri Ismail mengulas tentang AHBASH

Dr. Fikri Ismail wakil kementerian Wakaf Mesir bahagian Dakwah berkata:

Tidak pernah lagi sepanjang sejarah di dalam ahli sunnah wal jamaah mereka berbeza di dalam masalah Aqidah. Dan tidak pernah berlaku juga mereka mengkafirkan salah seorang dari ulamak yang dikenali kerana ketaqwaan, kewarakan, keluasan ilmu dan keikhlasan mereka kepada agama sama ada di dalam atau di luar Lubnan.

Dan untuk pertama kalinya muncul seorang lelaki yang pelik dari Habsyah, pelik dari segi pemikiran dan method yang diikutinya di dalam menyebarkan fitnah di kalangan ahli sunnah wal jamaah. Pertama kali juga tersebarnya kalimah takfir (pengkafiran) melalui lisan sebahagian mereka. Juga pertama kalinya terjadi masalah kekeluargaan lalu anak-anak mengkafirkan ayah-ayah mereka dan berlakunya persengketaan dan perpecahan antara ayah dengan anak-anak. Dan pertama kalinya muncul mereka yang melampau ke atas ulamak besar ahli sunnah wal jamaah yang beramal dan berjuang di atas agama dengan cara yang dipenuhi dengan hasad dengki dan menghukum para ulamak sebagai kafir.

Sesungguhnya al-Habasyi mengkafirkan ulamak besar seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Sayyid Qutub, Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi, Muhammad al-Ghazali dan Sayyid Sabiq. Di antara ulamak Lubnan yang mereka kafirkan Hassan Khalid, Subhi Soleh, dan Faisal Maulawi dan banyak lagi yang mereka kafirkan dari ulamak-ulamak Al-Azhar al-Syarif. Tetapi persoalannya kenapa mereka menyerang ulamak besar yang mereka ini dii’tiraf dengan keilmuan di sepanjang sejarah ahli sunnah wal Jamaah baik dalam aqidah dan pemikiran?

Sebabnya iri hati dan hasad dengki dan suka untuk menonjolkan diri dengan menganggap sebagai ulamak besar. Maka al-Habasyi dari satu sudut seorang ta’asub kepada bangsa lalu dia ini membenci orang arab, dari sudut yang lain pula dia ini secara batinnya berhasad dengki dengan ahli sunnah. Walaupun dia ini mendakwa ahli sunnah tetapi dakwaan ini memerlukan kepada dalil atau bukti. Dan tidak ada maklumat yang kukuh yang menyatakan apakah tujuan sebenar disebalik kedatangannya ke Lubnan dan menghimpunkan orang-orang yang jahil di sekelilingnya

Monday, January 21, 2008

Fatwa Syeikh Faisol Maulawi


"al-Ahbash atau (Jam'iyyah al-Masyari' al-Khairiyyah al-Islamiyyah) mereka adalah anak-anak murid al-Syeikh Abdullah al-Harari. Mereka memiliki jalan tersendiri dalam perkara akidah yang menjadikan mereka akan mengkafirkan umat Islam dan para ulamanya hanya kerana sebab-sebab yang remeh temeh. Sama halnya, mereka memiliki jalan tersendiri dalam perkara fiqh (fikah) yang berbeza dengan kebanyakan para ulama hari ini. Perbincangan dengan mereka tidak mendatangkan faedah, kerana mereka tidak akan menerima melainkan pendangan-pandangan syiekh mereka (Abdullah al-Harari). Jika kamu (orang yang meminta fatwa) menjauhi masjid-masjid mereka (golongan Ahbash), itulah yang lebih utama bagi mengelak berlakunya perbalahan yang tidak berfaedah, akan tetapi kita masih menganggap mereka sebahagian dari kaum muslimin, dan sah solat di belakang mereka, sekalipun mereka menganggap orang yang bukan dari golongan mereka sebagai kafir dan mereka tidak membenarkan solat di belakangan orang yang berbeza dengan mereka."

Syeikh Faisol al-Maulawi ialah Timbalan Presiden Majlis Kajian dan Fatwa Eropah.

Teks Arab di Bankahbash.blogspot.com

Saturday, January 19, 2008

MILITAN, EKSTRIMIS AHBASH diakui banyak pihak


Photo: Note the upthrust pipe and car standing beside the crater. This evidence strongly suggests that a precision-guided missile hit the Hariri convoy and detonated below the street.

Kumpulan yang telah difatwakan sesat oleh keseluruhan ulamak dan majlis fatwa dunia terhadap kumpulan Ahbash bukan hanya terletak kepada kesesatan aqidahnya sahaja yang bercampur aduk dengan pelbagai fahaman bahkan kumpulan ini sangat ekstrimis dan bersifat militan.
Ahbash terlibat dengan beberapa siri pembunuhan dan pengeboman, yang paling mendapat perhatian apabila ahli utama kumpulan Ahbash ditangkap kerana terlibat dengan perancangan pengeboman konvoi Perdana Menteri Lubnan Rafiq Hariri yang mengakibatkan kematiannya

Agensi-agensi berita antarabangsa melaporkan tentang perkara ini.

Rafiq Hariri (gambar)

Reuters melaporkan:

According to Reuters, the report cited Ahmad Abdel-Al, a member of the militant Ahbash group in Lebanon with strong historical ties to Syrian authorities, as a significant figure in the assassination plot, as he had used his mobile phone with "all the important figures in this investigation."

Agensi berita Asharq al-Awsat melaporkan:

Who Are Al Ahbash?
24/10/2005
By Daoud Ibrahim

Beirut, Asharq Al-Awsat- The name al-Ahbash, recently mentioned in the media in connection to the UN investigation into the murder of former Lebanese Prime Minister Rafik Hariri, refers to The Association of Islamic Charitable Projects in Lebanon which was founded by A Abdullah ibn Muhammad ibn Yusuf al Hirari, nicknamed “al Habashi”, referring to his Ethiopian origin. Born in the city of al Hirara , near Somalia , al Hirari settled in Lebanon in 1950 where he taught religious studies and cultivated a personal following.


In April 2001, al Ahbash organized a series of public rallies to counter demonstrations called by those opposed to Syria's presence in Lebanon on the anniversary of the civil war. Members took to the streets dressed in black and wearing face paint and masks, the al-Ahbash members chanted pro-Syrian slogans before the TV cameras while waving nail-encrusted broomsticks, kitchen knives, brass knuckles, chains, axes, old rusted swords and hammers.


Released on Friday, the UN report into the assassination of Hariri featured the name of three brothers, Ahmad Abd al Al, an active member of al Ahbash currently in Lebanese custody, Walid, a member of the Presidential Guard, and Mahmud, also member of al Ahbash who, according to the investigation telephoned Lebanese President Emile Lahoud moments before the bombing which targeted Hariri’s convoy on February 14 th 2005. Mahmud was arrested on Sunday on a warrant issued by Magistrate Judge Sai Mirza. Police in Beirut also raised a sweet shop in Tariq al Jadidah neighbourhood owned by Hashem Mahmud Alian, allegedly a member of al Ahbash where hand grenades were found and confiscates and Alian arrested.


According to Dar al Iftaa in Beirut , the Lebanese state mufti’s administration, Abdullah al Hirari was “a man hostile to those who did not share his views, even his predecessors such as Sheikh Ibn Taymiya and Sheikh Mohammad bin Abdul Wahab. He was nicknamed the Sheikh of strife.”
On its internet site, the group explains how its name was originally “used to indicate the students and supporters of sheikh al Hirari. In reality, al Ahbash are an organization called The Association of Islamic Charitable Projects.” …

Dar al Iftaa has accused the group of following the Khawarij, an Islamic sect in the 7 th and 8 th centuries in Southern Iraq and being extreme in their denunciation of their predecessors without taking into consideration the regulations around takfir. http://aawsat.com/english/news.asp?id=2343§ion=3

Daily star melaporkan:

Al-Ahbash official arrested in Hariri assassination plot

Mahmoud Abdel-al in custody
By Leila Hatoum
Daily Star staff
Friday, October 28, 2005

A senior official of the Islamic Al-Ahbash group has been charged with "participating and planning the assassination of former Prime Minister Rafik Hariri." Investigating Magistrate Elias Eid arrested Mahmoud Abdel-Al on Thursday after questioning him for six hours.

http://www.dailystar.com.lb/article.asp?edition_id=1&categ_id=2&article_id=19654

Di Australia sweeneytod dan abc.net malaporkan

Muslim leaders condemn Islamic charity

Posted on Friday, November 25 @ 13:05:22 WST by SweenyTod

Islamic leaders have condemned a Muslim charity which operates in Australia as being extremist and fanatical.

Representatives of 36 Muslim organisations have signed a decree which rejects al-Ahbash, also known as the Islamic Charitable Projects Association.
The decree describes al-Ahbash of holding "deviant and perverse views" and taking part in "extremist and fanatical" behaviour.

The statement is signed by key Islamic leaders, including Australian Federation of Islamic Councils president Ameer Ali and the imam (leader) of Sydney's Lakemba Mosque, Sheik Taj el-Din Al Hilaly.

"The behaviour and practices of the Ahbash are based on creating division and hatred amongst people," the statement said.

"This does not serve the interest of the Muslim community and is directly at odds with the general policies of Australia's multicultural society."

The statement also criticised the government allowing al-Ahbash to take control of Muslim community radio station 92.1FM in Sydney.

http://www.sweenytod.com/rno/modules.php?name=News&file=article&sid=1384
http://www.abc.net.au/news/newsitems/200511/s1516440.htm


Syeikh Dr. Safar al-Hawali:

“Muncul lelaki dari Habasyah ini dan pergi ke Lubnan yang sebelumnya dia telah mempelajari kitab-kitab Al-Asy’ariyyah dan ilmu kalam, sekarang mengajar pula masyarakat di Beirut Aqidah ini. sehingga tersebar ajarannya dengan pengikut-pengikutnya yang bersenjata bergerak secara militan (pengganas). Memaksa orang lain supaya mengikut Aqidah Jahmiyyah dengan dakwaan itulah Aqidah yang diterima oleh Allah dan konon-kononnya itulah Aqidah ahli sunnah.Inilah dia Abdullah al-Habasyi yang menetap di Beirut. Pengikut-pengikutnya dikenali dengan nama al-Ahbash. Mereka inilah yang berada di atas Aqidah (yang disebutkan) yang sesat lagi menyesatkan. Wal’iyazubillah.
Mereka membunuh seorang pemuda ahli sunnah disebabkan pemuda ini tidak sependapat dengan mereka di dalam masalah sifat al-Uluw bagi Allah. Pemuda ini telah menulis sebuah kitab yang bertajuk “Istbat ‘Uluwwillah Ta’ala ‘ala Khalqihi” bermaksud menetapkan sifat al-Uluw bagi Allah ke atas makhluqNya. Mati pemuda ini syahid Insya Allah, Rahimahullahu Ta’ala”.

Friday, January 18, 2008

Sekali lagi tawaran dibuka!!!

Assalamulaikum,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak YAYASAN KEBAJIKKAN NUSANTARA (YAKIN) kini sekali lagi Menawarkan peluang belajar bersama para Masyeikh dan Ulama’ di Makkah Al-Mukkarammah dan Yaman , kursus yang ditawarkan adalah:-

1. Kursus Imam di Rabitah Alam Islami , Makkah – 9 Bulan (Lelaki Sahaja)

2. Pengajian Pemantapan Bahasa Arab di Maktab Jaliat, Makkah -1 Bulan (Lelaki Sahaja)

3. Kursus Pengajian Di Yaman.- 2 Bulan (Perempuan sahaja)

Pra-Kelayakan:

a) Pemohon hendaklah sekurang-kurangnya mampu memahami, membaca dan bertutur dalam Bahasa Arab.

b) Pemohon bukan dari lepasan Pusat Pengajian di mana-mana Negara Timur Tengah.

c) Pemohon mempunyai berkemampuan untuk menyumbang kepada pihak Yayasan Kebajikan Nusantara apabila diperlukan kemudian.

d) Pemohonan ini terbuka kepada semua individu muslim di Asia Tenggara.

e) Pemohon adalah pendokong Ahl Sunnah Wal Jamaah berdasarkan Manhaj Salafus Soleh.

Info Penting:

1) Tarikh tutup Pemohonan untuk temuduga adalam pada hari:

Ahad, 3 Februari 2008.

2) Untuk Pendaftaran sila Nyatakan (Kesemuanya):

a. NAMA

b. ALAMAT

c. WARGANEGARA

d. NO. MYKAD / PASSPORT

e. JURUSAN

f. PUSAT PENGAJIAN

a. Primary

b. Secondary

c. Tertiary

d. Etc

g. BEKERJA/TIDAK BERKERJA

h. BERKAHWIN/BUJANG

i. UMUR

j. NO TEL

a. Rumah

b. Bimbit

c. Pejabat(jika ada)

k. EMAIL

l. NAMA BAPA

m. NAMA IBU

n. NGO (jika ada)

- Sila Emailkan kepada: intisurus@gmail.com (Sila hubungi kami setelah Email untuk kepastian penerimaan)

3) Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi ditalian yang ditol : Urusetia - 019-3827525

4) Temuduga Akan diadakan pada :

Tarikh : 8-9 Februari 2008

Tempat: Sekolah Kiblah, Lot 3690-15A, Jalan Tok Dagang,

Sungai Merab Jaya, 43000 Bangi, Selangor Darul

Ehsan.

Thursday, January 17, 2008

Syeikh Dr. Safar al-Hawali


Al-Syeikh Dr. Safar al-Hawali Seorang tokoh ulamak terkenal di bidang aqidah telah ditanya tentang kumpulan Ahbash adakah mereka ini di kalangan ahli sunnah wal jamaah seperti mana yang didakwa oleh mereka:

Syeikh menjawab:

Sesungguhnya mereka yang beraqidah dengan aqidah yang sahih di Lubnan sering diperangi oleh setiap puak yang dengki dan iri hati terhadap ahli sunnah wal jamaah.
Seperti yang kamu semua ketahui, di Lubnan kesemua kumpulan dan agama yang wujud di atas muka bumi ini semuanya ada di Lubnan. Di tambah pula dengan masyarakat ahli sunnah yang berlumba-lumba di dalam perkara yang bid’ah dan kesesatan yang banyak.
Antara perkara yang disebarkan di sana ialah Aqidah Jahmiyyah yang buruk yang berselindung di sebalik Asy’ariyyah. Kamu semua mengetahui perbezaan Aqidah Abu al-Hassan al-Asy’ari yang telah kembali kepada Aqidah ahli sunnah wal Jamaah dengan Aqidah Jahmiyyah yang mereka ini menafikan bagi Allah itu sifat-sifat. Lalu mereka menafikan sifat al-Uluw (ketinggian) bagi Allah, mereka mengubah Kalamullah Azza wajalla, mereka menyatakan iman itu hanya di dalam hati, (fahaman murjiah), dan di dalam masalah Qadar mereka menghampiri mazhab Jabariyyah,
Kumpulan Jahmiyyah ini yang berada di Lubnan di kepalai oleh seorang lelaki dari Habasyah. Lihatlah bagaimana Allah menguji bumi Lubnan dengan sekian banyaknya ujian dan cubaan. Muncul lelaki dari Habasyah ini dan pergi ke Lubnan yang sebelumnya dia telah mempelajari kitab-kitab Al-Asy’ariyyah dan ilmu kalam, sekarang mengajar pula masyarakat di Beirut Aqidah ini. sehingga tersebar ajarannya dengan pengikut-pengikutnya yang bersenjata bergerak secara militan (pengganas). Memaksa orang lain supaya mengikut Aqidah Jahmiyyah dengan dakwaan itulah Aqidah yang diterima oleh Allah dan konon-kononnya itulah Aqidah ahli sunnah.

Inilah dia Abdullah al-Habasyi yang menetap di Beirut. Pengikut-pengikutnya dikenali dengan nama al-Ahbash. Mereka inilah yang berada di atas Aqidah (yang disebutkan) yang sesat lagi menyesatkan. Wal’iyazubillah.
Mereka membunuh seorang pemuda ahli sunnah disebabkan pemuda ini tidak sependapat dengan mereka di dalam masalah sifat al-Uluw bagi Allah. Pemuda ini telah menulis sebuah kitab yang bertajuk “Istbat ‘Uluwwillah Ta’ala ‘ala Khalqihi” bermaksud menetapkan sifat al-Uluw bagi Allah ke atas makhluqNya. Mati pemuda ini syahid Insya Allah, Rahimahullahu Ta’ala.

Aqidah yang seperti mereka katakan, Allah itu tidak di atas, tidak di bawah, tidak di dalam alam, tidak di luar alam meruapakan Aqidah yang bathil. Maha suci Allah dari apa yang mereka katakan. Aqidah ini berasal dari falsafah Yunani, Wathaniyyah yang dibawa oleh mereka kemudian di namakan sebagai ilmu kalam. Akhirnya mereka mendakwa inilah dia aqidah ahli sunnah wal Jamaah.
Tetapi kumpulan Ahbash ini mengajarkan aqidah yang bathil ini. Fallahul musta’an. Alhamdulillah Habasyi ini telah pun ada sebahagian dari kalangan ahli sunnah yang mengkritik dan menjawabnya, begitu juga sudah ada kitab-kitab yang menjawab mereka. Tulisan-tulisannya (Habasyi) sangat menunjukkan kedangkalannya, mana-mana sahaja penuntut ilmu yang membacanya mampu untuk menjawabnya dengan mudah.
(Syeikh menjawab ketika sesi soal jawab perjumpaan mingguan, kaset yang ke 40)

Wednesday, January 16, 2008

36 pertubuhan Islam di Australia menolak golongan sesat AHBASH


Muslim leaders condemn Islamic charity

turut menentang golongan AHBASH Mufti Australia

Islamic leaders have condemned a Muslim charity which operates in Australia as being extremist and fanatical.Representatives of 36 Muslim organisations have signed a decree which rejects al-Ahbash, also known as the Islamic Charitable Projects Association.

The decree describes al-Ahbash of holding "deviant and perverse views" and taking part in "extremist and fanatical" behaviour.
The statement is signed by key Islamic leaders, including Australian Federation of Islamic Councils president Ameer Ali and the imam (leader) of Sydney's Lakemba Mosque, Sheik Taj el-Din Al Hilaly.(pic)
"The behaviour and practices of the Ahbash are based on creating division and hatred amongst people," the statement said.
"This does not serve the interest of the Muslim community and is directly at odds with the general policies of Australia's multicultural society."
The statement also criticised the government allowing al-Ahbash to take control of Muslim community radio station 92.1FM in Sydney.

Monday, January 14, 2008

Sunnah berpuasa 9 & 10 Muharram

Sebagai peringatan kepada sahabat-sahabat semua disunnahkan untuk kita berpuasa pada hari Tasu'a' dan 'Asyura' iaitu 9 dan 10 Muharram ini

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه، قالوا يا رسول الله إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع. قال فلم يأتي العام المقبل حتى توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم .وفي راية لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع

Maksudnya

“Daripada Ibn Abbas r.huma. beliau berkata: Rasulullah s.a.w. berpuasa hari ‘Asyura’ (10 muharram) dan menyuruh juga (sahabat) berpuasa. Mereka berkata kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari itu (10 muharram) hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda pada tahun hadapan Insya Allah kita akan berpuasa juga hari yang ke 9 (muharram). Ibn Abbas berkata: tetapi belum pun sempat tahun hadapannya Rasulullah s.a.w. wafat.
Di dalam riwayat yang lain Nabi bersabda: kalau sekiranya aku sempat pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari ke 9 (muharram)-Muslim

dan dianjurkan perbanyakkan puasa, di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim

أفضل الصيام بعد رمضان الصيام في شهر الله المحرم

Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah berpuasa pada bulan Muharram.


Selamat berpuasa

Sunday, January 13, 2008

AHBASH militan



AHBASH disamping membawa aqidah yang menyeleweng dari aqidah Ahli sunnah wal Jamaah mereka juga terkenal sebagai kumpulan militan pengganas, mereka membunuh bekas mufti Lubnan yang dituduh oleh mereka sebagai Kafir, juga penyebab kematian Rafiq Hariri. mereka ini mengancam akan membunuh sesiapa sahaja yang tidak mengkafirkan ulamak yang mereka kafirkan...Nauzubillahu min zalik

Friday, January 11, 2008

LAGI Fatwa Ulamak tentang Jamaah Takfir al-Ahbash

Telah dipaparkan sebelum ini fatwa Syeikh Ali Jumuah, Syeikh Ramadhan al-Bouti dan Syeikh Wahbah al-Zuhaily tentang kesesatan kumpulan ini.

Maka berhati-hatilah anda dengan jemaah Takfir ini

lagi fatwa para ulamak

Syeikh Dr. Ahmad Shalabi (pensyarah sejarah islam Universiti al-Azhar)

وقد رد الدكتور أحمد شلبي أستاذ التاريخ الإسلامي بالأزهر الشريف على سؤال مجلة "المجلة" حول رأيه في الأحباش فقال هي: "فئة ضالة منحرفة في فكرها وليس لديها الفكر الشامل لمفهوم الإسلام لأن زعيمها عبد الله الحبشي نشأ في الحبشة في جوٍّ لم تتوافر فيه المعلومات والعلوم الدينية المختلفة، فنشأت جماعته على أساس مجموعة من الأفكار البدائية في أفكارها. ويرجع خطر هذه الجماعة إلى أنها لا تؤمن بأفكار غيرها وتظن أنها الجماعة الوحيدة التي يلازمها الصواب وهذا هو مكمن الخطورة فيها. كما أنها تعادي الجماعات الإسلامية وأهل السنة والجماعة باعتبار أن ما يؤمنون به خطأ".


Dr. Ahmad Shalabi ditanya majalah “al-Majallah” tentang pendapatnya berkenaan Ahbash. Beliau berkata: Ahbash merupakan sebuah kumpulan sesat yang menyeleweng fikrahnya. Mereka tidak mempunyai kefahaman yang lengkap tentang Islam ini kerana ketuanya Abdullah al-Habasyi berasal di Habsyah di mana ketika itu maklumat dan ilmu-ilmu Islam yang pelbagai tidak tersebar di sana menyebabkan pemikiran-pemikirannya pelik. Bahayanya kumpulan ini kerana mereka tidak menerima pendapat selain mereka dan menyangka bahawa hanya kumpulan mereka sahaja yang betul. Mereka juga menentang jemaah-jemaah Islam ahli sunnah wal jamaah kerana mereka mengatakan pegangannya salah.

seterusnya:-

Markaz Fatwa islamweb.net yang diketuai oleh Dr. Abdullah al-Faqih
Merujuk kepada fatwa kesesatan Ahbash dan penyelewengannya daripada agama, Maka mereka memfatwakan bahawa kumpulan Ahbash merupakan salah satu kumpulan yang amat teruk penyelewengannya daripada agama. Mereka mengikut Jahmiyyah (kumpulan yang menafikat sifat bagi Allah) di dalam masalah sifat Allah s.w.t. mengikut Jabariyyah di dalam masalah qadar. Juga mengikut kumpulan Batiniyyah yang sangat bahaya. Mereka juga mencela ramai daripada sahabat Nabi s.a.w.

Tuesday, January 8, 2008

Doa awal dan akhir tahun

soalan yang seperti biasa timbul pada hari ini ialah membaca doa awal dan akhir tahun pada hari ini 30 zulhijjah, adakah ianya sunnah. surat khabar utusan Malaysia juga menyiarkan doa ini dan fadhilatnya. dikata oleh sahabat saya yang bertanya bersumberkan dari JAKIM. tidak kiralah sesiapaun yang membawa dan menyebarkannya maka saya telah menulisnya di dalam buku saya Amalan berzikir antara Sunnah dan rekaan manusia. doa ini diambil dari buku kecil Majmuk Syarif seperti berikut.

Inilah doa akhir tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali pada akhirnya waktu asar hari ke 29 atau 30 daripada bulan zulhijjah, maka barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini maka diampuni Allah Ta’ala sekalian dosanya yang setahun ini. Inilah doanya:

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اللّهُمَّ ماَ عَمِلْتُ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنِي عَنْهُ فَلَمْ أَتُبْ مِنْهُ ولَمْ ترضه ولم تَنْسَهُ وحَلِمْتَ عَلَيَّ بعدَ قُدْرَتِكَ على عُقُوبَتِي ودَعَوتَنِي إلَى التَّوْبَةِ منه بعد جُرْآتِي على مَعْصِيَتِكَ فَإنِي استغفرك فاغفرلِي وما عَمِلْتُ فيها مِمَّا ترضاه ووَعَدْتَنِي عليه الثَّوابَ فأسئلك اللهم يا كَرِيْمُ ياذا الجلال والإكرام أن تتَقَبَّلَهُ مِنِّي ولا تَقْطَعُ رَجَاِئي مِنْكَ يا كرِيْمُ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.


Sementara fadhilat doa awal tahun pula dinyatakan, Inilah fadhilat doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca dia ini 3 kali kemudian daripada sembahyang maghrib pada malam satu haribulan Muharram dan barangsiapa membaca ini maka bahawasanya syaitan berkata Ia telah amanlah anak adam ini daripada aku barang yang tinggal daripada umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta’ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan, inilah doanya:

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اللّهُمَّ أنت الاَبَدِيُّ القَدِيْمُ الأوَّلُ وعلى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وُجُودِكَ المُعَوَّلِ، وهذا عَامٌ جَدِيْدٌ قد أقبَلَ نَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فيه من الشيطانِ وأوْلِياَئِهِ وجُنُودِهِ، والعَوْنَ على هذه النَّفْسِ الأمارة بالسوءِ، والاشتِغاَلَ بما يُقَرِّبُنِي إلَيكَ زُلْفَى ياذا الجلالِ والإكرامِ يا ارحمَ الراحِمِيْنَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.



Syeikh al-Imam Jamaluddin al-Qasimi berkata doa ini ialah doa yang direka dan tidak berasal dari Nabi s.a.w. tidak juga berasal dari para sahabat, tabiin dan tidak diriwayatkan dalam musnad-musnad sehinggakan ianya tidak wujud dalam kitab maudhuat (iaitu kitab yang memuatkan hadis-hadis palsu). Doa ini hanya dicipta oleh syeikh jadi-jadian. Dan perkataan “berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini” merupakan suatu pembohongan yang sangat besar ke atas Allah dan Rasul-Nya.

tetapi sekiranya sesiapa yang hendak membacanya tanpa beri'tiqad seperti yang ada di dalam fadhilat yang direka tersebut silakan, kerana termasuk di dalam keumuman doa, dan perlu diingat tidak ada upacara khas atau dibaca beramai-ramai.

Wallahu a'lam

Monday, January 7, 2008

Pengisytiharan Rektor Universiti Al-Azhar Mesir berlepas diri dari kumpulan Al-AHBASH




sila klik untuk membaca surat diatas


Terjemahan: Mohamad Abdul Kadir bin Sahak

Surat ini daripada Dr. Ahmad ‘Omar Hashim Reaktor Universiti al-Azhar yang dihantar kepada Mudir Rabitah al-’Alam al-Islami di dalamnya pengistiharan bahawa Universiti al-Azhar berlepas diri dari sebarang hubungan dengan kumpulan Ahbash. Kandungan surat tersebut:

“Dr. Abdul Halim ‘Uwais telah memberitahu saya tentang kebimbangan pihak tuan (Rabitah al-’Alam al-Islami) akan wujudnya kerjasama antara al-Azhar dengan kumpulan yang dinamakan al-Ahbash di Lubnan. Saya tidak ada menziarahi Lubnan melainkan dua tahun yang lalu, dan ketika itu saya berhadapan dengan usaha melobi dari beberapa pihak, dimana diajukan kepada saya surat memorandum kerjasama untuk saya tandatangani. Selepas saya dikenalkan oleh Duta Mesir dan lain-lainnya tentang tidak selamatnya kumpulan ini, tidak boleh dipercayai dan bahayanya pemikiran-pemikiran mereka, kami segera memutuskan semua hubungan dengan mereka dan membatalkan setiap permintaan mereka dan tidak ada diantara kami dan mereka sebarang hubungan. Tidak ada juga antara Universiti al-Azhar dengan mereka sebarang bentuk pengiktirafan atau kerjasama. (jika ada) sebarang surat yang menunjukkan sebaliknya, ia tidak ada asas sama sekali dan palsu. Kami (pihak al-Azhar) menolak sebarang percubaan menggunakan nama Universiti al-Azhar dari mana-mana badan atau kumpulan yang tidak berpegang teguh dengan sempurna dan jelas kepada al-Quran dan al-Sunnah Nabi yang Mulia.” (surat ini telah ditulis dan difakskan kepada pejabat Mudir (ketua) Rabitah al-’Alam al-Islami pada hari Selasa, 9 Jamadilakhir 1422H bersamaan 29 Ogos 2001. Sampai ke Pejabat Mudir Rabitah al-’Alam al-Islami pada Isnin, 15 Jamadilakhir 1422H bersamaan 3 September 2001, jam 1.40 selepas Zohor)


sila lawati:
http://makadir.wordpress.com/