"Banyak pihak menimbulkan kekeliruan dalam isu demonstrasi yang diadakan baru-baru ini. Saya telah memberikan kenyataan yang umum bahawa masyarakat awam hendaklah memikirkan kesan setiap aktiviti secara masak atau matang. Bagi seorang muslim, penglibatannya dalam apa-apa aktiviti pun, hendaklah dilihat kepada persoalan-persoalan berikut;
1. Apakah tujuan sesuatu aktiviti dan gerakan itu dilakukan?
2. Apakah nilaian tindakan tersebut di sisi al-Quran dan al-Sunnah?
3. Apakah kesannya terhadap umat Islam dan manusia keseluruhan jika dinilai secara adil dan ilmiah?
Janganlah kita sendiri tidak faham akan tujuan kita melainkan menjadi pengikut semata. Apakah tindakan atau cara yang kita ambil mendapat keizinan syarak dalam ertikata lain tidak bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar?. Juga adakah memberikan kesan yang baik kepada umat Islam khususnya dan manusia amnya. Kita boleh melihat dan menilai kesan yang telah berlaku kepada dunia lain yang mengambil tindakan yang sama.
Tuntutan demokrasi tulen juga hendaklah dinilai dari segi Islam, adakah itu bersifat qurnanik atau sebaliknya. Kemudian, dakah dalam dunia ini demokrasi tulen? Jika keadilan yang dituntut secara yang betul, saya menyokongnya.
Akhirnya, saya ingatkan juga para pemerintah, hendaklah berlaku adil kepada sekelian rakyat selaras dengan ajaran Islam. Ketahuilah ketidakadilan itu akan menimbulkan kegelisahan rakyat. Bersikap lunak dengan rakyat dan jangan diganggu hak-hak mereka selagi ia tidak mencemarkan keamanan umum"

No comments:
Post a Comment