Monday, November 12, 2007

Demontrasi

Demontrasi atau tunjuk perasaan yang dilakukan sama ada baru-baru ini atau yang akan diadakan di Batu Buruk seperti yang dilaporkan akhbar mengundang pro kontra di kalangan masyarakat.

saya terbaca akhbar sinar harian terpampang tajuk yang terpampang di hadapan akhbar tersebut berbunyi lebih kurang Perhimpunan Bersih GAGAL mengumpulkan seratus ribu orang..bila saya dan terbaca tajuk tersebut tersenyum sendirian.
Tersenyum kerana....pada hari jumaat saya dalam perjalanan dari Perlis ke Ipoh terdapat 3 'road block' oleh pihak polis. setelah masuk highway ada satu lagi 'road block'. hari sabtu kebetulan hari yang diadakan perhimpunan saya dan keluarga dalam perjalanan ke KL. kesesakan jem bermula dari sungai buluh kerana semua jalan memasuki KL di periksa oleh Polis. pada waktu itu hampir memasuki waktu zohor. jem yang sangat panjang juga berlaku di tol sungai besi iaitu jalan masuk ke KL dari arah selatan.
Itulah sebabnya saya tersenyum dengan tajuk akhbar tersebut...setelah pihak kerajaan melalui Polisnya melakukan sekatan di setiap pintu masuk KL..dan ditakut-takutkan dengan pelbagai akta dan Undang-undang...adakah layak perkataan GAGAL mengumpul seratus ribu orang dinyatakan????

Walaupun begitu mereka berjaya mengumpulkan lebih kurang 4000 orang seperti yang dilaporkan oleh Polis, tetapi saya rasa angkanya lebih kerana bukan sahaja di Masjid negara, orang ramai juga berkumpul di kawasan Masjid Jamek, Istana Negara dan tempat2 lainnya. Sekiranya pihak kerajaan tidak menyekat perhimpunan tersebut kemungkinan angka tersebut akan dicapai....sekiranya diizinkan ALLAH...

Walaubagaimanapun saya di antara orang-orang yang tidak menyokong apa jua bentuk Demontrasi yang dilakukan dan saya bersama fatwa-fatwa para ulamak yang tidak membenarkannya...tetapi sekiranya demontrasi yang dilakukan membawa banyak faedah kemungkinan boleh dipertimbangkan.

Saya lihat keburukannya lebih banyak dari kebaikannya..seperti yang dinyatakan dengan berlakunya perkara menyusahkan orang ramai apabila terperangkap dalam jem kesesatan lalu lintas yang amat dahsyat.. jem bukan setakat waktu paginya sahaja bahkan melarat sampai malam. saya sendiri terlewat selama 2 jam dari waktu temujanji. dalam jem sahaja 1 jam setengah...sudah pasti orang-orang yang berada dalam jem tersebut akan tension dan mula mengutuk tindakan yang dilakukan oleh geng2 demontrasi. alagkah terbuangnya masa yang sangat berharga itu...dan sudah pasti kalau sekiranya mereka yang terlibat dalam demontrasi tersebut berada di situasi yang sama..mereka juga tak akan bersabar...

Demontrasi juga menakutkan orang awam...yang berniaganya terpaksa tutup kedai dan sebagainya..dari perepektif yang luas para pelabur luar juga akan takut untuk melabur di negara ini kerana bimbang ketidak stabilan yang berlaku...
dan kalau nak disenaraikan keburukannya sangat la banyak...tetapi faedahnya tidak kemana...akhirnya demontrasi yang di lakukan hanya sia-sia sahaja. dan tindakan ini bukanlah berasal dari agama Islam kita. tetapi ianya diperkenalkan oleh Barat. sebab itu kita lihat demontrsi yang dilakukan di barat lebih bertenaga dan berjaya berbanding yang di lakukan di Negara kita...Wallahu a'lam








No comments: