Tahniah diucapkan kepada al-Fadhil Ustaz Musa Sadri dan Jamaah yang telah menubuhkan Institut al-Mizan yang sebenarnya telah bertapak lama di Kuala Pilah negeri Sembilan iaitu Markaz Ittiba' al-Sunnah yang diketuai oleh Ustaz Hasyim Ghani Rahimahullahu Ta'ala. Kita bersyukur kepada ALLAH s.w.t. kerana tertubuhnya satu lagi NGO dakwah kepada al-Quran dan sunnah di sana...
Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.Bhg S.S Dr. Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Kerajaan Negeri Perlis yang kebetulan memang berada di Negeri Sembilan kerana menghadiri Seminar Undang-undang JAKIM. Antara wakil-wakil yang turut hadir di majlis perasmian tersebut dari Institut Ibn Hajar Melaka yang baru ditubuhkan
Semoga dengan tertubuhnya Institut al-Mizan ini akan menyemarakkan lagi dakwah di bumi Malaysia khususnya di bumi Negeri Sembilan...
No comments:
Post a Comment