Saturday, December 19, 2009

TOKOH MAAL HIJRAH - WAHABI?







gambar: Wahbah al-Zuhaili ketika menyampaikan ucapan setelah dianugerahkan tokh maal hijrah 1430 H.






Pada tahun lepas Kerajaan Malaysia telah menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1430, 29 Disember 2008, kepada Syekh Dr Wahbah al-Zuhaili seorang ulamak dari syria (akan ada sekali lagi di negara kita minggu hadapan) atas sumbangan kepada dunia Islam. Pada tahun ini 18 Disember 2009 Kerajaan Malaysia telah memilih Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi sebagai penerima Tokoh Maal Hijrah 1431.


Ini menunjukkan pengiktirafan kerajaan kita kepada pemikiran dakwah mereka berdua. dan jika kerajaan kita tidak beri pun nama mereka tetap gah di persada dunia Islam.



Syeikh Qaradhawi, al-Zuhaili dan Wahabi




Di negara kita ada nama mereka berdua tidak asing lagi, Majlis-majlis fatwa sama ada di peringkat negeri dan negara menjadikan mereka berdua sebagai rujukan di dalam memutuskan sesuatu fatwa.


Yang peliknya ada sebahagian mereka yang berada di dalam majlis-majlis fatwa dan di jabatan-jabatan agama negeri apabila di luar majlis sangat anti dan menyesatkan pemikiran yang dibawa oleh kedua-dua tokoh ini.

gambar: Syeikh Prof Dr. Yusuf Abdullah al-Qaradhawi




Ahbash




Sebagai contoh kedua-dua mereka Syeikh Qaradhawi dan Wahbah al-Zuhaili telah pun memfatwakan kesesatan kumpulan yang disebut sebagai AHBASH yang sekarang ini sudah mula bertapak di dalam jabatan-jabatan agama negeri-negeri.


Maka mulalah mereka melabel AL-Qaradhawi sebagai Wahabi dan Wahbah al-Zuhaili dituduh sebagai insan yang telah dibeli oleh Wahabi.




maka sesatlah kedua-dua tokoh Maal hijrah yang dianugerahkan oleh negara kita kepada mereka berdua.


inilah sikap yang tidak bertanggungjawab dan biadap terhadap ULIL AMRI. mereka menggembar-gemburkan bahawa Wahabi tidak beradab kepada ULIL AMRI...ternyata merekalah yang sebenarnya biadap terhadap ULIL AMRI.


ULIL AMRI terdiri dari Pemerintah dan Ulamak. maka puak-puak AHBASH ini dan yang sewaktu dengan mereka telah biadap kepada kedua-dua ulamak ini dan secara tidak langsung telah tidak beradab kepada pemerintah negara kita sendiri.


Muhammad Bin Abdul Wahab pada pandangan kedua-dua tokoh ini


Ketauhilah bahawa kedua-dua tokoh ulamak yang dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah ini telah pun memuji dakwah yang dilakukan oleh Muhammad bin Abdul Wahab (disandarkan gelaran wahabi kepadanya)


Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya Fiqh al-Awlawiyyat memuji Muhammad bin Abdul Wahab katanya:


Bagi al-Imam Muhammad bin Abdul Wahab di Jazirah Arab perkara aqidah adalah menjadi keutamaanya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menaggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (hlm. 263, ctk. Maktabah Wahbah Mesir).


Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili:

Sesuatu yang tidak syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya) “Jagan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya”. (surah Hud:85) bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah yang terbesar untuk islah (pembaikan) membina umat, jihad dan mengembalikan individu Muslim kepada berpegang dengan jalan salafus soleh yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab pada kurun yang ke 12 hijrah. Tujuannya adalah untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan pelbagai khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin Abdul Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikan (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan aqidah yang bersih.” ( Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, hlm 57-58).


Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkan






1 comment:

HAZMAN said...

salam, mohon petikan artikel dalam blog sdr. Hazman - (al-mizan kuala pilah)