Thursday, December 31, 2009

OPS Dakwah Tahun Baru 2010 bersama Dr MAZA- drmaza.com


Oleh: A. Ariff

31 Disember 2009 - Operasi Dakwah Tahun Baru 2010 ini telah diketuai oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan dibantu oleh aktivis-aktivis dakwah bertujuan untuk menyebarkan dakwah kepada orang ramai, terutama muda-mudi dengan mendekati mereka selain menyebarkan risalah yang diadaptasi dari tulisan Dr Mohd Asri yang bertajuk; “Jalan Pulang ke Pangkuan Tuhan Terlalu Luas”.


Operasi ini bermula pada jam 11.20 malam sebaik sahaja Dr Mohd Asri selesai menyampaikan tazkirah di Institut al-Qayyim, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan disertai oleh lebih kurang 80 aktivis dakwah.

Beberapa kumpulan telah dibahagikan dan ditugaskan untuk bergerak di beberapa tempat sekitar Seberang Prai yang menjadi tumpuan untuk menyambut Tahun Batu 2010.

Operasi ini dilancarkan secara berkembar di Pulau Pinang dan di Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, operasi dijalankan di sekitar Kuala Lumpur City Centre dan diketuai oleh aktivis dakwah muda yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar IPT tempatan

No comments: