Zaman ini adalah zaman kelembutan, kesabaran dan hikmah, bukanlah zaman kekerasan. kebanyakkan manusia di saat ini dalam keadaan jahil, lalai dan lebih mementingkan dunnyawiyyah. Maka haruslah sabar dan berlemah lembut supaya dakwah ini dapat disampaikan dan mereka dapat mengetahuinya. Kami mohon petunjuk kepada Allah untuk semuanya." -Samahatu al-Syeikh al-Imam Ibn Baz
Friday, January 30, 2009
Tuesday, January 27, 2009
Berserban menaiki motor bukannya sunnah!
Oleh: Ustaz Maszlee Malik
Adalah menjadi satu pemandangan yang biasa bagi kita melihat orang memakai serban ketika menaiki motor samada penunggang tersebut seorang yang beragama Sikh mahupun seorang yang beragama Islam.
Bagi orang Sikh, perbuatan mereka itu dijustifikasikan dengan doktrin pemakaian serban yang wajib bagi mereka. Bukan hanya sekadar serban, malah rambut panjang yang tidak digunting itu pun merupakan syiar bagi agama mereka. Tanpa perkara tersebut, mereka dikira telah melanggar kewajipan agama, samalah seperti umat Islam yang tidak menutup aurat ataupun meninggalkan solat.
Bagi umat Islam pula, pemakaian serban bukanlah sesuatu yang wajib. Hatta Ayatollah-Ayatollah di Iran yang menjadi marja' sekalipun tidak pernah mengatakan serban adalah wajib bagi setiap umat Islam. Pemakaian serban ketika menaiki motor di kalangan umat Islam adalah lebih kepada kebiasaan dan adat sesuatu tempat demi mengekalkan penampilan mengikuti sunnah tersebut hatta ketika menaiki motor sekalipun.
Menariknya, jika para penunggang muslim memakai serban ketika mereka menunggangnya di kampung-kampung atau pun felda-felda ianya adalah sesuatu yang agak normal dan tidak pula membahayakan memandangkan jalannya tidak sibuk dengan kenderaan-kenderaan besar yang lain.
Yang agak mengundang persoalan ialah jika pemakaian tersebut oleh penunggang-penunggang motorsikal yang membawa motorsikal di Bandar-bandar besar seperti Johor Baharu, Ipoh, malah di Kuala Lumpur. Dengan kesesakan dan kesibukan jalan raya yang mengundang kemalangan-kemalangan yang tidak berbau adakah perbuatan tersebut logik dan boleh diterima Islam?Artikel ini akan cuba membuka minda para pembaca sekelian agak berfikiran lebih rasional, menuruti al-Quran, sunnah dan ruh Islam itu sendiri serta menjauhi campur tangan emosi, nafsu dan juga ketaksuban.
Sunnahnya serban Umat Islam berijmak bahawa pemakaian serban bukanlah sesuatu yang wajib bagi setiap muslim yang mukallaf. Barang siapa yang berijtihad bahawa pemakaian serban itu adalah wajib bagi setiap muslim yang mukallaf ternyata dia telah melakukan satu kesilapan yang besar dan malah boleh dikategorikan sesat lagi menyesatkan yang lain. Tidak terdapat satu ayat pun di dalam al-Quran mahupun hadis-hadis, baik yang sahih mahupun yang hasan menunjukkan perkara tersebut. Hatta hadis-hadis yang dhaif (lemah) pun tidak menunjukkan kewajipan tersebut.
Maknanya kini, yang tinggal adalah hukum berserban itu samada sunat ataupun harus. Sebelum membicarakan perkara tersebut, adalah lebih baik jika kita meninjau hadis-hadis berkaitan dengan serban. Dalam kes ini penulis menjauhi dan meminta dijauhi daripada hadis-hadis maudhu' (palsu) dan juga dhaif berkaitan pemakaian serban. (Di dalam kitab “al-Laali al-Masnu'at” tulisan Imam al-Suyuti (mati 911 Hijrah) beliau telah menyatakan hadis-hadis palsu dan dhaif yang amat sangat berkaitan dengan galakan pemakaian serban. (Lihat: al-Suyuti, al-Laali al-Masnu'at. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, j. 2, hal. 220-221). Kebanyakan hadis-hadis yang berkaitan pemakaian serban hanyalah hadis-hadis yang menerangkan pemakaian serban oleh Rasulullah S.A.W. sahaja.
Yang menariknya tidak terdapat satu pun hadis yang sahih mahupun yang hasan menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W. menyeru ataupun menggalakkan umatnya memakai serban. Antara hadis-hadis berkaitan dengan pemakaian serban oleh Rasulullah S.A.W. banyak boleh didapati di dalam kitab-kitab berikut:
a) Di dalam kitab “Zaad al-Ma'aad” tulisan Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, beliau ada membawa hadis-hadis berkaitan dengan bentuk serban Rasulullah S.A.W., warnanya dan juga nama serban tersebut. (Lihat: Ibn al-Qayyim, Zaad al-Ma'aad. Jil.1, hal. 143)
b) Di dalam kitab “al-Syamail al-Muhammadiyyah”, pengarangnya Imam al-Tarmidhi juga telah menghimpunkan banyak sekali hadis berkaitan bentuk serban Rasulullah S.A.W. dan juga keadaan bila Rasulullah S.A.W. memakainya.(al-Tarmidhi, al-Syamaail al-Muhammadiyyah, Mekah: Maktabah al-Baaz. hal. 105-107).
Dari hadis-hadis yang telah disebutkan ternyata sekali hadis-hadis tersebut dan banyak lagi hadis-hadis lain dari rujukan yang pelbagai hanya menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. memakai serban yang kadangkala berwarna putih dan kadangkala berwarna hitam. Baginda juga kadangkala memakai satu ekor, dan kadangkala dua ekor dan adakalanya tidak berekor. Baginda juga menamakan serbannya dengan nama yang tertentu. Jika dilihat dalam keseluruhan hadis-hadis lain pula, baginda tidak pula memakainya selalu dan mewajibkannya. Ada waktu bagainda hanya memakai penutup kepala sahaja (Ibn al-Qayyim, ibid. j.1, hal. 43), ada waktu baginda tidak memakai apa-apa di kepala pun sehinggakan para sahabat dapat melihat fesyen rambut baginda S.A.W. (lihat: al-Tarmidhi, ibid. hal.105-107)
Kesimpulannya, kedudukan serban sebagai sunnah Rasulullah S.A.W. adalah tidak boleh disangkal. Jika seseorang memakai serban dengan niat untuk mencontohi Rasulullah S.A.W. maka dia akan memperolehi pahala sunat. Jika dia memakainya kerana adat dan kebiasaan, hukumnya adalah harus sahaja.Mengapa penunggang memakainya?Jadi jelaslah kepada kita bahawa pemakaian serban di dalam Islam itu hukumnya hanyalah harus, namun jika pemakainya berniat hendak mencontohi Rasulullah S.A.W. maka ianya bertukar menjadi sunat (ini berdasarkan hadis: “Sesuatu amalan itu dikira berdasarkan niatnya, hadis riwayat Omar di dalam al-Bukhari dan Muslim).
Pada waktu itu pemakaian tersebut akan termasuk di dalam kategori sunnah fadhail (kelebihan-kelebihan), iaitu sunnah yang didapati dengan mencontohi perkara-perkara yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. yang tidak bersifat Tasyri' (hukum). Makanya pemakaian tersebut bukanlah bersifat wajib sehingga para penunggang motorsikal yang beragama Islam tidak boleh menanggalkannya ketika menaiki motorsikal seperti halnya mereka-mereka yang beragama Sikh yang diwajibkan sentiasa melindungi kes (tocang mereka) dengan serban selepas melalui upacara Dastar Bandhi.
Jadinya, apakah alasan yang terlalu besar sehinggakan para penunggang motorsikal beragama Islam tidak mahu memakai topi keledar dan beriltizam teguh dengan serban mereka ketika menunggang motorsikal hatta ketika berada di kota kosmopolitan sekalipun ???
i) MalasYa, inilah jawapan yang paling tepat. Ramai di kalangan penunggang tersebut malas untuk membuka serban mereka yang telah dililit kemas. Jika mereka memakai topi keledar, mereka terpaksa mengikat semula serban yang telah mereka leraikan. Ini akan membebankan mereka. Untuk menjustifikasikan tindakan mereka sekaligus menyembunyikan kemalasan mereka, maka dicarilah helah-helah untuk membela diri. Maka sunnah Nabi S.A.W. lah yang dijadikan alasan.Persoalannya, bukankah tindakan tidak memakai topi keledar itu merupakan satu undangan kepada risiko yang lebih besar. Allah S.W.T. di dalam al-Quran telah melarang umatnya dari mencampakkan diri mereka ke dalam kebinasaan. Firman Allah: “Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan” (Surah al-Baqarah (2): ayat 194)Adakah berbaloi kerana sifat malas, kita mengundang kecelakaan yang boleh dikurangkan risikonya dengan memakai topi keledar ?
ii) Reaksi kepada sikhAda juga di antara pemakai serban itu berhujah dengan emosional mengatakan bahawa pemakaian serban mereka tiada beza dengan pemakaian serban oleh golongan Sikh. Hujah mereka, jika orang-orang Sikh boleh memakai serban ketika menunggang motorsikal, mengapa umat Islam tidak boleh???, ini sudah double standard!Persoalannya jika ramai di kalangan penunggang motorsikal dari kalangan orang Sikh yang mati akibat kemalangan kerana tidak memakai topi keledar, adakah kita juga hendak ikut ?, sunnah siapa yang kita hendak ikut???
iii) Pemahaman yang salah. Tidak kurang juga ada sesetengah umat Islam mempunyai pemahaman yang salah terhadap pemakaian topi keledar dan serban. Bagi mereka pemakaian serban adalah sesuatu yang mengundang rahmat dan penjagaan Allah. Jika mereka memakai serban maka Allah akan melindungi mereka sepanjang perjalanan. Mereka akan terlindung dari bahaya yang bakal menimpa, perjalanan akan lebih cepat, selamat dan mendapat pahala yang lebih. Pendekatan jika memakai serban ketika menaiki motorsikal, seseorang itu akan mendapat “karamah”, “ma'unah” malah kesaktian seperti cerita Puteri Gunung Ledang!Ada sesetengah golongan yang fanatik lagi, mereka memandang pemakaian topi keledar sebagai tidak Islamik, peniruan cara barat dan bertentangan dengan konsep tawakkal.
Atas dasar tersebut mereka memilih sesuatu yang lebih islamik, lebih kebal dan lebih hebat dari topi keledar, iaitu serban.
Apa yang sunnahnya?Persoalan yang timbul di sini ialah: Apakah sunnahnya ketika menaiki motor ?, apakah cara menaiki motor yang menepati kehendak Islam.Sebelum menjawab persoalan tersebut, perlu ditegaskan beberapa perkara asas agar tidak berlaku kekeliruan.
Yang pertamanya, pemakaian serban adalah sunat hukumnya dan bukannya wajib pada waktu-waktu biasa jika diniatkan untuk mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W. Persoalannya jika pemakaian tersebut mengundang bahaya kepada nyawa dan keselamatan pemakainya ianya tidak lagi menjadi sunat, malah boleh menjadi haram.
Yang keduanya, penunggang-penunggang motorsikal amat terdedah kepada bahaya ketika berada di jalanraya berbanding dengan pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Risiko untuk mereka mendapat kemalangan dan mendapat kesan daripada kemalangan adalah amat tinggi berbanding pengguna jalan raya yang lain.Statsitik Jabatan Pengangkutan Jalan telah menunjukkan daripada 298,651 kes kemalangan dan 6,282 kematian yang telah dilaporkan pada tahun 2003 sebanyak 3,548 kes telah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Jumlah kematian penunggang motosikal tersebut merupakan 56.5% daripada keseluruhan kematian akibat kemalangan jalan raya. Rekod Kementerian Pengangkutan juga menunjukkan sebanyak 58.7% kematian yang dialami oleh penunggang dan pembonceng motosikal adalah disebabkan oleh kecederaan kepala. Selain daripada itu bilangan penunggang motorsikal yang mati sewaktu kemalangan kerana tidak memakai topi keledar juga amat tinggi. Bahkan mereka yang memakai topi keledar pun ramai yang meninggal dunia kerana kecederaan yang mereka hadapi, apatah lagi mereka yang tidak memakai topi keledar!
Yang ketiganya, Islam amat mementingkan kehidupan dan nyawa. Di atas dasar inilah kita lihat Islam menggariskan banyak sekali hukum-hakam yang bertujuan menjaga nyawa dan kehidupan manusia. Bagi Imam al-Syatibi (mati 780 Hijrah), penjagaan nyawa adalah salah satu daripada objektif Syariah Islam itu sendiri. Islam menjaga nyawa dengan meletakkan hukum-hakam yang bersifat samada memastikan nyawa dan kehidupan akan terus terjaga dan terjamin kualitinya dengan menyuruh umat Islam menjaga kesihatan, makan yang baik-baik, tidak melakukan perkara-perkara yang menjejaskan kehidupan tersebut dan seumpamanya. Islam juga menjaga kehidupan manusia dengan melarang umatnya dari membunuh diri, melakukan perkara-perkara yang membahayakan nyawa dan diri mereka, melarang dari bunuh-membunuh dan juga melarang umat Islam dari membahayakan nyawa pihak lain dengan apa cara sekalipun kecuali dengan haknya.Keempat, Menunggang motorsikal adalah sesuatu yang baru.
Di zaman Nabi S.A.W. tiada motor, tiada kemalangan jalan raya. Maka untuk menentukan apa-apa hukum berkaitan dengan cara menunggang motor menurut kehendak Islam adalah melalui ijtihad yang berlandaskan maslahat umum (Masalih Mursalah).Menaiki motorsikal secara Islam dan Sunnah Di atas dasar inilah, ada beberapa panduan menaiki motorsikal mengikut cara Islam yang lebih bertepatan dengan al-Quran dan juga sunnah. Antaranya:
a) Menjaga keselamatan ketika menaiki motorsikal - Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. yang berbunyi “la darar wa la dirar”, yang bermaksud: “Tiada (jangan melakukan) perkara yang membawa kemudaratan pada diri sendiri dan tiada (jangan melakukan) perkara yang memudaratkan orang lain” (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Muwatta, hal. 226 dan Ibn Majah di dalam kitab al-Sunan, hadis nombor: 2340 dan 2341)Huraiannya: hadis ini menunjukkan bahawa Islam melarang umatnya dari melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan diri mereka sendiri dan orang lain. Oleh itu sebarang perlakuan yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan orang lain adalah haram di dalam Islam. Berkait dengan menunggang motorsikal pula, segala perbuatan yang membahayakan diri seperti tidak memakai topi keledar, memakai selipar Jepun ketika menunggangnya, memandu dengan laju, tidak menggunakan lampu “signal” ketika membelok dan yang seumpamanya adalah haram di sisi syarak.
b) Membaca doa - Selain daripada usaha secara fizikal, usaha secara spiritual juga perlu. Di dalam bab Aqidah, ianya disebut sebagai usaha maknawi. Jika usaha fizikal (memastikan keselamatan ketika menunggang motorsikal) disertakan dengan usaha maknawi (dengan berdoa) ianya akan mengundang bantuan Allah dan juga penjagaannya. Usaha secara maknawi di sini ialah dengan membaca “Bismillah” sebagai sunnah dalam melakukan segala pekerjaan, membaca doa menaiki kenderaan, samada doa “Subhanalladhi sakhara lana….” ataupun doa “Bismillah majrehaa…” dan akhirnya membaca “Bismillah tawakkaltu 'ala Allah” ataupun “Bismillahi ladhi laa yadhurru …”. Ketika membacanya juga kita hendaklah berniat untuk mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W. dan juga merasakan kebersamaan dengan Allah S.W.T.
c) Memandu dengan cermat - Antara sunnah juga ialah memandu dengan cermat dan tidak memandu dengan cara yang membahayakan diri sendiri mahupun orang lain. Allah S.W.T. telah berfirman yang maksudnya : “Janganlah kamu mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan” (Surah al-Baqarah (2): ayat 194). Di atas dasar ini juga sebarang cara memandu motorsikal yang membahayakan seperti memandu melebih had laju, mencilok, peng maut, aksi kuda terbang dan yang seumpama dengannya adalah haram dan tidak dibenarkan oleh syarak.
d) Ikut undang-undang - Menunggang motorsikal yang menepati sunnah juga ialah menunggang dengan mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan. Undang-undang berkaitan jalan raya telah digariskan sedemikian rupa demi memastikan keselamatan penggunanya. Kebanyakkannya digariskan berdasarkan kajian, statistik dan juga penelitian mereka yang professional untuk manfaat para pengguna jalan raya. Agak ironic bila ada sesetengah golongan mengatakan undang-undang jalan raya tidak wajib dipatuhi kerana ianya adalah undang-undang ciptaan manusia dan kita hanya wajib mematuhi undang-undang Allah sahaja. Kata-kata seperti ini hanya keluar dari mulut mereka yang jahil tentang hukum-hakam dan juga tidak memahami Islam yang sebenarnya. Undang-undang jalan raya seperti yang terdapat di Malaysia, walaupun ciptaan manusia, namun jika ianya bertujuan untuk menjaga maslahat umum termasuk di dalam kategori “Masalih Mursalah” di dalam ilmu Usul Fiqh yang dalam beberapa keadaan membawa kepada hukum wajib untuk dipatuhi jika ianya berkaitan dengan maslahat umum.
e) Tawakkal - Akhir sekali setiap penunggang motorsikal wajiblah bertawakkal kepada Allah ketika berada di atas jalan raya. Mengapa tawakkal di akhir sekali ?, kerana itulah anjuran Rasulullah S.A.W. kepada seorang sahabat yang membiarkan tunggangannya tanpa diikat ketika beliau hendak bersolat di masjid. Ketika baginda bertanya apakah tujuannya membiarkan tunggangannya tidak berikat, beliau menjawab bahawa itu adalah usaha tawakalnya. Baginda telah menyuruh beliau mengikat dahulu tunggangannya dan kemudian bertawakal kepada Allah, itulah konsep tawakkal yang sebenarnya.Dalam kes ini hendaklah para penunggang memakai topi keledar, memastikan motorsikal selamat ditunggang, lengkap berlampu, lengkap dengan stiker pantul cahaya, berdoa dan kemudiannya bertawakkal kepada Allah. Inilah baru dinamakan sunnah dan bukan hanya pada serban sahaja!
Kesimpulan
Kesimpulannya, pengamalan Islam dan sunnah yang sebenarnya adalah berdasarkan dalil dan rasional dan bukannya dengan mengikuti emosi semata-mata. Dakwaan memakai serban ketika menunggang motorsikal adalah sunnah adalah dakwaan yang diwarnai dengan emosi tanpa hujah dan dalil yang kuat. Tambah lagi perbuatan tersebut mengundang bahaya dan kemudaratan kepada penunggang itu sendiri. Islam sedari awal lagi, samada di dalam al-Quran, mahupun sunnah Rasulullah S.A.W. melarang umatnya dari membahayakan diri mereka. Adalah satu jenayah terhadap sunnah apabila kita melakukan sesuatu yang dilarang baginda dan kemudiannya menjustifikasikannya di atas nama sunnah.Fenomena berserban ketika menunggang motorsikal hanyalah secebis dari penyelewengan pemahaman sebenar terhadap Islam dari banyak lagi penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh umat Islam di zaman moden ini.
Umat Islam haruslah melihat dalil-dalil di dalam hukum-hakam syarak secara keseluruhan dan bukannya secara serpihan-serpihan. Pemahaman Islam juga hendaklah melalui ruh tasyri' (falsafah Syariah) dan juga objektif syariah itu sendiri dan bukan semata-mata dengan kaca mata emosi dan taksub kepada sesetengah individu.Perlu diingat juga artikel ini bukanlah bertujuan untuk menghina serban, tetapi lebih kepada mengingatkan umat Islam agar tidak memburukkan imej berserban kerana kejahilan kita sendiri. Ingatlah kehidupan kita bukan untuk diri kita sahaja tetapi juga untuk umat Islam. Nyawa kita amat bermakna untuk Islam dan umat Islam, janganlah sia-siakannya dengan mengamalkan sesuatu yang kita sangkakan dari Islam, tetapi sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri.
Dr Juanda Jaya Mufti Perlis yang baru
KANGAR 27 Jan. – Bekas Naib Mufti Sarawak, Dr. Juanda Jaya (gambar) hari ini disahkan sebagai Mufti Perlis yang baru bagi menggantikan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang mengosongkan jawatan tersebut sejak November lalu.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu ketika mengesahkan pelantikan itu berkata, Dr. Juanda, 37, yang juga Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak dipinjamkan oleh kerajaan Sarawak bagi memenuhi kekosongan jawatan Mufti Perlis untuk tempoh dua tahun.
Katanya, pemilihan bekas Naib Mufti Sarawak itu juga telah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
‘‘Beliau dijangka memulakan tugasnya sebagai Mufti Perlis awal Februari ini selepas urusan pemindahannya selesai dengan kerajaan Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
‘‘Saya juga berterima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang sudi meminjamkan Juanda bagi berkhidmat di Perlis,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Khoon Aik di sini hari ini.
Utusan Malaysia
Dr Juanda juga merupakan penulis tetapi ruangan Tajdid Imam di Berita Harian dan majalah mingguan Wanita.
Tuesday, January 20, 2009
Sunday, January 18, 2009
Kenyataan Olmert Bukti kekalahan Israel
Isnin ,19/01/2009 - Usamah Hamdan, wakil Hamas di Lebanon, menyatakan kenyataan Ehud Olmert yang mahukan genjatan senjata sebelah pihak membuktikan kekalahan Zionis-Israel setelah perang 2006. Kenyataan Olmert juga menampakkan kekalahan Zionis-Israel dan kemenangan rakyat Palestin. Dalam kenyataan Olmert, mengaku masih tidak berjaya untuk membebaskan tentera Israel Gilad Shalit yang tidak diketahui sama ada hidup atau mati akibat serangan ganas Zionis-Israel.
Serangan ganas Israel ketika ini telah menjadi lonjakan baru bagi para pejuang Palestin untuk menentang Zionis-Israel. Generasi yang terjun ke medan perang kali ini adalah mereka yang lahir pada intifadhah yang pertama (1987). Hamdan turut berkata Olmert masih belum mampu melemahkan Hamas dan meminta pihak antarabangse untuk membantu melemahkan Hamas.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif
Yisrael Katz : Tentera rejim Zionis ternyata gagal operasi di Gaza
Isnin ,19/01/2009 - Penggubal undang2 parti Likud , Yisrael Katz mengakui kegagalan tenteran rejim Zionis dalam melakukan pencerobohan pada Semenanjung Gaza, beliau menegaskan Israel tidak berjaya mencapai matlamat-matlamatnya dalam peperangan yang telah mengakibatkan ribuan nyawa terbunuh.
Katz berkata bahawa operasi ketenteraan di Gaza tidak berjaya selepas Perdana Menteri Israel , Ehud Olmert mengumumkan gencatan senjata sepihak , yang menunjukkan Israel tidak berjaya menghapuskan kekuatan pejuang2 Palestin, menghentikan penyaluran bekalan-bekalan senjata ke Gaza atau mendapat kembali tentera Israel bernama Gilad Shalit mereka kembali.
Menurut akhbar The Observer dari UK, menyatakan bahawa Israel menyatakan bahawa ia mampu dalam menghadkan keupayaan pejuang2 Palestin dalam melepaskan roket2 Qassam ke arah Israel , namun apa yang pasti , sasaran Israel hanyalah kepada penduduk awam yang terdiri daripada wanita , orang2 tua dan kanak2.
Katz berkata bahawa operasi ketenteraan di Gaza tidak berjaya selepas Perdana Menteri Israel , Ehud Olmert mengumumkan gencatan senjata sepihak , yang menunjukkan Israel tidak berjaya menghapuskan kekuatan pejuang2 Palestin, menghentikan penyaluran bekalan-bekalan senjata ke Gaza atau mendapat kembali tentera Israel bernama Gilad Shalit mereka kembali.
Menurut akhbar The Observer dari UK, menyatakan bahawa Israel menyatakan bahawa ia mampu dalam menghadkan keupayaan pejuang2 Palestin dalam melepaskan roket2 Qassam ke arah Israel , namun apa yang pasti , sasaran Israel hanyalah kepada penduduk awam yang terdiri daripada wanita , orang2 tua dan kanak2.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx
Thursday, January 15, 2009
MENGAPA ROKOK LUPA DI BOIKOT
Sudah 2 minggu Palestin dihujani dengan serangan demi serangan oleh regim haram Zionis Israil, selama tempoh itu jugalah masyarakat dunia sama ada Islam mahupun bukan Islam berkempen menentang tindakan kejam Zionis ke atas negara Palestin. Begitu juga kempen memboikot barangan-barangan Israil dan Amerika giat dijalankan. Itulah yang mampu dilakukan oleh masyarakat dunia terutamanya dunia Islam di samping berdoa dan mengadakan qunut nazilah di setiap kali solat.
Cumanya, tidakkah kita juga memikirkan untuk memboikot sepenuhnya rokok? Sudah berpuluh-puluh ulamak dan berbagai-bagai badan fatwa dalam dan luar Negara menfatwakan haramnya merokok, tetapi fatwa hanya tinggal fatwa, umat Islam khususnya tidak langsung mengendahkan fatwa tersebut. Penulis tidak ingin membincangkan hukumya disini tetapi marilah sama-sama kita memikirkan tentang hal ini.
Apa guna bercakap soal boikot, dalam masa yang sama perkara yang lebih penting untuk diboikot tidak diboikot. Ada orang sangat lantang mengecam tindakan Zionis di dalam beberapa siri demonstrasi yang diadakan seolah-olah dialah jaguh yang memperjuangkan nasib umat Islam Palestin. Setelah berpenat lelah menjerit, membasahkan tekak sambil menelan kepulan-kepulan asap rokok yang dihisapnya berbatang-batang. Lupa segala-galanya yang diperjuangkan, bahagialah hidupnya.
Ada orang yang bergelar agamawan, ustaz, tuan guru, atau gelaran yang setaraf, begitu bersemangat di dalam khutbah, kuliah dan ceramahnya, mengajak orang kepada pengamalan Islam, juga mengingatkan seisi masyarakat betapa perlunya menyokong perjuangan menentang Zionis dengan berkempen memboikot barangan mereka, sesudah penat berceramah, duduk bersembang di kedai kopi sambil menghembuskan kepulan asap rokoknya yang telah dihisapnya berkotak-kotak. Begitulah kehidupannya sehari-hari, bahagialah hidupnya.
Apalah yang diharapkan oleh masyarakat kepada mereka-mereka ini, yang hanya pandai menyuruh masyarakat memboikot barangan Israil dan Amerika tetapi dalam masa yang sama mereka sendiri tidak memboikot tabiat merokoknya. Jika ditanya kepada mereka, terus dijawabnya merokok itu makruh hukumnya. Begitulah masyarakat kita baik yang awamnya mahupun agamawannya.
Apalah yang diharapkan oleh masyarakat kepada mereka-mereka ini, yang hanya pandai menyuruh masyarakat memboikot barangan Israil dan Amerika tetapi dalam masa yang sama mereka sendiri tidak memboikot tabiat merokoknya. Jika ditanya kepada mereka, terus dijawabnya merokok itu makruh hukumnya. Begitulah masyarakat kita baik yang awamnya mahupun agamawannya.
Jika mereka berkata “Perkara ini sunat” maka merekalah orang pertama yang meninggalkannya dengan alasan tidak mengapa, perkara ini sunat sahaja. Begitulah sebaliknya jika mereka berkata “Perkara ini makruh” maka merekalah orang yang pertama melakukanya dengan alasan tidak mengapa, ianya makruh sahaja. Sedangkan ulamak-ulamak kita apabila menyatakan sesuatu itu sunat maka merekalah orang pertama yang melakukanya, dan jika mereka menyatakan sesuatu itu makruh, maka merekalah orang yang pertama meninggalkannya.
Jika anda hanya sekadar orang biasa atau pengikut, tidak ada yang ingin mempertikaikannya, tetapi ingat jika anda orang yang berada dihadapan, atau bergelar ‘pemimpin’ atau jika anda seorang yang bergelar ‘pemimpin agama’ maka ingatlah anda sentiasa diperhatikan oleh masyarakat. Segala perlakuan akan dinilai dan dipertikai.
Jadilah orang yang boleh memberikan contoh yang terbaik kepada masyarakat, jika anda perkatakan sesuatu, berkempen kepada sesuatu, janganlah pula lupa apa yang anda lakukan dan kempenkan. Walaupun disana ada yang tidak menyetujui kempen boikot ini, tetapi sekiranya itulah usaha yang mampu dilakukan disamping doa untuk melemahkan musuh-musuh Allah, semoga Allah mengiranya sebagai pemberat kepada timbangan kita diakhirat kelak walaupun ianya tidak seberapa. Tetapi ianya adalah suatu yang tidak mustahil. Wallahu a’lam
Wednesday, January 14, 2009
Penutupan sempadan - PENGKHIANATAN terhadap ISLAM
Jeddah- Pusat Informasi Palestin
Lebih 100 Ulamak menjelaskan perbuatan sebahagian negara-negara Arab yang menutup pintu sempadan Rafah dan menghancurkan terowong-terowong untuk menahan kemasukan bantuan makanan dan perubatan kepada penduduk Palestin merupakan Bantuan yang sangat jelas kepada musuh Israil dalam pembunuhan mereka (Terhadap rakyat Palestin) dan merupakan pengkhianatan terbesar keatas ummah sepanjang sejarah.
Telah Bersepakat para ulamak bahawa membantu musuh Islam dalam memerangi orang Islam kufur dan riddah daripada agama Islam. Ini merupakan perkara yang ke 8 daripada 10 perkara yang membatalkan syahadah. dan dibimbangi termasuk di dalam perkara ini menutup pintu sempadan atau terowong atau menghalang bantuan masuk (ke Palestin)...
http://www.palestine-info/ (Arabic)
Lebih 100 Ulamak menjelaskan perbuatan sebahagian negara-negara Arab yang menutup pintu sempadan Rafah dan menghancurkan terowong-terowong untuk menahan kemasukan bantuan makanan dan perubatan kepada penduduk Palestin merupakan Bantuan yang sangat jelas kepada musuh Israil dalam pembunuhan mereka (Terhadap rakyat Palestin) dan merupakan pengkhianatan terbesar keatas ummah sepanjang sejarah.
Telah Bersepakat para ulamak bahawa membantu musuh Islam dalam memerangi orang Islam kufur dan riddah daripada agama Islam. Ini merupakan perkara yang ke 8 daripada 10 perkara yang membatalkan syahadah. dan dibimbangi termasuk di dalam perkara ini menutup pintu sempadan atau terowong atau menghalang bantuan masuk (ke Palestin)...
http://www.palestine-info/ (Arabic)
Tuesday, January 13, 2009
74 Israeli soldiers killed in Gaza - Rueters
6 Jan 2009: Media sources close to the military report that 74 Israeli soldiers killed and 8 soldiers captured by Palestinian fighters in Gaza in the last three days. The Israeli government is casting a blockade on the true number of soldiers killed to maintain the morals of the Israeli public
Monday, January 12, 2009
TAJDID IMAN - Dr Juanda Jaya
Menunduk Musuh Islam Dengan Ilmu
Berita Harian- Selasa 13 Januari 2009
HATI yang jahil pernah bertanya mengapa Allah menguji umat Islam dengan peperangan, pengkhianatan, kelaparan, penyeksaan dan penyembelihan oleh tangan-tangan kuffar? Mengapa ujian itu kini tidak bernoktah? Kita sering bertanya, namun kita sudah tahu jawapan dan syarat bagi melepasi ujian berat ini. Muslimin terdahulu sudah memenuhi syaratnya dan mereka berjaya, namun kita yang jauh lebih moden kini alpa dan tertanya-tanya. Padahal Allah sudah berjanji dalam firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Surah Muhammad, ayat 7)
Bilakah datangnya pertolongan Allah? Dulu, disebabkan hebatnya seksaan yang dialami sahabat di sisi Baginda SAW, mereka mendesak Rasulullah SAW dengan satu pertanyaan: “Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak memintakan pertolongan untuk kami? Apakah engkau tidak mendoakan kami? Baginda SAW yang saat itu sedang berbaring, bangkit dengan wajah merah padam akibat marah bersabda yang bermaksud: Ketahuilah bahawa sesungguhnya orang sebelum kalian ada yang ditanam hidup-hidup, digergaji dari atas kepalanya sehingga tubuhnya terbelah dua dan ada pula yang disisir dengan sisir besi sehingga mengenai dagingnya hingga memisahkan ia daripada tulangnya, semua itu tidak menggoyahkan agama mereka.
“Demi Allah, Allah pasti memenangkan agama ini hingga merata dari Sana’a sampai Hadhramaut dan manusia saat itu nanti semuanya tidak takut melainkan hanya kepada Allah melebihi takutnya kambing terhadap serigala. Tetapi kalian sangat tergesa-gesa (meminta kemenangan).” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)
Kesedihan pejuang Islam di merata dunia berikutan pertumpahan darah dan pencerobohan ke atas Palestin semestinya tidak menyurutkan semangat pejuang untuk tetap istiqamah menjaga agama Allah dari tipu daya jahat musuhnya. Apatah lagi untuk berputus harap kepada Allah kerana dijangkiti penyakit cinta dunia dan takut mati.
Gesaan untuk memboikot barangan Amerika pastinya melahirkan polemik hangat yang mencetuskan pendapat antara yang menyokong dan menolak gagasan itu. Melalui tragedi ini akan jelas terlihat siapakah yang berpeluk tubuh dan memekakkan telinga atau sekadar bermulut manis membantah tanpa aksi sebenar dan hakiki di kalangan negara saudara seagama yang disembah adalah sama iaitu Allah. Hal itu hakikatnya adalah suatu bentuk ujian iman supaya Allah membersihkan di kalangan barisan umat ini orang yang terpilih sebagai pejuang di jalan Allah dan mereka yang terkeluar dari barisan, duduk ketakutan, cemas kehilangan takhta, harta dan jiwanya. Padahal, akhirat itu jauh lebih baik dan kekal, ternyata betapa dunia amat membius jiwa manusia. Namun begitu di kalangan manusia jahil, lalai dan memilih menjual akhiratnya dengan harga dunia yang murah, pasti wujud golongan diselamatkan Allah daripada fitnah dunia. Mereka sentiasa dibangkitkan untuk satu peranan penting demi menjaga agama Allah.
Tidak semestinya mereka berada di medan perang terbuka, menghadapi senapang, bom dan roket bahkan mereka boleh mengikut jejak mujahidin melalui kepakaran ilmu dan teknologi demi masa depan Islam.
Mereka sedar amaran al-Quran supaya umat Islam berwaspada hingga ke akhir zaman disebabkan peperangan sentiasa wujud baik secara terbuka mahupun senyap, bukan kerana umat Islam yang memetik apinya bahkan musuh merekalah yang membakar dendam yang tidak mungkin dihapuskan.
Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka tidak henti-henti memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu daripada agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup.” (Surah Al-Baqarah, ayat 217)
Dengan kekuatan persenjataan orang kafir jauh lebih canggih daripada umat Islam, strategi dan perancangan umat Islam mesti disusun secara matang serta tidak tergopoh-gapah. Sesuai dengan hadis Baginda SAW yang mengingatkan umatnya tidak tergesa-gesa dan kurang sabar dalam perjuangan. Langkah jangka panjang itu membabitkan ilmuwan dan cendekiawan Islam bersama umara dan seluruh umat. Peranan umara sebagai pemimpin Islam seharusnya meletakkan wawasan jauh dan perancangan jitu supaya umat mampu berdiri setanding bangsa Yahudi dan Nasrani yang sudah pun jauh lebih maju.
Sudahkah disediakan pakar nuklear setanding ilmuwan Amerika dan Yahudi? Teknologi canggih dan penemuan baru apakah sudah diterokai generasi Muslim? Apakah kestabilan negara, politik dan ekonomi menjadi agenda utama pemimpin berlainan fahaman politik? Sejauh mana usaha melahirkan hartawan Muslim pada peringkat antarabangsa dan melatih pendidik, ilmuwan dan cendekiawan supaya menerima transformasi ilmu dari seluruh jendela dunia sebagai bekalan mempersiapkan anak bangsa yang berdaya saing di segala bidang keilmuan setaraf bangsa maju.
Amat menyedihkan, fakta sejarah menyenaraikan 180 orang Yahudi memenangi hadiah Nobel selama 105 tahun dan hanya tiga orang Muslim memenanginya. Dengan perbandingan 14 juta Yahudi dan 1.5 bilion Muslim di seluruh dunia. Kemudian bagaimana pula peranan ulama untuk menghadapi gelombang kebangkitan Yahudi dan Nasrani? Ulama seharusnya lebih bersikap terbuka dan bersedia melakukan dialog antara penganut agama dan kepercayaan di seluruh dunia untuk memberi maklumat yang benar mengenai Islam. Usaha untuk menyampaikan Islam yang asli dengan strategi dakwah moden menjadi keutamaan. Slogan kembali kepada Islam seharusnya menjadi jenama yang boleh dijual di pasaran dunia. Bukan untuk umat Islam saja tetapi kepada bangsa lain yang belum mengetahui keindahan Islam.
Jangan asyik-asyik suka mengharamkan, mengeluarkan fatwa yang menyebabkan ketegangan di antara kaum dan umat beragama. Seolah-olah memusuhi dan mahu menguasai dengan kuasa majoriti. Bukankah Rasulullah SAW mengirim duta ulamanya ke luar negara untuk menjalinkan hubungan diplomatik dan dakwah kepada mereka? Semangat kemanusiaan seharusnya lebih ditonjolkan daripada semangat perkauman dan fanatik kepercayaan agama membabi buta.
Islam tidak sesekali membenarkan umatnya memaksakan akidah kepada umat lain. Seharusnya, menjadi tugas ilmuwan Islam mendekati orientalis yang mengkaji Islam secara bermuzakarah, berdialog dan membincangkan fakta Islam dengan semangat perdamaian bukan kebencian. Pada kurun ke 20 sikap orientalis berbeza-beza, jika dulu mereka bekerja untuk kepentingan imperialisme dan menggunakan hasil kajian itu sebagai senjata bagi menjajah dan memusnahkan umat Islam. Kini, ramai di kalangan mereka bersikap terbuka, jujur dan bebas mengkaji seiring dengan berkurangnya kuasa imperialisme.
Jika ulama tidak menyediakan kitab bermutu serta karangan ilmiah bagi menjawab hujah negatif mengenai Islam, mustahil orientalis ini menemui kebenaran dan hidayah dalam Islam. Antara mereka yang terkenal seperti Rene Guenon (Abdul Wahid Yahya), Martin Lings, Titus Burchhardt dan Leopold Weiss (Mohammad Asad), Murad Hoffman dan ramai lagi hampir mengucap syahadah. Kekuatan ilmu ulama mesti dimanfaatkan untuk penyiaran dakwah dengan cara pembabitan langsung ke medan dakwah. Mencetak pejuang dakwah yang berwibawa, menyampaikan al-Quran dan hadis secara indah dan tidak menakutkan apatah lagi memberatkan. Kadang-kadang sebutan haram itu lebih kedengaran, membuat umat fobia dan meninggalkan terus agamanya padahal haram itu sedikit berbanding yang halal dalam agama kita.
Akhirnya, kejahilan berleluasa dalam diri generasi yang menolak agama, mereka menganggap Islam sebagai agama warisan untuk mengurus hal-hal kematian, kelahiran dan sambutan hari kebesarannya saja tetapi tidak berupaya menjawab permasalahan keduniaan. Kerana kelalaian ulama dan pendakwah, lahir satu fenomena berbahaya di tengah-tengah umat, kewujudan dua generasi Islam. Pertama, yang melepaskan habis ikatan agama dan kedua, golongan tradisional jumud yang memberatkan permasalahan agama sehingga melupakan perjuangan sebenar. Jika orang kafir sudah sampai ke bulan dan mengkaji teknologi perang luar angkasa, umat Islam yang jumud ini masih bercakaran dan berselisih mengenai mazhab siapa yang paling baik dalam berwuduk.
Fanatisme mazhab menjadi punca terpecahnya perpaduan umat, ia bertanggungjawab atas kemunduran umat Islam yang tidak mampu bersaing melalui teknologi, ekonomi dan kekuatan senjata orang kafir. Padahal Rasulullah SAW tidak pernah menyuruh umatnya memegang pada satu mazhab saja, bukankah mazhab itu lahir selepas Baginda wafat dan tak ada satu pun lebih tinggi nilainya daripada kesahihan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW? Bahkan Imam al-Syafie melarang pengikutnya bertaklid buta dan menyuruh mereka mengutamakan kitab Allah dan sunah Rasul daripada pendapatnya. Peranan ulama dan pendakwah seterusnya ialah berganding bahu bersama umara menyelesaikan isu umat.
Sikap ulama terhadap umara hendaklah sesuai dengan suruhan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Aku berwasiat kepada kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat sekalipun yang memimpin kamu hanya seorang hamba.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Antara kelemahan umat Islam ialah tercabutnya kasih sayang antara ulama dan umara. Bagaimanakah masa depan umat jika umara melepaskan ikatan agama dalam memimpin negara? Dan ulama pula menjauhkan diri daripada pemimpin dan membiarkan kesilapan berlaku sehingga menghancurkan agama, bangsa dan negara? Bukankah kebinasaan akan berlaku jika tidak ditegakkan amar makruf nahi mungkar?
Peranan ulama di sisi umara adalah sahabat dan saudara adalah memberi pandangan serta fatwa dengan semangat ijtihad demi kemajuan umat. Ulama dan umara seharusnya duduk bersama merancang strategi menyediakan generasi pelapis yang bakal memperjuangkan misi agama. Ketiadaannya akan mematikan nadi umat. Pencerobohan ke atas umat terjadi di mana-mana kerana kemunduran, kemiskinan, kebodohan dan kejumudan cara berfikir. Tetapi, perlu diingat faktor paling utama penyebab kehancuran Islam ialah kejahilan umat terhadap agamanya. Agama menjadi benteng terkuat untuk memenangi perjuangan kerana ia adalah asas penting penggerak paling hebat untuk melawan kezaliman.
Tanpa agama tidak ada orang sanggup mati membela Islam. Sesekali mereka tidak pernah takut mati bahkan mengharapkan syahid di jalan Allah. Mereka memandang dunia dengan harga yang murah dan memilih syurga yang kekal abadi di sisi Tuhannya. Kembali kepada Islam menjadi slogan yang sering dilaungkan, sejauh mana ia berjaya bergantung dengan peranan ulama dan umara serta sikap umat yang diharapkan mahu berubah. Mampukah kebangkitan Islam direalisasikan generasi berkiblat ke Barat, berjiwa kapitalis dan bernafsukan liberalis?
Rasulullah SAW pernah meramalkan perkara ini dan tiada satu pun perkataan Baginda melainkan benar belaka: “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggalah jika mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani? Nabi SAW bersabda: Siapa lagi kalau bukan mereka.” (Hadis riwayat Muslim)
Thursday, January 8, 2009
lakukan apa yang termampu
Malaysian Muslims plan boycott of American goods
KUALA LUMPUR, Malaysia - More than 2,000 Muslim restaurants in Malaysia will remove Coca-Cola from their menus as part of a boycott of American products in protest against Israel's bombardment of Gaza, officials said Wednesday.
American companies are being targeted becuase of the U.S. government's support of Israel, which is carrying out a military offensive on Gaza that is says is aimed at stopping rocket attacks from the Hamas-controlled territory.
The nationwide boycott will be launched Friday by several Muslim groups after they seek God's blessings at Friday prayers, said Ma'mor Osman, secretary-general of the Malaysian Muslim Consumers Association which is leading the campaign.
In addition to Coca-Cola, he said they have identified some 100 other products ranging from food to beauty and clothing such as Starbucks, Colgate, McDonald's and Maybelline.
Since the Israeli offensive began, nearly 600 Palestinians, about half of them civilians, have been killed and at least 2,500 people injured, according to U.N. and Palestinian officials. Eleven Israelis have also been killed.
Muslims in Malaysia and worldwide have held demonstrations against the Israeli action but Ma'mor said such protests are futile.
"A boycott is the best way for us to protest Zionist cruelty against the Palestinian people as consumers can weaken the economy of countries like Israel and its ally, the U.S.," he said.
"We urge everybody who loves peace and is against war to support our campaign. We must send a clear signal to Israel to stop the assaults in Gaza," he said.
"We urge everybody who loves peace and is against war to support our campaign. We must send a clear signal to Israel to stop the assaults in Gaza," he said.
Some 2,600 restaurants under the Association of Muslim Restaurant Operators will stop selling Coca-Cola from Friday, he added.
The move came after former Prime Minister Mahathir Mohamad, a strident critic of Israel, last week urged consumers and governments to boycott American products and the U.S. dollar.
Israel sent troops and tanks into Hamas-controlled Gaza on Saturday after a weeklong aerial bombardment, sparking outrage among Muslims worldwide.
Malaysia's government, which has no diplomatic ties with Israel, has denounced Israel's ground offensive as "an act of total war" which cannot be tolerated.The United States has also been criticized for blocking approval of a U.N. Security Council statement calling for an immediate cease-fire between Israel and Hamas.
Wednesday, January 7, 2009
Monday, January 5, 2009
Tajdid Iman: Palestin bukan milik nenek moyang Yahudi
oleh: Dr Juanda Jaya
MEMANDANG wajah bayi dan kanak-kanak yang terkorban di Gaza menimbulkan perasaan amat bersalah dalam hati kerana tidak mampu melakukan apa-apa untuk menyelamatkan saudara yang ditindas. Soalan datang menerjah nurani keimanan, apakah bentuk bantuan paling relevan disumbangkan kepada mereka supaya kita terlepas daripada tanggungjawab sebagai Muslim di hadapan Allah SWT nanti?
Mengapa kamu membiarkan agamamu diperangi? Mengapa kamu berdiam diri menonton keganasan dan kekejaman menumpahkan darah Muslimin di atas tanah suci yang melahirkan para nabi? Apakah sumbanganmu untuk agama Allah SWT, apakah perananmu memastikan kalimah Allah SWT tertegak di atas bumi tanpa penghinaan?
Mengapa kamu membiarkan agamamu diperangi? Mengapa kamu berdiam diri menonton keganasan dan kekejaman menumpahkan darah Muslimin di atas tanah suci yang melahirkan para nabi? Apakah sumbanganmu untuk agama Allah SWT, apakah perananmu memastikan kalimah Allah SWT tertegak di atas bumi tanpa penghinaan?
Tidak mampu rasanya menjawab soalan tajam umpama peluru yang mengoyak jantung hati kita. Betapa selama ini keselesaan hidup sudah melayukan semangat Islam dalam diri yang lena. Seluruh bumi Allah SWT ini adalah tanggungjawab kita, di mana seorang Muslim lahir di situlah tanah air kita. Amat menyedihkan, ramai di kalangan umat Islam yang jahil terhadap isu Palestin. Padahal, mereka cukup bijak dalam menempa kejayaan peribadi, kerjaya dan kedudukan selesa yang seharusnya mencelikkan hati nurani untuk memandang dengan serius isu kemanusiaan sejagat. Bermula daripada kesedaran memahami bahawa peperangan di Palestin adalah isu agama dan keimanan. Walaupun media sentiasa memaparkan perbalahan yang terjadi antara dua kubu Fatah dan Hamas yang seolah-olah mahu menunjukkan perebutan kuasa politik, ketamakan dan kotornya peperangan sesama umat Islam sendiri.
Tujuan media Barat memaparkan isu itu supaya umat Islam yang melihat daripada kaca televisyen berputus asa terhadap masa depan Palestin dan tidak mahu lagi campur tangan kerana letih melihat pertumpahan darah sesama Muslim yang mencalarkan imej perjuangan mereka. Padahal, isu perebutan kuasa di Gaza sebenarnya sudah selesai dengan keputusan pilihan raya yang dimenangi Hamas. Yang membangkitkan peperangan lagi adalah Israel dan sekutu kuatnya Amerika yang mahu Fatah memerintah supaya terjadi konflik berlanjutan. Sengketa Fatah dan Hamas adalah tipu daya dan rancangan busuk Israel serta sekutunya untuk menciptakan ketidakstabilan politik dalam Palestin. Juga, menipu dunia Islam supaya mereka mempersoalkan keikhlasan pejuang Palestin itu. Akhirnya, umat Islam seluruh dunia melupakan Palestin. Jika seorang Muslim yang mengikuti dari jauh kisah perjuangan Palestin sudah rasa bosan, tidak terdetik hati untuk berniat memberi sokongan dan pertolongan, maka dikhuatiri keadaan itu akan mencabut keimanan dalam hatinya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW juga menyuruh umatnya untuk sentiasa berada dalam keadaan membela saudara muslimnya dengan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Tidak ada seorang Muslim yang membiarkan saudara muslimnya ketika maruahnya dicerobohi dan kehormatannya dicela melainkan Allah SWT akan membiarkannya (tidak menolong) ketika dia memerlukan pertolongan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud)
Kelemahan umat Islam dalam menyampaikan maklumat sahih mengenai isu Palestin dimanfaatkan Zionis yang mampu memutarbelitkan fakta dalam berita yang mereka sebar luaskan melalui media masa. Mereka menyatakan tanah Palestin adalah milik nenek moyang mereka, sedangkan jika diteliti, sejarah dunia sudah mencatatkan pembohongan mereka itu.
Asal bangsa Palestin dikenali sebagai bangsa Kan’an dan keturunannya sudah mendiami tanah itu sejak 1500 tahun sebelum bani Israel menetap di sana. Islam pula datang dan memerdekakan Palestin daripada cengkaman penjajahan dan berkuasa selama 1200 tahun. Sejarah tamadun Islam merekodkan pembebasan Palestin daripada cengkaman Rom pada zaman Umar bin al-Khattab. Islam memberi kedamaian selama 500 tahun di mana Kristian dan Yahudi dilindungi status kerakyatan mereka sebagai kafir Zimmi yang diberi hak sebagai warga negara. Berdasarkan fakta penyelidikan seorang ahli akademik Yahudi sendiri bernama Arthur Koestler, lebih daripada 80 peratus Yahudi hari ini langsung tidak mempunyai kaitan sejarah dengan Palestin. Majoriti Yahudi sekarang sebenarnya berketurunan Yahudi Khazar iaitu puak Tartar-Turki kuno yang asalnya bukanlah Yahudi. Mereka mendiami bahagian utara Kaukaz (kawasan bekas Soviet) yang sudah memeluk agama Yahudi pada kurun ke-8 Masihi, mereka sepatutnya pulang ke selatan Russia bukannya Palestin. Jadi, mengapa Zionis amat berminat dengan bumi Palestin? Zionis Antarabangsa sudah merangka dengan teliti tanah jajahan yang paling strategik dan berharga dengan menciptakan negara Yahudi. Suatu ketika mereka pernah merancang memilih Uganda sebagai jajahannya tetapi di situ tidak ada nilai sentimental seperti di Baitulmaqdis yang menyimpan sejarah Bani Israel bertapak suatu ketika dulu. Mereka juga beriman bahawa di Al-Quds akan muncul Messiah (penyelamat) dan akan mengasaskan kerajaan Yahudi yang besar seperti yang dibina oleh Sulaiman, menurut dakwaan dongeng mereka. Sikap umat Islam terhadap penjajahan Israel ke atas Palestin tidak akan berubah sehingga hari kiamat. Kita wajib menentang sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan ke atas kaum Muslimin.
Ulama sedunia sudah memfatwakan haram mengakui kedaulatan Israel di bumi Palestin yang terjajah. Pada 1947, fatwa Al-Azhar menyatakan haram membahagikan tanah antara Arab dan Yahudi di Palestin dan haram mengiktiraf kewujudan negara Israel di Palestin. Pada 1956 fatwa Syaikhul Azhar dan Mufti Mesir ketika itu, al-Imam al-Akbar al-Syaikh Hassan Makmum menyatakan menjadi fardu ain ke atas Muslimin semua untuk membebaskan bumi Palestin kerana Islam tidak mengenal persempadanan antara negara. Perdamaian dengan Israel untuk merelakan mereka menindas dan membunuh kaum muslimin, perdamaian sebegini adalah haram.
Fatwa Syaikhul Azhar terkini, Syaikh Muhammad Tantawi, ulama ulung sedunia, al-Syaikh Yusuf al-Qaradawi, Mufti Mesir Syaikh Nasr Farid Wasil pula menyatakan aksi serangan berani mati ke atas Yahudi penjajah adalah satu aksi jihad dan pelakunya adalah mati syahid. Antara tindakan minimum yang wajib dilakukan umat Islam di seluruh dunia adalah memboikot barangan Israel dan sekutu. Mereka juga haram menjalankan hubungan dagang dan memberi apa-apa bekalan musuh, termasuk memboikot Amerika yang juga sekutu utama Israel. Dr
Yusuf Al-Qaradawi menyatakan: “Satu riyal yang digunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera Zionis untuk membunuh anak kecil di Palestin.” Inilah jihad minimum yang wajib dilakukan. Apakah fatwa itu mampu menggerakkan umat Islam untuk menyokong perjuangan Palestin? Setiap kali kita membaca surah al-Isra dan mengingati peristiwa Israk dan Mikraj, muncul satu pertanyaan mengenai pembabitan kita dalam isu Baitulmaqdis, adakah cukup sokongan yang diberi untuk melayakkan kita sebaris dengan mereka yang berjihad di sana? Terdetik ketakutan atas kelalaian, memandangkan Palestin adalah tanah air kita juga kerana Rasulullah SAW sudah memberi amaran dalam hadis Baginda yang bermaksud: “Barang siapa yang tidak peduli akan nasib saudara muslimnya maka dia bukan daripada golongan mereka.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Palestin adalah sejarah kita, perjuangan dan impian umat Islam seluruh dunia. Sudahkah kita memastikan generasi selepas kita nanti masih menjaga nilai sejarah dan kedaulatan Islam di sana? Atau anak kita akan menjadi pemuda-pemudi yang buta maklumat mengenainya? Bahkan akan melupakan cita-cita tertinggi dalam kehidupan seorang Muslim iaitu berjihad di jalan Allah SWT. Apabila sudah terhakis semangat menegakkan agama Allah SWT dalam diri generasi Islam, tidak mustahil mereka akan mengikut jejak tali barut kuffar memerangi umat Islam sendiri. Tidak peduli dengan agama, mencampakkan al-Quran dari dada mereka dan mengejek kemuliaan hadis Rasulullah SAW kerana terlalu taksub dengan kitab dari Amerika, Eropah dan bangsa lain. Dan menjadi kewajipan umat Islam untuk menyokong Palestin dengan harta, jiwa, ilmu dan kepakaran yang diperlukan bagi sebuah negara Islam merdeka. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak ragu-ragu berjihad dengan harta dan nyawa mereka. Mereka itulah golongan mukmin yang benar.” (Surah al-Hujurat, ayat 15) .
Subscribe to:
Posts (Atom)