Friday, May 9, 2008

Kes Murtad Fatimah

Oleh: Zain-ys

Bila berita mengenainya disiarkan semalam, ramai yang terpinga-pinga. Di dalam Berita Harian menyiarkan berita bertajuk: Mahkamah benar Siti Fatimah isytihar keluar Islam

Benarkan isytihar murtad? Apakah semua ini? Sama seperti kes Lina Joy?

Di akhbar-akhbar mahupun melalui berita TV, kelihatan Siti Fatimah Tan bersama peguamnya. Seorang Melayu. Sudah tentu Islam.

Seorang Melayu Islam menjadi peguam Siti Fatimah Tan yang mahu isytihar murtad?

Tambah bingung lagi. Apakah semua ini?

Ramai yang mengenali peguam Siti Fatimah Tan. Beliau ialah Ustaz Ahmad Jailani. Saya juga mengenalinya. Beliau juga mengenali saya.

Banyak sudah tersiar samada di laman web mahupun di blog komen-komen yang tidak senang dengan apa yang berlaku. Sebahagiannya menjadikan Ustaz Ahmad Jailani sebagai sasaran kecaman.

Tadi, ada khutbah Jumaat di salah sebuah masjid di Pulau Pinang mengulas tentang isu ini. Ustaz Ahmad Jailani sekali lagi menjadi sasarannya. Pelbagai tuduhan itu dan ini dilemparkan.

Sebelum Jumaat, Piyan menelefon saya. Diajaknya saya untuk bersemuka sendiri dengan Ustaz Ahmad Jailani. Bertanya sendiri apa sebenarnya.

Saya kata OK!

Pukul 5.00 petang kami bertemu dengan beliau di pejabatnya. Kredit kepada Piyan atas usahanya hingga berjaya mewancara beliau. Membongkar apa di sebalik isu ini.

Segala-galanya kekusutan terungkai. Segala yang tersembunyi terbongkar. Itulah faedah bertanya kepada yang empunya diri. Bukan berdasarkan andaian itu dan ini.

1/2




2/2





No comments: