Wednesday, May 21, 2008

BAGAIMANAKAH boleh untuk bersatu dengan SYIAH





SYIAH - PAS wajib membendungnya

PAS Parti Islam Semalaysia Khususnya PIMPINAN ATASAN wajib membendung ajaran Syiah dari mencemar Parti itu. Mazhab Syiah IMAM 12 telah pun difatwakan ajaran sesat oleh Para Ulamak Ahli Sunnah. Di Negara kita juga Syiah telah diwartakan sesat...

al-ahkam.net:

Seminar Isu Antarabangsa: Bantahan Pendudukan 60 Tahun Israel Di Bumi Palestin. Cukup cantik nama yang diberikan.


Syiah Imamiyah yang sesat itu telah memperalat pentas PAS sebagai medan untuk menyebarkan fahaman Syiah mereka. Mereka cuba menanamkan kepada peserta perasaan bencikan para sahabatnya yang diredhai Allah s.w.t.


Petikan Soaljawab antara peserta dan Zaini (Syiah) di seminar berkenaan.

1. Video 1: Petikan Zaini dan jawapannya:




2. Video 2: Petikan penuh jawapan Zaini terhadap soalan yang diajukan




Saturday, May 17, 2008

Sunday, May 11, 2008

Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhailiy- Ahbash sesat lagi menyesatkan



Kelihatan disebelah Syeikh Wahbah ialah Syeikh Nuruddin Itr, kitabnya "Manhaju al-Naqd" digunakan di universiti-universiti di Malaysia di dalam subjek Mustolah Hadis.

Saturday, May 10, 2008

keputusan mahkamah tepat


KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan keputusan yang diambil Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam adalah tepat.

Beliau berkata begitu berikutan tiada peruntukan hukum murtad dalam konteks Malaysia (penguatkuasaan menyeluruh), tetapi pada masa sama menegaskan keadaan itu tidak menggalakkan murtad oleh mana-mana pihak.

“Saya puji tindakan peguam Ahmad Jailani Abd Ghani dan Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim kerana berani mengendalikan kes sebegini yang pertama kali seumpamanya di Malaysia.

“Akidah Fatimah atau nama sebenarnya Tan Ean Huang, 39, yang tidak mengamalkan ajaran Islam sejak awal lagi sudah murtad, walaupun sebelum mendapat pengiktirafan mahkamah,” katanya, ketika dihubungi, di sini, semalam.

Kelmarin, Hakim Othman memerintahkan supaya Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) membatalkan sijil pendaftaran memeluk Islam wanita itu dan memutuskan plaintif bukan lagi seorang Islam menurut Seksyen 61(3)b(x) Enakmen Aturcara Mal Mahkamah Syariah Pulau Pinang 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi juga dilaporkan berkata, rakyat perlu menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang membenarkan permohonan Fatimah mengisytiharkan dirinya bukan seorang Islam selepas tidak mengamalkan ajarannya sejak memeluk Islam pada 1999.

sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20080510112546/Article

Friday, May 9, 2008

Kes Murtad Fatimah

Oleh: Zain-ys

Bila berita mengenainya disiarkan semalam, ramai yang terpinga-pinga. Di dalam Berita Harian menyiarkan berita bertajuk: Mahkamah benar Siti Fatimah isytihar keluar Islam

Benarkan isytihar murtad? Apakah semua ini? Sama seperti kes Lina Joy?

Di akhbar-akhbar mahupun melalui berita TV, kelihatan Siti Fatimah Tan bersama peguamnya. Seorang Melayu. Sudah tentu Islam.

Seorang Melayu Islam menjadi peguam Siti Fatimah Tan yang mahu isytihar murtad?

Tambah bingung lagi. Apakah semua ini?

Ramai yang mengenali peguam Siti Fatimah Tan. Beliau ialah Ustaz Ahmad Jailani. Saya juga mengenalinya. Beliau juga mengenali saya.

Banyak sudah tersiar samada di laman web mahupun di blog komen-komen yang tidak senang dengan apa yang berlaku. Sebahagiannya menjadikan Ustaz Ahmad Jailani sebagai sasaran kecaman.

Tadi, ada khutbah Jumaat di salah sebuah masjid di Pulau Pinang mengulas tentang isu ini. Ustaz Ahmad Jailani sekali lagi menjadi sasarannya. Pelbagai tuduhan itu dan ini dilemparkan.

Sebelum Jumaat, Piyan menelefon saya. Diajaknya saya untuk bersemuka sendiri dengan Ustaz Ahmad Jailani. Bertanya sendiri apa sebenarnya.

Saya kata OK!

Pukul 5.00 petang kami bertemu dengan beliau di pejabatnya. Kredit kepada Piyan atas usahanya hingga berjaya mewancara beliau. Membongkar apa di sebalik isu ini.

Segala-galanya kekusutan terungkai. Segala yang tersembunyi terbongkar. Itulah faedah bertanya kepada yang empunya diri. Bukan berdasarkan andaian itu dan ini.

1/2




2/2





Monday, May 5, 2008

Akibat nafsu Aqidah digadaikan - Percaya tilikan BOMOH

Laporan metro muka depan hari ini selasa 6 Mei 2008 yang bertajuk Lelaki dibelasah 4 abang ipar sendiri- mangsa tilik bomoh. Kejadian ini berlaku di KUANTAN PAHANG

“Akibat percaya tilikan bomoh, 4 beradik membelasah adik ipar mereka kerana mengesyaki mangsa mencuri wang hantaran dan barang kemas seorang anggota keluarga yang bakal berkahwin tidak lama lagi”

Saya amat terkilan dan berasa marah membaca laporan ini. dan saya rasa tidak keterlaluan kalau saya gunakan perkataan AMAT BODOHnya si pelaku perbuatan ini…Marah ini bukan kerana nafsu, tetapi marah ini kerana anda telah berlaku zalim kepada diri anda sendiri dengan membelakangkan Aqidah Tauhid anda.

Metro menyatakan “Ini kes kedua berturut-turut membabitkan orang awam membelakangi undang-undang dengan membelasah orang yang disyaki tanpa usul periksa”

Saya katakan membelakangi undang-undang yang disebutkan tidaklah lebih besar daripada membelakangi perintah ALLAH dan Rasul-NYA. Membelakangi undang-undang Negara anda akan dihukum denda atau penjara tetapi membelakangi undang-undang ALLAH anda akan rugi di akhirat dan buruk tempat kembalinya..

Dimanakah Anda meletakkan Aqidah anda? Walaupun telah sering disebut dan diterangkan oleh ustaz-ustaz yang ada di Malaysia ini tetapi lihatlah masih berlaku lagi perkara-perkara yang merosakkan aqidah masyarakat kita. Mengapa ini berlaku? bukan kerana mereka tidak pernah mendengarnya, bukan kerana ustaz-ustaz tidak menerangkannya, tetapi kerana mendahulukan nafsu dari Syariat

ALLAH s.w.t. berfirman di dalam al-Hujurat: 1

يأيُّهَا الذِينَ آمنُوا لا تُقَدِّموا بينَ يَدَيِ اللهِ وَرَسُولِه وَاتَقُوا اللهَ إن اللهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu mendahului kata-katamu daripada Allah dan Rasul-Nya. Takutlah kamu kepada Allah, kerana Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Lihatlah keadaan masyarakat kita yang masih rendah pemahaman aqidahnya, atau sebenarnya mereka itu percaya bahawa tindakan sedemikian akan merosakkan aqidah tetapi apabila bertuhankan hawa nafsu mereka masih berani membelakangkan ALLAH Jalla wa ‘Ala.

Ada setengah orang menyatakan “ustaz tu tak de tajuk lain ke, balik-balik tauhid rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma’ was Sifat”

Saya menegaskan bahawa selagi nyawa dikandung badan kita akan bercakap dan mengulang-ulang perkara yang bersangkutan dengan Aqidah ini

العقيدة أولاً ودائماً وأبداً

Aqidah itu yang pertama, sentiasa dan selama-lamanya

Telah berjayalah sang syaitan untuk menimbulkan permusuhan sesama islam, ALLAH telah menyatakan di dalam al-Quran

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلاةِ

Maksudnya: Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran daripada arak dan judi, dan menghalangi kamu dari mengingat ALLAH dan solat

Begitulah juga yang dilakukan syaitan melalui bomoh. Kemungkinan sudah ada sebelumnya rasa tidak puas hati kepada seseorang, apabila berjumpa si bomoh Qatalahumullah, bomoh pula menyatakan dengan ayat yang masyhurnya seperti “sebenarnya orang yang melakukan benda ini ialah dikalangan ahli keluarga kamu sendiri” apabila bomoh dah kata begitu maka orang yang jumpa bomoh itu tadi mula mengesyaki salah seorang ahli keluarganya yang sebelum ini memang sudah ada masalah dengannya…maka tanpa usul periksa dan percayakan si bomoh yang karut itu maka berlakulah pergaduhan sehingga ke tahap berbunuhan sesama keluarga…nauzubillah min zalik


عن عَائِشَةُ-رضي الله عنها- سَأَلَ أُنَاسٌ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْكُهَّانِ فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسُوا بِشَيْءٍ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَإِنَّهُمْ يُحَدِّثُونَ أَحْيَانًا بِالشَّيْءِ يَكُونُ حَقًّا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تِلْكَ الْكَلِمَةُ مِنْ الْحَقِّ يَخْطَفُهَا الْجِنِّيُّ فَيَقُرُّهَا فِي أُذُنِ وَلِيِّهِ فَيَخْلِطُونَ معهَا مِائَةِ كَذْبَةٍ

Daripada Aisyah r.ha, dia berkata: Orang-orang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang para dukun atau bomoh, maka baginda menjawab: mereka itu tidak berguna sedikitpun,. Mereka berkata: Wahai Rasulullah kadang-kadang mereka berbicara tentang sesuatu dan ternyata benar-benar terjadi. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: kebenaran itu ialah suatu yang dicuri oleh satu jin, lalu ia lontarkan pada telinga kekasihnya (di kalangan manusia) dan mereka mencampur-adukkan dengan seratus pembohongan. (al-Bukhari dan Muslim)


عَنْ صَفِيَّةَ عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ يوماً. رواه مسلم

Daripada Sofiyyah daripada sebahagian isteri-isteri Nabi s.a.w. bahawa baginda bersbada: Sesiapa yang datang kepada peramal/tukang tilik lalu dia bertanya sesuatu kepadanya dan mempercayainya maka tidak akan diterima solatnya selama 40 hari

Cukuplah hanya mendengar 2 hadis ini, kita boleh memahami bahawa perbuatan bertemu dengan bomoh bertanya dan membenarkan apa yang dikata sesungguhnya ia boleh menjadi masalah kepada amalan Agama harian anda, di dalam hadis yang lain dinyatakan sekiranya anda membenarkannya sesungguhnya telah KAFIR..

Bertaubatlah kepada ALLAH s.w.t. tidakkah terfikir tindakan anda itu memecahbelahkan hubungan kekeluargaan di tambah pula hubungan sesama islam?

Wahai saudara-saudaraku FAHAMILAH AQIDAH MU…

Fikir-fikirkanlah

Apakah yang dimaksudkan Simbol berkenaan



Apakah yang dimaksudkan dengan simbol ini yang sering dibuat oleh artis ini???

Adakah ianya simbol rock atau simbol Setan??

Iluminati?

Begitulah keadaan anak muda kita, muslim....hanya meniru tanpa mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan simbol berkenaan...




http://www.jesus-is-savior.com/False%20Religions/Wicca%20&%20Witchcraft/signs_of_satan.htm



قال الله تعالى: وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

وفي الحديث
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَن

البخاري ومسلم




ْ

Saturday, May 3, 2008

Friday, May 2, 2008

KHUTBAH JUMAAT MUFTI PERLIS- 2 Mei 2008

KANGAR, 2 Mei (Hrkh)- Jika sebuah pemerintahan negara itu boleh diubah dengan perasaan dan kemarahan rakyat, mengapa tidak sebuah program hiburan yang tidak berprinsip juga diubah dengan kuasa rakyat, demikian intipati khutbah Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.

Katanya, artis membawa budaya yang melampau, bercanggah serta merosakkan bangsa dan budaya Melayu, juga sering mengakibatkan penonton-penonton menjerit-jerit seperti dalam zoo adalah bertentangan dengan agama.

Semasa berkhutbah di Masjid Alwi dekat sini tengahari tadi, Asri menyentuh tentang program Jom Heboh di Perlis yang sibuk diperkatakan apatah lagi beliau sendiri menyatakan bantahan sekiranya program tersebut melanggar peraturan yang ditetapkan.

"Islam bukanlah agama yang mengongkok sehingga menyusahkan manusia untuk hidup atau mengharamkan semua perkara untuk manusia. Demikian juga berhubung dengan hiburan. Islam tidak menghalang hiburan, tapi meletakkan batas dan mesti mengikut peraturan serta mempunyai garis panduan yang jelas.

"Festival Jom Heboh ini telah dibantah oleh beberapa buah negeri akibat pelbagai kontroversi yang timbul, sehingga ianya melangkah jauh beberapa negeri dan ia hinggap ke negeri ini. Kita bukan anti hiburan dengan mengatakan golongan muda, remaja hatta yang tuapun tak boleh berhibur, tapi mesti berperaturan.

"Kereta kita sendiri, harta sendiri yang dibeli dengan wang sendiri tapi apabila digunakan di jalanraya mestilah mengikut peraturan," katanya memberikan perumpamaan.

Katanya, setiap perkara mesti ada peraturannya dan Islam tidak pernah mengenal istilah hiburan tanpa batas atau hiburan tanpa had.

"Semua semua perkara ada 'rights and limits', ada hak dan hadnya maka apabila ia datang mestilah mengikut peraturan. Kita terkejut bila diiklankan ada artis yang dikenali bermasalah akan datang. Kita menegur bukan kerana beliau membuka baju tapi gelagatnya yangg berterusan. Kita mahu ada misi ada kejelasan.

"Kita tak mau apabila orang melihat hiburan bagikan pergi ke zoo, dengan melompat-lompat dan menjerit-jerit tanpa batasan dan tak tahu identiti.

Tapi dalam masa yang sama kita bercakap tentang memajukan Islam, memajukan umat Islam, mahukan minda kelas pertama tapi dalam masa yg sama kita menyogokkan kepada remaja dengan hiburan yang memperbodohkan mereka, dengan hiburan yang tidak membangunkan minda mereka," tegasnya.

Asri juga melihat betapa buruknya apabila hiburan yang dicontohi dari barat dibawa ke dalam minda anak-anak muda di negara ini.

"Artis di Barat menjerit-jerit dan melompat-lompat, jeritan dan lompatan itu menghasil wang yang banyak untuk menyara mereka dan jadikan manusia seperti kita menjadi pengikut, maka kita menjadi hamba kepada media.

"Tetapi jeritan artis dan remaja kita hanya yang didengar ialah tentang isu, cerita keruntuhan moral, penyalahgunaan dadah dan seumpamanya.

"Kita bercakap tentang kemajuan, adakah remaja kita tidak maju kerana tidak tahu melompat atau menjerit? Maka kita tak dapat menerima artis rock di negeri ini, hiburan kita berperaturan kita tak dapat terima unsur khurafat, campur gaul yang melampaui batasan, pendedahan tubuh dan tidak menghormati sensitiviti orang Islam dengan tidak dapat membezakan waktu solat. Sebelum ini kedengaran muzik dan bunyi-bunyian mengatasi suara azan. Kita telah banyak dicandukan dengan hiburan seperti ini setiap kali ada pesta hiburan yang meruntuhkan moral anak-anak kita," ujarnya.

Selain itu, beliau turut menyentuh tentang pembabitan anak-anak orang Melayu/Islam yang ramai setiap kali berlangsungnya pesta hiburan.

"Anak siapakah yang pergi ke hiburan itu? Kebanyakannya anak orang-orang Melayu yang mengaku Islam. Tapi apabila ada pesta buku, pesta ilmu atau pertandingan yang membangun minda yang kering-kontang adalah anak-anak orang Melayu yang mengaku Islam.
"Keruntuhan moral, keciciran dalam pelajaran dan pelbagai-bagai lagi disebut sedangkan negara ini semakin hari semakin dikutip dan direbut oleh orang lain. Alangkah buruk dan bodohnya generasi ini jika mereka terus dibiarkan tenggelam dalam hal yang sedemikian.
"Kita bukan ekstrimis agama atau anti hiburan tapi kita mahu melihat generasi ini maju ke hadapan dan demikian tanggungjawab kepimpinan orang Islam mestilah berfikir untuk memajukan umat mereka," serunya.

Asri turut menyeru ibu-bapa supaya mengambil tanggungjawab memastikan anak-anak agar tidak terbabit dalam Festival Jom Heboh di Perlis sekiranya ianya gagal mengikuti peraturan yang ditetapkan.

"Jika tidak menurut peraturan, ibu bapa mesti memastikan anak-anak mereka tidak terlibat sama. Allah Taala mengingatkan 'Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka'.

"Jika mematuhi aturan, bolehlah pergi melawat pameran atau hiburan yang tidak melampau. Tapi jika tidak patuh, kitalah ibu bapa yang bertanggungjawab memastikan unsur-unsur ini tidak meyusup masuk ke jiwa anak-anak.

"Jangan fikir kita sebagai ibu bapa siapalah kita untuk menghalang suatu program yang besar, tetapi hendaklah fikir kitalah yang bertanggungjawab dan memikul amanah.

"Jika pilihanraya yang membabitkan mengubah pemerintahan negara boleh dibubah dengan perasaan dan kemarahan rakyat apabila setiap orang merubahnya, demikianlah juga hiburan, apabila ianya tidak berprinsip, ianya boleh diubah dengan kuasa rakyat," katanya lagi.

sumber: harakahdaily

Thursday, May 1, 2008

MB positif dengan pandangan Mufti

Menteri Besar Perlis Datuk Dr Mohd Isa Sabu memandang positif terhadap pandangan Mufti Perlis SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkenaan Joom Heboh TV3. Demikian Bernama melaporkan semalam .

Menurut laporan berkenaan; Dr Mohd Isa akan membangkitkan pandangan mufti semasa perbincangan dengan pihak TV3 nanti.

Dr Mohd Isa mengatakan bahawa pandangan mufti itu akan dijadikan garis panduan, bukan sekadar untuk Jom Heboh TV3 tetapi untuk acara-acara hiburan pada masa akan datang di negeri Perlis.

Petikan Bernama :

Pandangan Mufti Mengenai Program Jom Heboh Perlu Diberi Perhatian

KANGAR, 1 Mei (Bernama) -- Pandangan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengenai program Jom Heboh perlu dilihat secara positif, kata Menteri Besar Perlis Datuk Dr Md Isa Sabu.

Beliau berkata mufti berkenaan telah bertemu beliau semalam untuk memberi pandangannya mengenai program tersebut yang diwar-war akan diadakan di Perlis selama dua hari pada hujung minggu ini di Stadium Utama.

"Pandangan mufti akan dibangkitkan pada mesyuarat bersama TV3 selaku penganjur program itu di sini esok," katanya.

Antara pandangan Dr Mohd Asri ialah program itu perlu dihentikan seketika ketika masuk waktu untuk bersembahyang serta tidak menampilkan artis yang tidak boleh menjadi contoh kepada orang ramai.

Semalam mufti tersebut turut memberi contoh nama penyanyi yang disifatkan sebagai tidak berdisiplin dan tidak patut mengambil bahagian dalam program hiburan berkenaan.

Dr Md Isa berkata pandangan Mufti Perlis itu akan menjadi garis panduan kepada program hiburan yang bakal diadakan di Perlis di masa depan.

"Pandangan mufti perlu diambil kira kerana program Jom Heboh itu juga terletak tidak jauh dari Masjid Putra dan Masjid Behor Empiang," katanya.

JOM HEBOH

Al-Allamah Syeikh Muhammad Soleh al-Utsaimin r.h.

Aqidah