Inilah golongan yang disifatkan oleh Nabi s.a.w.
“Akan datang ke atas umatku di akhir zaman tahun-tahun yang menipu, di mana seorang pendusta dikatakan benar, orang yang benar dikatakan penipu, pengkhianat dianggap amanah, orang yang amanah dianggap khianat. Tatkala itu akan berkata-kata golongan Ruwaibidoh. Ditanya kepada Nabi r siapakah Ruwaibidoh, Nabi s.a.w. bersabda: Seorang yang lekeh bercakap dalam perkara yang besar atau agama.
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
إن من أشراط الساعة ثلاثاً: إحداهُنَّ : أن يُلْتَمَسَ العلم عند الأصاغير...
Inilah kelompok manusia yang sedang kita hadapi sekarang ini, mereka yang tidak diketahui latar belakang agamanya yang berlagak pandai menimbulkan perkara-perkara yang mengundang ke arah meruntuhkan aqidah umat Islam kini.
Mereka ini puak-puak melayu yang terpengaruh dengan golongan Takfir di Lubnan iaitu AHBASH yang dikepalai oleh Abdullah al-HARARI yang disifatkan oleh mereka konon-kononnya MUHADDITH..
Golongan ini telah mengkafirkan para Ulamak Islam, seperti Ibn Taimiyyah, Muhammad bin Abdul Wahab, dan dikalangan Ulamak semasa seperti Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Booti, dan ramai lagi.......kini di Malaysia fikrah TAKFIR ini dipelopori oleh pemilik-pemilik blog ini. Sebahagiannya merupakan Pelajar (undergraduate) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ini amat memalukan dan mencemarkan nama baik UIAM sebagai institusi Ilmu di Malaysiatidakkah mereka mendengar sabda Nabi s.a.w. memperingatkan:
“Siapa saja yang mengatakan kepada saudaranya : wahai kafir, maka akan kembali tuduhan tersebut pada salah satu dari keduanya. Apabila ia memang kafir, maka apa yang dikatakannya benar, namun apabila tidak kafir, maka tuduhan itu akan kembali kepada dirinya sendiri.” (Muttafaq ‘alaihi dari Ibnu ‘Umar).
Nabi s.a.w. bersabda lagi:Nabi bersabda lagi:
Bukanlah Mukmin itu orang yang suka mencaci maki , suka melaknat, dan bukan pula yang suka berbuat keji serta mereka yang kotor mulutnya...Riwayat al-Tirmizi dan beliau menghukumkan hasan.
yang menyebabkan kita amat sedih mereka ini mekafirkan, mencela, melaknat ulamak-ulamak Islam yang mereka ini telah pun meninggal dunia....
Nabi mengingatkan di dalam hadisnya dari Ummul Mukminin Aisyah:
-al-Bukhari
Sedangkan Allah memerintahkan untuk kita memohon keampuanan untuk mereka yang telah meninggalkan kita lebih dahului... Marilah kita sama-sama muhasabah diri dan menjauhi sifat-sifat yang tercela ini, dimanakah kesan taqwa di bulan Ramadhan yang baru sahaja meninggalkan kita...
1 comment:
Assalamualaikum w.b.t akhi,
boleh tak ana copy n paste apa anta tulis ni letak kat blog ana?.
;)
Post a Comment