Sunday, July 20, 2008

Penilaian Ilmiyyah terhadap kitab Majmuk Syarif

-Abu Syu'aib

Secara umumnya boleh dikatakan hampir keseluruhan masjid atau surau perhentian di lebuhraya terdapat sebuah buku kecil yang dinamakan sebagai “Majmuk syarif” sama ada ianya dibeli sendiri oleh pihak pengurusan masjid ataupun ianya diwakafkan oleh individu-individu tertentu kepada pihak masjid. Buku ini tersebar dan mudah untuk diperolehi kerana dimana-mana sahaja terdapat mereka yang menjualnya.

Buku yang tidak mempunyai nama pengarang ini menghimpunkan di dalamnya sebahagian surah-surah daripada al-Quran serta fadhilat-fadhilatnya, doa-doa dan zikir-zikir yang dijadikan amalan oleh sebahagian masyarakat. Dukacitanya hampir kesemua doa, zikir dan fadhilat-fadhlatnya yang terkandung di dalam buku ini tidak sahih dari Nabi s.a.w. bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan ianya hanya rekaan manusia yang tidak mempunyai asal di dalam agama.

hukum berdusta menggunakan Nama baginda s.a.w.

Berdusta ke atas nama Rasulullah s.a.w. merupakan dosa yang besar dan diberi ancaman kepada si pelakunya dengan neraka. Hadis-hadis di dalam persoalan ini telah disebut oleh ulamak hadis sebagai hadis yang mutawatir.

Abu Hurairah r.a berkata . Nabi s.a.w. bersabda

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ.

Sesiapa yang berdusta ke atas namaku dengan sengaja maka siap tempat duduknya di dalam neraka.
(al-Bukhari dan Muslim)

Daripada al-Mughirah dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

Sesungguhnya berdusta ke atas namaku bukanlah seperti berdusta kepada seseorang, sesiapa yang berdusta ke atas namaku dengan sengaja maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka.
(al-Bukhari dan Muslim)

Berbohong ke atas Rasulullah s.a.w. ialah menyandarkan sesuatu perkara kepada Rasulullah sedangkan baginda tidak menyebutnya. Imam al-Nawawi menyebut berdusta itu ialah memberitahu tentang sesuatu yang bercanggah dengan perkara tersebut sama ada sengaja atau kerana kelalaian.

Hadis-hadis ini memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang mereka-reka dan membuat hadis palsu lalu disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. sedang Rasulullah tidak menyatakannya maka tempatnya adalah di neraka. Maka haram dan berdosa besar hukumnya kepada mereka yang melakukan perkara ini.

Ciri-ciri hadis palsu

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menyatakan di dalam al-Quran bahawasanya Dialah yang akan menjaga agama ini. Apabila Allah menjaga agama ini dengan memelihara al-Quran dari sebarang penyelewengan secara tidak langsung Allah juga menjaga sunnah Rasul-Nya Muhammad s.a.w. melalui perintahnya untuk mentaati Rasul-Nya. Nabi Muhammad s.a.w. turut memberikan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh ummatnya iaitu hendaklah memegang teguh kepada sunnahnya.
Maka Allah telah menganugerahkan kepada ummat ini dengan para ulamak yang ikhlas mempertahankan agama-Nya ini, menjelaskan kepada ummat tentang hadis-hadis baginda serta mengasingkan antara yang sahih boleh beramal dan yang dhoif (lemah dan Maudu’ (palsu) yang sama sekali tidak boleh beramal dengannya. Demikian agama Allah ini dijaga dan dipelihara dari sebarang unsur yang boleh merosak serta memesongkan agama ini dari jalan yang lurus.

Oleh itu para ulamak hadis telah meletakkan kaedah-kaedah yang penting bagi mengetahui ciri-ciri sesuatu hadis itu sama ada ianya palsu atau tidak. Antaranya:

1. Sekiranya sesebuah hadis itu bertentangan dengan al-Quran, kerana al-Quran dan sunnah nabawiyyah sumbernya hanya satu iaitu kedua-duanya wahyu daripada Allah.

2. Sesebuah hadis yang bertentangan dengan sunnah mutawatir yang sahih, kerana sunnah bersumberkan dari Rasulullah  dan Rasulullah  tidak bercakap menurut hawa nafsunya bahkan ianya wahyu yang duwahyukan kepadanya.

3. Hadis-hadis yang mengandungi unsur-unsur yang berlebih-lebihan (mujazafah) yang tidak pernah nabi mengucapkan seperti yang demikian. Antaranya melampau-lampau dalam menyatakan ancaman atau sesuatu ganjaran yang besar hanya kerana perbuatan atau amalan yang ringan. Hadis seperti ini banyak diriwayatkan oleh para (qussas) penceramah atau (zuhhad) orang-orang yang zuhud dan seumpamanya.

Contoh perkara-perkara yang telah disebutkan di atas ini terkandung di dalam buku yang sedang dibincangkan ini iaitu majmuk syarif.

Fadhilat sesuatu amalan ditentukan oleh dalil

Fadhilat atau kelebihan sesuatu amalan itu mesti datangnya dari perkhabaran al-Quran atau sunnah Nabi s.a.w. Ini disebabkan fadhilat itu adalah suatu benda yang ghaib yang tidak ada jalan lain untuk mengetahuinya melainkan melalui perkhabaran wahyu. Penentuan sesuatu fadhilat tertentu kepada amalan yang tertentu itu datangnya dari Allah s.w.t. Maka seseorang tidak boleh mendakwa sesuatu amalan itu ada fadhilat tertentu tanpa membawakan dalil daripada Al-Quran atau sunnah yang sahih.

Kandungan Majmuk Syarif

Antara isi kandungan buku majmuk syarif ini ialah:-

Fadhilat surah

Kandungan yang terkandung di dalam buku majmuk syarif ini ialah pertamanya dibawakan beberapa surah dari al-Quran iaitu surah Yasin, al-Kahfi, al-Sajdah, al-Fath, al-Rahman, al-Waqi’ah, al-Mulk, Nuh, al-Muzammil dan al-Naba’. Tiga daripada surah-surah ini dinyatakan fadhilat-fadhilatnya iaitu Yasin, al-Kahfi dan al-Sajdah. Tetapi malangnya riwayat-riwayat yang dinyatakan merupakan riwayat yang palsu dan riwayat yang tidak ada asalnya.

Kaifiyyat doa nisfu sya’ban

Dinyatakan “Inilah kaifiyyat membaca doa nisfu sya’ban bahawa hendaklah sembahyang sunat kemudian daripada sembahyang maghrib 2 rakaat maka ayatnya yang pertama kemudian daripada fatihah ‘Qulya ayyuhal kafirun’ dan ayatnya yang kedua kemudian daripada fatihah ‘Qulhu wallahu ahad’ kemudian memberi salam maka membaca yasin 3 kali dengan niat yang pertama minta dipanjangkan umur kerana ibadat kepada Allah ta’ala dan niat yang kedua minta rezeki yang banyak serta halal kerana buat bekal ibadat kepada Allah ta’ala dan niat yang ketiga minta ditetapkan iman kemudian membaca doa ini: اللّهُم ياذا المنِّ ولا يُمَنُّ عَليكَ ياذاَ الجَلاَلِ والإكْرَامِ… s ehingga akhirnya (majmuk syarif, hal: 99-100)

Kaifiyyat seperti ini tidak ada dalam sunnah Nabi s.a.w. Para ulamak hadis telah meletakkan kaedah umum yang menyatakan semua hadis-hadis yang menyebutkan pensyariatan sembahyang malam nisfu sya’ban kesemuanya hadis-hadis yang batil.

Syeikh Muhammad al-Syaqiri al-Hawamidi berkata:

“Solat 6 rakaat pada malam nisfu sya’ban dengan niat menolak bala’ dan niat supaya dipanjangkan serta membaca yasin dan berdoa tidak syak lagi ianya merupakan perkara baru (bid’ah) dalam agama. Ianya juga bercanggah dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Orang yang mensyarahkan kitab Ihya’ berkata: Solat ini (6 rakaat malam nisfu sya’ban) masyhur di dalam kitab-kitab yang terkemudian yang datang daripada sufi dan aku tidak dapati solat ini juga doanya mempunyai sandaran yang sahih dalam sunnah. Tatapi ianya berasal dari amalan para masyaikh. Berkata Ashabuna: Sesungguhnya dibenci berkumpul untuk menghidupkan malam nisfu sya’ban sama ada di masjid atau selainnya. Al-Najmu al-Ghaithi ketika mengulas tentang menghidupkan malam nisfu sya’ban secara berjamaah beliau berkata: Bahawasanya perbuatan ini telah diingkari oleh para ulamak ahli Hijaz antaranya Atho’ dan Ibn Abi Mulaikah, juga para fuqahak Madinah serta Ashab Imam Malik dan mereka semua menyatakan ianya bid’ah. Tidak thabit dari Nabi s.a.w. dan juga para sahabat menghidupkannya secara berjamaah. Imam al-Nawawi berkata: Solat rejab dan sya’ban merupakan bid’ah yang mungkar lagi buruk”.(al-Sunan wal Mubtadaat hlm 128-129)

Syeikh al-Hawamidi berkata lagi:

“Adapun doa اللّهُم ياذا المنِّ ولا يُمَنُّ عَليكَ ياذاَ الجَلاَلِ والإكْرَامِ… sehingga akhirnya, telah diketahui melalui syarah kepada kitab Ihya’ bahawasanya ianya doa yang tidak ada asalnya. (al-Sunan wal Mubtadaat hlm 72)

Faedah istighfar rejab.

Di dalam Majmuk syarif halaman 101 menyatakan: Telah sabda Rasulullah s.a.w. kepada saidina Ali bin Abi Talib r.h. hai Ali suruh olehmu akan raja istighfar ini barangsiapa membaca istighfar ini atau ditaruh pada rumahnya atau pada mata bendanya atau menanggung akan dia sertanya, maka dikurniai Allah ta’ala akan dia pahala 80 ribu nabi, dan 80 ribu pahala siddiqin, dan 80 ribu malaikat, dan 80 ribu orang yang syahid, dan 80 ribu masjid dan barangsiapa yang membaca istighfar ini selama-lama hidupnya 4 kali atau3 kali atau 2 kali maka diampun Allah ta’ala baginya dosanya. Jikalau diwajibkan neraka sekalipun diampun Allah ta’ala jua. maka hendaklah dibaca akan dia pada tiap-tiap malam atau siang supaya dapatlah pahala yang tersebut itu. Dan sabda nabi s.a.w. barangsiapa membaca akan istighfar ini maka dibuat baginya 80 negeri di dalam syurga dan tiap-tiap negeri itu 80 mahligai dan pada tiap-tiap satu mahligai 80 buah rumah dan pada tiap-tiap buah rumah satu pemajangan dan pada tiap-tiap satu pemajangan itu 80 bantal dan pada tiap-tiap satu bantal itu 8 bidadari. kemudian dinyatakan istighfar tersebut.

Inilah antara contoh (mujazafah) berlebih-lebihan dalam menyatakan ganjaran yang sangat besar bagi sesuatu amalan yang ringan, dengan hanya membaca istighfar ini maka pengamalnya akan mendapat pahala 80 ribu nabi, malaikat dan sebagainya. Adalah mustahil bagi sesiapa sahaja yang beramal dengan amalan tertentu boleh mencapai darjat para nabi. Imam Ibnu al-Qayyim menyatakan: “Seolah-olah si pendusta yang keji ini tidak mengetahui bahawasanya selain dari nabi, walaupun dia bersembahyang selama umur nabi Nuh sekalipun dia tidak akan mencapai pahala seorang nabi pun”. (al-Manar al-Munif)

Kenyataan bahawa ini adalah raja istighfar bercanggah dengan hadis yang sahih yang diriwayatkan dari syaddad bin Aus :

“عن النبي  قال: سَـيِّدُ الإستِغْـفَار: اللهُـمَّ أنتَ ربِّي، لا إلـهَ إلا أنتَ، خَلَقْتَنِي، وأناَ عَبْدُكَ وأناَ عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أعُوْذُ بِكَ مِن شَـرِّ ما صَنَعْتُ، أبُـوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَليَّ وأبُـوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إلا أنْتَ”.

Maksudnya:

Nabi s.a.w. bersabda bahawa istighfar inilah yang dinamakan penghulu istighfar, sesiapa yang membacanya pada waktu petang kemudian mati pada malamnya akan memasuki syurga, dan sesiapa yang membacanya pada waktu pagi kemudian mati pada hari itu akan memasuki syurga.(al-Bukhari)

doa awal dan akhir tahun

Seterusnya dinyatakan, inilah doa akhir tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali pada akhirnya waktu asar hari ke 29 atau 30 daripada bulan zulhijjah, maka barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini maka diampuni Allah Ta’ala sekalian dosanya yang setahun ini. Inilah doanya:

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اللّهُمَّ ماَ عَمِلْتُ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنِي عَنْهُ فَلَمْ أَتُبْ مِنْهُ ولَمْ ترضه ولم تَنْسَهُ وحَلِمْتَ عَلَيَّ بعدَ قُدْرَتِكَ على عُقُوبَتِي ودَعَوتَنِي إلَى التَّوْبَةِ منه بعد جُرْآتِي على مَعْصِيَتِكَ فَإنِي استغفرك فاغفرلِي وما عَمِلْتُ فيها مِمَّا ترضاه ووَعَدْتَنِي عليه الثَّوابَ فأسئلك اللهم يا كَرِيْمُ ياذا الجلال والإكرام أن تتَقَبَّلَهُ مِنِّي ولا تَقْطَعُ رَجَاِئي مِنْكَ يا كرِيْمُ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Sementara fadhilat doa awal tahun pula dinyatakan, Inilah fadhilat doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca dia ini 3 kali kemudian daripada sembahyang maghrib pada malam satu haribulan Muharram dan barangsiapa membaca ini maka bahawasanya syaitan berkata Ia telah amanlah anak adam ini daripada aku barang yang tinggal daripada umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta’ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan, inilah doanya:

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اللّهُمَّ أنت الاَبَدِيُّ القَدِيْمُ الأوَّلُ وعلى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وُجُودِكَ المُعَوَّلِ، وهذا عَامٌ جَدِيْدٌ قد أقبَلَ نَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فيه من الشيطانِ وأوْلِياَئِهِ وجُنُودِهِ، والعَوْنَ على هذه النَّفْسِ الأمارة بالسوءِ، والاشتِغاَلَ بما يُقَرِّبُنِي إلَيكَ زُلْفَى ياذا الجلالِ والإكرامِ يا ارحمَ الراحِمِيْنَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Jamaluddin al-Qasimi berkata doa ini ialah doa yang direka dan tidak berasal dari Nabi s.a.w. tidak juga berasal dari para sahabat, tabiin dan tidak diriwayatkan dalam musnad-musnad sehinggakan ianya tidak wujud dalam kitab maudhuat (iaitu kitab yang memuatkan hadis-hadis palsu). Doa ini hanya dicipta oleh syeikh jadi-jadian. Dan perkataan “berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini” merupakan suatu pembohongan yang sangat besar ke atas Allah dan Rasul-Nya. (Islahul Masajid hlm 129)

Doa Haikal

Satu lagi doa yang tidak warid dari Nabi s.a.w. serta fadhilat yang melampau-lampau terkandung dalam majmuk syarif ialah doa haikal. Dinyatakan seperti berikut “ Inilah khasiat fadhilat doa haikal yakni tujuh doa daripada nombor 1 sampai 7 dan sampai Qul ‘Auzu birab binnas bahawasanya adalah diriwayatkan oleh nabi kita s.a.w. pada suatu hari sedang nabi kita duduk dalam masjid madinah maka

Jibrail alaihi salam pun datang membawa firman ujarnya : wahai Rasulullah salamullah ta’ala pada tuan hamba dan firmannya hai kekasihku adapun doa HAIKAL yakni 7 doa ini dihantarkan Tuhan pada tuan hamba maka barangsiapa yang tiada percaya pada doa ini KAFIR lah ia dan barangsiapa membaca dia atau menyimpan dia maka Allah subhanahu wa ta’ala melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka.

Ya Muhammad s.a.w. barangsiapa menaruh doa ini di dalam rumahnya maka tiada boleh masuk jin dan syaitan ke dalam rumahnya itu. Ya Muhammad barangsiapa suratkan doa ini dan dipakai diperbuat tangkal nescaya terlepaslah ia daripada azab sengsara dan wabak dan duduk dalam aman dan lagi barangsiapa yang menaruh doa ini sentiasalah ia dihormati orang termulialah ia pada orang banyak dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab sakarat maut itu maka dengan mudahnya sahaja nyawa itu keluar. Barangsiapa membaca doa ini tiap-tiap hari dan jika tiada boleh membaca diperbuatnya azimat nescaya beroleh pahala umpama membaca

-70 ribu kali khatam quran dan
-70 ribu mati syahid dan
-70 ribu naik haji dan
-mendapat kebajikan seumpama membuat 70 ribu masjid
-memerdekakan 70 ribu hamba
-Menjamu 70 ribu orang berbuka puasa
-70 orang hafaz quran
-70 ribu alam
-70 ribu ahli ibadah
-70 ribu malaikat
-70 ribu nabi dan beroleh kekayaan, kebesaran Jibrail, Mikail, Israfil, Izrail.

Ya Muhammad s.a.w. barangsiapa menaruh, maka dengan berkatnya terlepas ia daripada segala orang yang membuat fitnah dan luputlah ia dari sekalian orang yang membuat fitnah dan luputlah ia daripada sekalian bala’ dan jika ada dia berhutang nescaya terlepaslah ia daripada hutangnya itu dan segala musuhnya pun binasalah.

Kemudian dalam buku tersebut membawa beberapa contoh kejadian aneh yang berlaku ke atas pengamal doa Haikal tersebut.
Diceritakan ada seorang yang telah dituduh mencuri di negeri Baghdad, apabila dibawa kepada hakim Baghdad ia telah dijatuhkan hukuman pancung. Maka si tukang pemancung itu pun cuba memancung kepala lelaki tersebut tetapi sedikit pun tidak dapat mencederakannya. Kemudian diselamkan lelaki tersebut tetapi tidak lemas, kemudian dibakar, tetapi tidak terbakar. Melihatkan keadaan yang demikian itu maka hakim bertanya kepada lelaki tersebut apakah amalan yang diamalkannya? Maka jawab lelaki tersebut dikepalaku terdapat fadhilat doa Haikal, maka dengan berkat doa itu tidak akan terjadi sesuatu pun terhadapku, dan suatu bala’ pun tidak akan menghampiriku…”

Inilah fadhilat-fadhilat yang disebutkan di dalamnya. Dan diakhir fadhilat yang dinyatakan dalam kitab tersebut “Adapun fadhilat doa haikal ini terlalu banyak kadar diambil ringkasnya sahaja disini, sesungguhnya tiadalah syak lagi barangsiapa tiada percaya doa ini nescaya menjadi KAFIR”.

Hukam-hakam syarak dibina di atas dalil al-Quran dan sunnah. Ancaman kafir sesiapa yang tidak mempercayai doa ini adalah satu pembohongan kerana ianya tidak diketahui dari manakah datangnya fadhilat-fadhilat terhadap doa ini sedangkan persoalan Takfir merupakan hukum syarak. Sekiranya dilihat dari fadhilat doa ini seolah-olah cukup hanya mengamalkan doa ini kita akan mendapat pahala yang sangat besar seperti pahala 70 ribu nabi dan sebagainya. Ianya juga tidak masuk akal dan bertentangan dengan al-Quran. Al-Quran menyatakan Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan. Adakah doa ini lebih baik dari Lailatul-Qadar?

Dukacita kita nyatakan disini bahawasanya secara tidak langsung doa ini akan meninggalkan kesan-kesan yang buruk kepada pengamalnya apatah lagi mereka yang mengamalkan doa ini terdiri daripada mereka yang jahil terhadap agama.

Antara kesan buruk yang boleh kita senaraikan disini ialah:

1- Masalah takfir iaitu dengan mudah menghukumkan kafir kepada mereka yang tidak mempercayai fadhilat doa ini. Sedangkan fadhilat-fadhilat yang dinyatakan jelas bertentangan dengan al-Quran dan sunnah.

2- Menjadikannya tangkal atau azimat sedangkan ianya jelas diharamkan di dalam Islam. Ini akan menyebabkan seseorang itu terpesong aqidahnya dengan sebab mempercayai tangkal dapat menghilangkan azab sengsara, menjauhkan bala’ dan sebagainya.

3- Dengan membacanya mendapat pahala 70 ribu pahala nabi, rasul sehinggakan malaikat pun dapat di atasi dengan hanya membaca doa ini. Ini akan menyebabkan masyarakat menganggap dengan hanya membaca doa ini dia sudah pun mendapat pahala yang tidak terhitung banyaknya menyebabkan mereka meninggalkan perkara-perkara atau kewajipan-kewajipan agama yang lain, contohnya jihad.

4- Mereka yang berhutang akan menganggap dengan membaca doa ini hutang-hutang mereka terlepas. Sedangkan diriwayatkan bahawa Nabi  tidak menyembahyangkan jenazah yang masih lagi belum melangsaikan hutangnya.

5- Dengan membaca serta mengamalkan doa ini akan menjadi kebal. Ditikam tidak tembus, tidak lemas di dalam air dan sebagainya. Ini adalah kepercayaan karut. Sekiranya dengan membaca doa ini akan menjadi kebal sudah tentu nabi dan para sahabat membacanya ketika dalam peperangan badar dan sebagainya, sebaliknya Hamzah telah Syahid dalam peperangan Uhud dan nabi sendiri telah cedera di dalam peperangan yang sama.

Kesimpulan

Inilah antara kandungan yang terdapat di dalam buku kecil ini disamping kandungan yang lainnya seperti talqin mayat, doa kanzul Arasy, dan doa Ukasyah r.a. Malangnya masyarakat kita tidak mengetahuinya dan ianya dijual secara meluas. Bertambah malang apabila para pendakwah kita tidak mengambil berat persoalan seperti ini bahkan turut mempromosikannya kepada masyarakat. Adalah menjadi kewajipan pihak-pihak berwajib di dalam negara ini untuk mengharamkan penyebaran buku kecil ini terutamanya dari pihak yang mencetak buku ini dari terus tersebar di dalam masyarakat kita.

12 comments:

Mohd Yaakub bin Mohd Yunus said...

Assalaamu'alaikum

Alhamdulillah satu pendedahan yang ilmiah dan bermanfaat untuk seluruh masyarakat. Tahniah!

Teruskan usaha yang murni ini.

Sekian Wassalaam

Araif bin Kasa said...

Syukur kepada Allah kerana telah menunjukkan satu artikel yang berguna kepada saya.

Ini disebabkan pada awal minggu lepas saya menghadiri kuliah magrib di surau kawasan perumahan yang saya diami. Penceramah ada menyentuh tentang keutamaan membaca istigfar Rejab dan menyuruh kami merujuk dalam kitab Majmuk Syarif. Dalam fikiran, saya tertanya-tanya tentang kelebihan istigfar ini kerana penceramah menceritakan seorang penduduk luar Madinah yang digelar Fasik (namanya saya terlupa) boleh mendapat keampunan Allah hanya kerana amalan ini. Lebih-lebih lagi apabila dikatakan malaikat Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w memerintahkan baginda menguruskan jenazah si 'fasik' tadi. Tentunya satu penghormatan sebab bukan semua orang pada masa tu boleh mendapat khidmat pengurusan jenazah secara terus dari Rasullullah. Secara zahirnya kalau tidak solat dan digelar 'fasik' tentu banyak dosa-dosa terutama dosa syirik dengan Allah dan keampunan dari Allah hanya melalui taubat nasuha itupun tidak kepada dosa mensyirikkan Allah.

Sejak balik dari ceramah itu saya banyak 'surf' dalam internet untuk mencari bacaan alternatif mengenai istigfar Rejab dan kitab Majmuk Syarif yang dikatakan terkenal itu.

Syukur, hari ini saya menemuinya dan ini menjadi satu pengetahuan berguna untuk saya.

Semoga ustaz teruskan usaha murni ini bagi membasmi semua amalan-amalan 'renovasi' yang tidak dicontohkan dari Nabi s.a.w.

Wassalam.

al-Ameen said...

Saudaraku yg kumuliakan,
doa itu (Doa Haikal) adalah doa mulia, walaupun riwayatnya tidak shahih namun artinya baik, dan banyak para ulama membacanya, demikian pada apa yg tercantum pada Majmu Syarif, ia adalah doa doa mulia, walau riwayatnya dhoif namun para ulama dan Muhaddits banyak yg mendukungnya,

doa dari hadits dhoif adalah doa dari hadits Rasul saw atau doa dari ucapan sahabat rasul saw, maka ia baik diamalkan, karena ianya lebih mulia dari ucapan/doa ciptaan ulamak,

tidak semua hadits dhoif itu adalah hadit palsu, saya tampilkan artikel daripada Al-Fadhil Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa memngenai hadits dhoif :

Hadits Dhoif adalah hadits yg lemah hukum sanad periwayatnya atau pada hukum matannya, mengenai beramal dg hadits dhaif merupakan hal yg diperbolehkan oleh para Ulama Muhadditsin,
Hadits dhoif tak dapat dijadikan Hujjah atau dalil dalam suatu hukum, namun tak sepantasnya kita menafikan (meniadakan) hadits dhoif, karena hadits dhoif banyak pembagiannya,

Dan telah sepakat jumhur para ulama untuk menerapkan beberapa hukum dg berlandaskan dg hadits dhoif, sebagaimana Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah, menjadikan hukum bahwa bersentuhan kulit antara pria dan wanita dewasa tidak membatalkan wudhu, dengan berdalil pada hadits Aisyah ra bersama Rasul saw yg Rasul saw menyentuhnya dan lalu meneruskan shalat tanpa berwudhu, hadits ini dhoif, namun Imam Ahmad memakainya sebagai ketentuan hukum thaharah.

Hadits dhoif ini banyak pembagiannya, sebagian ulama mengklasifikasikannya menjadi 81 bagian, adapula yg menjadikannya 49 bagian dan adapula yg memecahnya dalam 42 bagian, namun para Imam telah menjelaskan kebolehan beramal dengan hadits dhoif bila untuk amal shalih, penyemangat, atau manaqib, inilah pendapat yg mu’tamad, namun tentunya bukanlah hadits dhoif yg telah digolongkan kepada hadits palsu.

Sebagian besar hadits dhoif adalah hadits yang lemah sanad perawinya atau pada matannya, tetapi bukan berarti secara keseluruhan adalah palsu, karena hadits palsu dinamai hadits munkar, atau mardud, Batil, maka tidak sepantasnya kita menggolongkan semua hadits dhaif adalah hadits palsu, dan menafikan (menghilangkan) hadits dhaif karena sebagian hadits dhaif masih diakui sebagai ucapan Rasul saw, dan tak satu muhaddits pun yg berani menafikan keseluruhannya, karena menuduh seluruh hadist dhoif sebagai hadits yg palsu berarti mendustakan ucapan Rasul saw dan hukumnya kufur.

Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yg sengaja berdusta dengan ucapanku maka hendaknya ia bersiap siap mengambil tempatnya di neraka" (Shahih Bukhari hadits no.110),

Sabda beliau SAW pula : "sungguh dusta atasku tidak sama dengan dusta atas nama seseorang, barangsiapa yg sengaja berdusta atas namaku maka ia bersiap siap mengambil tempatnya di neraka" (Shahih Bukhari hadits no.1229),

Cobalah anda bayangkan, mereka yg melarang beramal dengan seluruh hadits dhoif berarti mereka melarang sebagian ucapan / sunnah Rasul saw, dan mendustakan ucapan Rasul saw.

Wahai saudaraku ketahuilah, bahwa hukum hadits dan Ilmu hadits itu tak ada di zaman Rasulullah saw, ilmu hadits itu adalah Bid'ah hasanah, baru ada sejak Tabi'in, mereka membuat syarat perawi hadits, mereka membuat kategori periwayat yg hilang dan tak dikenal, namun mereka sangat berhati hati karena mereka mengerti hukum, bila mereka salah walau satu huruf saja, mereka bisa menjebak ummat hingga akhir zaman dalam kekufuran, maka tak sembarang orang menjadi muhaddits, lain dengan mereka ini yg dengan ringan saja melecehkan hadits Rasulullah saw.

Sebagaimana para pakar hadits bukanlah sebagaimana yg terjadi dimasa kini yg mengaku ngaku sebagai pakar hadits, seorang ahli hadits mestilah telah mencapai derajat Alhafidh, alhafidh dalam para ahli hadits adalah yg telah hafal 100 ribu hadits berikut hukum sanad dan matannya, sedangkan 1 hadits yg bila panjangnya hanya sebaris saja itu bisa menjadi dua halaman bila ditulis berikut hukum sanad dan hukum matannya, lalu bagaimana dg yg hafal 100 ribu hadits?.

Diatas tingkatan Al Hafidh ini masih adalagi yg disebut Alhujjah, yaitu yg hafal 300 ribu hadits dengan hukum matan dan hukum sanadnya, diatasnya adalagi yg disebut : Hakim, yaitu yg pakar hadits yg sudah melewati derajat Ahafidh dan Alhujjah, dan mereka memahami banyak lagi hadits hadits yg teriwayatkan.
(Hasyiah Luqathuddurar Bisyarh Nukhbatulfikar oleh Imam Al Hafidh Ibn Hajar Al Atsqalaniy).

Diatasnya lagi adalah derajat Imam, sebagaimana Imam Ahmad bin Hanbal yg hafal 1 juta hadits dengan sanad dan matannya, dan Ia adalah murid dari Imam Syafii rahimahullah, dan dizaman itu terdapat ratusan Imam imam pakar hadits.

Perlu diketahui bahwa Imam Syafii ini lahir jauh sebelum Imam Bukhari, Imam Syafii lahir pada th 150 Hijriyah dan wafat pd th 204 Hijriyah, sedangkan Imam Bukhari lahir pada th 194 Hijriyah dan wafat pada 256 Hijriyah, maka sebagaimana sebagian kelompok banyak yg meremehkan Imam syafii, dan menjatuhkan fatwa fatwa Imam syafii dg berdalilkan shahih Bukhari, maka hal ini salah besar, karena Imam Syafii sudah menjadi Imam sebelum usianya mencapai 40 tahun, maka ia telah menjadi Imam besar sebelum Imam Bukhari lahir ke dunia.
Lalu bagaimana dengan saudara saudara kita masa kini yg mengeluarkan fatwa dan pendapat kepada hadits hadits yg diriwayatkan oleh para Imam ini?, mereka menusuk fatwa Imam Syafii, menyalahkan hadits riwayat Imam Imam lainnya,
seorang periwayat mengatakan hadits ini dhoif, maka muncul mereka ini memberi fatwa bahwa hadits itu munkar, darimanakah ilmu mereka?, apa yg mereka fahami dari ilmu hadits?, hanya menukil nukil dari beberapa buku saja lalu mereka sudah berani berfatwa, apalagi bila mereka yg hanya menukil dari buku buku terjemah, memang boleh boleh saja dijadikan tambahan pengetahuan, namun buku terjemah ini sangat dhoif bila untuk dijadikan dalil.

Saudara saudaraku yg kumuliakan, kita tak bisa berfatwa dengan buku buku, karena buku tak bisa dijadikan rujukan untuk mengalahkan fatwa para Imam terdahulu, bukanlah berarti kita tak boleh membaca buku, namun maksud saya bahwa buku yg ada zaman sekarang ini adalah pedoman paling lemah dibandingkan dengan fatwa fatwa Imam Imam terdahulu, terlebih lagi apabila yg dijadikan rujukan untuk merubuhkan fatwa para imam adalah buku terjemahan.

Sungguh buku buku terjemahan itu telah terperangkap dengan pemahaman si penerjemah, maka bila kita bicara misalnya terjemahan Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, sedangkan Imam Ahmad bin Hanbal ini hafal 1 juta hadits, lalu berapa luas pemahaman si penerjemah yg ingin menerjemahkan keluasan ilmu Imam Ahmad dalam terjemahannya?

Bagaimana tidak?, sungguh sudah sangat banyak hadits hadits yg sirna masa kini, bila kita melihat satu contoh kecil saja, bahwa Imam Ahmad bin Hanbal hafal 1 juta hadits, lalu kemana hadits hadits itu?, Imam Ahmad bin Hanbal dalam Musnad haditsnya hanya tertuliskan hingga hadits no.27.688, maka kira kira 970 ribu hadits yg dihafalnya itu tak sempat ditulis…!
Lalu bagaimana dengan ratusan Imam dan Huffadh lainnya?, lalu logika kita, berapa juta hadits yg sirna dan tak sempat tertuliskan?, mengapa?

Tentunya dimasa itu tak semudah sekarang, kitab mereka itu ditulis tangan, bayangkan saja seorang Imam besar yg menghadapi ribuan murid2nya, menghadapi ratusan pertanyaan setiap harinya, banyak beribadah dimalam hari, harus pula menyempatkan waktu menulis hadits dengan pena bulu ayam dengan tinta cair ditengah redupnya cahaya lilin atau lentera, atau hadits hadits itu ditulis oleh murid2nya dg mungkin 10 hadits yg ia dengar hanya hafal 1 atau 2 hadits saja karena setiap hadits menjadi sangat panjang bila dg riwayat sanad, hukum sanad, dan mustanadnya.
Bayangkan betapa sulitnya perluasan ilmu saat itu, mereka tak ada surat kabar, tak ada telepon, tak ada internet, bahkan barangkali pos jasa surat pun belum ada, tak ada pula percetakan buku, fotocopy atau buku yg diperjualbelikan.

Penyebaran ilmu dimasa itu adalah dengan ucapan dari guru kepada muridnya (talaqqiy), dan saat itu buku hanyalah 1% saja atau kurang dibanding ilmu yg ada pd mereka.

Lalu murid mereka mungkin tak mampu menghafal hadits seperti gurunya, namun paling tidak ia melihat tingkah laku gurunya, dan mereka itu adalah kaum shalihin, suci dari kejahatan syariah, karena di masa itu seorang yg menyeleweng dari syariah akan segera diketahui karena banyaknya ulama.

Oleh sebab itu sanad guru jauh lebih kuat daripada pedoman buku, karena guru itu berjumpa dengan gurunya, melihat gurunya, menyaksikan ibadahnya, sebagaimana ibadah yg tertulis di buku, mereka tak hanya membaca, tapi melihat langsung dari gurunya, maka selayaknya kita tidak berguru kepada sembarang guru, kita mesti selektif dalam mencari guru, karena bila gurumu salah maka ibadahmu salah pula.
Maka hendaknya kita memilih guru yg mempunyai sanad silsilah guru, yaitu ia mempunyai riwayat guru guru yg bersambung hingga Rasul saw.
Hingga kini kita ahlussunnah waljamaah lebih berpegang kepada silsilah guru daripada buku buku, walaupun kita masih merujuk pada buku dan kitab, namun kita tak berpedoman penuh pada buku semata, kita berpedoman kepada guru guru yg bersambung sanadnya kepada Nabi saw, ataupun kita berpegang pada buku yg penulisnya mempunyai sanad guru hingga nabi saw.

Maka bila misalnya kita menemukan ucapan Imam Syafii, dan Imam Syafii tak sebutkan dalilnya, apakah kita mendustakannya?, cukuplah sosok Imam Syafii yg demikian mulia dan tinggi pemahaman ilmu syariahnya, lalu ucapan fatwa fatwanya itu diteliti dan dilewati oleh ratusan murid2nya dan ratusan Imam sesudah beliau, maka itu sebagai dalil atas jawabannya bahwa ia mustahil mengada ada dan membuat buat hukum semaunya.

Maka muncullah dimasa kini pendapat pendapat dari beberapa saudara kita yg membaca satu dua buku, lalu berfatwa bahwa ucapan Imam Syafii Dhoif, ucapan Imam hakim dhoif, hadits ini munkar, hadits itu palsu, hadits ini batil, hadits itu mardud, atau berfatwa dengan semaunya dan fatwa fatwa mereka itu tak ada para Imam dan Muhaddits yg menelusurinya sebagaimana Imam imam terdahulu yg bila fatwanya salah maka sudah diluruskan oleh imam imam berikutnya, sebagaimana berkata Imam Syafii : “Orang yg belajar ilmu tanpa sanad guru bagaikan orang yg mengumpulkan kayu baker digelapnya malam, ia membawa pengikat kayu bakar yg terdapat padanya ular berbisa dan ia tak tahu” (Faidhul Qadir juz 1 hal 433), berkata pula Imam Atsauri : “Sanad adalah senjata orang mukmin, maka bila kau tak punya senjata maka dengan apa kau akan berperang?”, berkata pula Imam Ibnul Mubarak : “Pelajar ilmu yg tak punya sanad bagaikan penaik atap namun tak punya tangganya, sungguh telah Allah muliakan ummat ini dengan sanad” (Faidhul Qadir juz 1 hal 433)

Semakin dangkal/cetek ilmu seseorang, maka tentunya ia semakin mudah berfatwa dan menghukumi, semakin ahli dan tingginya ilmu seseorang, maka semakin ia berhati hati dalam berfatwa dan tidak ceroboh dalam menghukumi.

Maka fahamlah kita, bahwa mereka mereka yg segera menafikan / menghapus hadits dhoif maka mereka itulah yg dangkal pemahaman haditsnya, mereka tak tahu mana hadits dhoif yg palsu dan mana hadits dhoif yg masih tsiqah untuk diamalkan, contohnya hadits dhoif yg periwayatnya maqthu’ (terputus), maka dihukumi dhoif, tapi makna haditsnya misalnya keutamaan suatu amal, maka para Muhaddits akan melihat para perawinya, bila para perawinya orang orang yg shahih, tsiqah, apalagi ulama hadits, maka hadits itu diterima walau tetap dhoif, namun boleh diamalkan karena perawinya orang orang terpercaya, Cuma satu saja yg hilang, dan yg lainnya diakui kejujurannya, maka mustahil mereka dusta atas hadits Rasul saw, namun tetap dihukumi dhoif, dan masih banyak lagi contoh contoh lainnya,

Masya Allah dari gelapnya kebodohan.. sebagaimana ucapan para ulama salaf : “dalam kebodohan itu adalah kematian sebelum kematian, dan tubuh mereka telah terkubur (oleh dosa dan kebodohan) sebelum dikuburkan”.

walillahittaufiq

furqon said...

assalamualaikum. kalau ada doa-doa dari hadisyang shohih knapa mesti memakai doa-doa dari hadis yg dhoif? bukankah doa-doa dari hadis yang shohih sudah cukup?

azmi said...

Persoalannya, berdosakah beramal dengan hadith dho'if? Adakah sama hadith Dho'if dengan maudhu'? Kalau tak salah dan kita mengharamkannya atau mengkafirkan/menyesatkan orang yang beramal dengannya...apa pula hukumnya? Harap penjelasan supaya saya lebih faham.

disfun said...

masalahnya ada yg mnjdikan sandaran kuat trhdap hadith dhaif..! mngapa dlm urusan harian kita teliti mmerhatikan "kebenaran" ssuatu berita @ cerita tetapi agak remeh dlm hadith rasul yg mulia? bahkan ada yg begitu ekstrem mnyokong/mengangkat hadith2 dhaif. (ap yg dmaksudkan dsini ialah hdith yg prawinya dspakati oleh ramai muhaddith akn klemahannya & dirayahnya).. bukan kah sikap mnerima apa yg 50% kesahihannya juga boleh dkategorikan sbg "mngambil mudah" dlm urusan wahyu nabi???? lebih baik kita berwaspada!
soal berdoa guna hadith dhaif tiada slahya slagi hdith itu bersih dr anasir2 bertentangan dgn alquran & sunnah. tetapi bnayk lg hadith sahih, mngpa kita pndang sebelah mata?

abu sarah said...

Sungguh kamu ini orang yang bodoh!

abu sarah said...

Sekarang MKA doktor di IJN.

Unknown said...

Doa-doa yang shahih saja banyak tak terhafal,tak teramal. Inikan pula nak mengamal yg tak warid dari al Quran dan as sunnah. Merasa diri lebih alim dari baginda Nabi

Unknown said...

Bukankah kalian baca dari alquran akhir dari surah alkahfi ayat dari 108 betapa luasnya dan sungguh agungnya ilmu alloh itu alloh pun telah menciptakan para ulama yg waro'apakah kalian tidak tersentuh dan takjub dengan penciptaan alloh yg dahsyat itu dahulu para ulama kiayayi begitu dihormati dan dicintai oleh para jamaahnya begitu didengar oleh para mustami'nya mereka pada sholeh tidak congkak tidak angkuh dan tetap bertawadhu akhirnya sampai pada akhir hayatnya banyak ditangisi orang mu'min muslim sampai kuburnya pun selalu dipenuhi orang berziarah.apakah kalian akan menganggap mereka ahli bidah yg tersesat sungguh kemana mata bathinmu jangan merasa ilmu kita udah sempurna tentunya kita harus merasa pengetahuan kita sangat minim sangat banyak yg kita tida mengetahuinya jangan sedikit sedikit dhoif dhoif tidak boleh dilakukan atau anda mau menjadi orang yg sombong angkuh seolah olah anda orang yg banyak ilmu istigfarlah anda sebelum anda menghadap alloh

joesyam said...

Tulisan pnjg..tapi xda nilai..kerana pemahaman yg salah...mintalah hidayah dri Allah supaya memperbetulknnya.

Massimo said...

Ini hujah wahabi ni