Mengada-adakan sesuatu yang tidak diajar oleh Rasulullah s.a.w tentang perkara ibadah adalah sesuatu ‘jenayah ke atas ketulenan agama’. Rosaknya wahyu-wahyu terdahulu yang dilakukan oleh yahudi dan kristian ialah mereka mengubah agama dan menokok tambah apa yang tidak diizinkan syarak. Akhirnya lihatlah gereja-gereja mereka dipenuhi dengan upacara-upacara yang tiada kaitan sama sekali dengan Musa a.s. dan Isa a.s. Justeru agama memerangi bid’ah dan penyelewengan fakta.
-Sahibus samahah Mufti kerajaan negeri Perlis
Alhamdulillah setelah diberi kekuatan oleh Allah Azzawajalla, saya telah menyusun buku Amalan Berzikir antara sunnah dan rekaan manusia. Buku ini ditulis untuk setiap golongan masyarakat di kalangan ustaz-ustaz, golongan professional, pelajar terutamanya pelajar yang berada di dalam jurusan agama dan seterusnya masyarakat awam yang ingin memahami permasalahan agama yang sedang dibincangkan pada masa ini.
1 comment:
Assalaamu`alaikum warahmatullahi wabarakaatuh
Tahniah saya ucapkan kerana telah berjaya mengarang sebuah buku yang bernilai dan saya telah pun membaca nya. sebenarnya saya juga dah lama nak mengarang buku seperti anta tetapi kerana masa tidak mengizinkan sehingga sekarang saya tak dapat selesaikan.Saya hanya dapat mengarang buku Mencontohi Haji Dan Umrah Mengikut Sunnah Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam yang sekarang ini masih diedit oleh penerbit.
sila lawati blog saya
http://umrahmengikutsunnah.blogspot.com
Blog saya tidak sempurna kerana saya tak tahu cara nak menghiasnya dan saya baru nak belajar tentang blog ini.
Saya sekarang mengajar di QLD, Matrikulasi centre UIAM dan saya juga adalah bekas boss Ustaz Mazlee sewaktu dia mengajar di QLD, Matric dahulu.
Sekian selamat berjuang Menegakkan Sunnah.
WALLAAHUL MUWAFFIQ.
Post a Comment