Sunday, May 6, 2007

GERAKAN AL-AHBASH:


UMAT ISLAM

MALAYSIA PERLU

B E R W A S PA D A !

Oleh: Muhammad Mustaqim Mohd Zarif
(Kolej Universiti Islam Malaysia)

Saban hari umat Islam berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran yang melanda mereka dalam pelbagai aspek kehidupan, baik dari segi ekonomi, politik dan sosial, mahupun dari segi pemahaman dan pengamalan agama dalam kehidupan mereka seharian. Antara cabaran mutakhir yang kian terasa bahangnya kepada umat Islam Malaysia sekarang ini ialah penyebaran fahaman Al-Ahbash di kalangan sesetengah golongan pelajar Islam yang telah berkesempatan melanjutkan pelajaran mereka di Timur Tengah, terutama di Lubnan, Jordan dan beberapa negara sekitarnya. Walaupun pada hakikatnya pergerakan ini sudah lama wujud di beberapa negara di Timur Tengah, la mula tersebar dan mendapat tempat di kalangan negara lain hasil daripada interaksi dan pertukaran budaya antara masyarakat dunia kini yang serba canggih dan bersifat global.

Secara amnya, gerakan ini merupakan satu fahaman sesat yang berteraskan ajaran dan corak pemikiran yang berlandaskan pentakwilan nas dan prinsip agama berdasarkan nafsu, dan merupakan kacukan ajaran kebatinan (batiniyyah), Syiah dan kumpulan tasawuf tertentu. Pengasasnya ialah Abdullah bin Muhammad al-Harari al-Habashi, seorang bangsa Ethiopia (Habsyi) yang menetap di Lubnan, dan pengikutnya digelar al-Habashiyah atau al-Ahbashsempena namanya. Semasa di Ethiopia. beliau telah banyak menimbulkan huru-hara dan kekacauan di kalangan umat Islam melalui permusuhannya dengan banyak pertubuhan Islam yang terdapat di situ.


Perbezaan pendapat dan fahaman dalam pengertian agama di samping perasaan benci dan taasub yang amat tinggi telah mendorongnya melancarkan gerakan besar-besaran bagi menghapuskan "musuh-musuhnya" yang terdiri daripada para guru al-Quran dan cerdik pandai Islam yang tidak sealiran dengannya. lni termasuklah meminta bantuan daripada pihak Kristian yang memerintah (Raja Haile Selassie) untuk merealisasikan impiannya secara total dan hasilnya, beberapa sekolah tahfiz di bawah naungan Pertubuhan Tahfiz al-Quran Kebangsaan di Harar, Ethiopia telah ditutup dan ditamatkan operasinya pada tahun 1940. Tidak cukup dengan itu, beliau juga telah berusaha sehingga berjaya meyakinkan kerajaan Ethiopia untuk memenjarakan beberapa personaliti agama yang tidak sehaluan dengannya termasuklah guru-guru mengajar al-Quran dan pendakwah-pendakwah Islam. Oleh sebab inilah beliau digelar Shaykh al-Fitnah (syeikh yang menyebarkan huru-hara) di kalangan penduduk Ethiopia.

Kemudian, apabila berpindah ke Lubnan, beliau telah berjaya memperoleh ramai pengikut setia yang gigih berusaha mengembangkan ajarannya menggunakan pelbagai taktik dan cara, sama ada dari segi pengedaran buku-buku mengenai Ahbash dari rumah ke rumah secara percuma mahupun dari segi psikologi. Tambahan pula, taktik ugutan dan kekerasan juga sering digunakan oleh pengikut gerakan Ahbash semasa berhadapan dengan orang yang mempersoalkan ajaran ataupun pemikiran guru mereka secara terbuka. Salah seorang pengikut setianya, Shaykh Nizar al-Halabi yang memegang jawatan sebagai "Mufti" bagi gerakan ini, mati dibunuh akibat kelancangan dan kesesatan fatwa-fatwanya. Para pengikut fahaman ini banyak bergantung kepada bahan penulisan yang dihasilkan oleh pengasasnya sendiri iaitu Abdullah al-Habashi seperti: buku Bughyatul Talib, al-Dalil al­Qawim, al-Nahjul al-Salim, al-Mawlid al-Nabawi, Manarul Huda, Fathul Rahman, Sarih al-Bayan dan yang terkini buku lzhar al-Aqidah al-Sunniyah dan Maqalat al-Sunniyah. Di samping itu juga, terdapat sebahagian sumber ajaran dan fatwa semasa dalam bentuk audio dan rakaman video.

Antara kesesatan ajaran gerakan ini ialah mereka mencaci para sahabat nabi SAW seperti menuduh Muawiyah b. Abu Sufyan sebagai penjual berhala dan menggalakkan orang menyembah berhala, mencemuh Aisyah dan Khalid b. Al-Walid, serta menghukum sahabat yang terlibat dalam peperangan Siffin menentang Saiyyidina Ali b. Abu Talib sebagai mati dalam keadaan jahiliyah. Begitu juga, mereka tidak teragak-agak mengkafirkan beberapa personaliti terkemuka Islam seperti Ibn Taimiyyah, Imam al-Dhahabi, Sayyid Sabiq (mereka menuduhnya sebagai Majusi), begitu juga tuduhan mereka terhadap Sayyid Qutub sebagai golongan Khawarij yang kafir.

Dan aspek akidah pula, mereka mengatakan bahawa al-Qu ran merupakan hasil daripada perkataan Jibril dan bukannya Kalam Allah. Begitu juga, mereka mempercayai bahawa Shaykh Abdul Qadir al-Jailani berkemampuan memadamkan api neraka dengan sekali hembusan sahaja, dan mereka banyak berpegang kepada ajaran yang berteraskan kepada fahaman Jabariyyah, Murji'ah dan Jahmiyyah.

Perbezaan pendapat dan fahaman dalam pengertian agama di samping perasaan benci dan taasub yang amat tinggi telah mendorongnya melancarkan gerakan besar-besarati bagi menghapuskan "musuh-musuhnya" yang terdiri daripada para guru al-Quran dan cerdik pandai Islam yang tidak sealiran dengannya. Ini termasuklah meminta bantuan daripada pihak Kristian yang me (Raja Haile Selassie) untuk merealisasikan impiannya secara total dan hasilnya, bah bawah naungan Pertubuhan Tahfiz al-Quran Kebangsaan di Harar, Ethiopia dan ditamatkan operasinya pada tahun 1940.


Antara kesesatan fatwa al-Ahbash dalam bidang fiqh ialah mereka mengharuskan mencuri harta orang Nasrani, menghalalkan judi dan riba, serta mengharuskan sembahyang hanya dengan berseluar dalam, kerana aurat pada takrif an mereka hanyalah menutup kemaluan depan dan belakang sahaja. Adapun peha dan sebagainya, maka ia tidak wajib ditutup. Zakat wang pula tidak wajib dikeluarkan atas alasan duit kertas yang digunakan sekarang ini tidak mempunyai nilai emas dan Perak, dan orang yang mempunyai berjuta ringgit sekalipun dianggap tidak layak mengeluarkan zakat.

Begitu juga, mereka telah mensyariatkan "helah syarak" sebagai komponen utama ajaran mereka. Sebagai contoh arak hukumnya haram, tetapi jika seseorang itu membeli sebotol arak dengan niat membayar harga botol itu dan bukan kerana kandungannya, maka harus baginya meminum arak itu.

Begitu juga, para pengikut gerakan ini boleh meninggalkan sembahyang Jumaat menggunakan "helah syarak" juga, iaitu dengan cara memakan makanan yang berbau seperti bawang putih dan sebagainya sebelum masuk waktu sembahyang supaya jatuh hukum kewajipan Jumaat dengan sebab itu. Dalam hal ini, mereka berlandaskan kepada hadith Nabi mafhumnya, "Barang siapa yang memakan bawang putih hendaklah dia menjauhkan diri daripada Masjid kami." (Riwayat Bukhari). Namun yang demikian diperhatikan bahawa hadith ini tidaklah boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan perkara wajib seperti sembahyang Jumaat dan seumpamanya, tetapi ia membawa kepada pengertian makruh iaitu setiap orang Islam yang hendak pergi ke masjid dan seumpamanya perlulah membersihkan dirinya dan tidak menyakiti orang lain dengan bau busuk daripada mulutnya. Daripada contoh ini, ternyata bahawa fahaman Ahbash ini mirip kepada perwatakan bangsa Yahudi yang menggunakan helah dalam "menipu" hukum Allah seperti penipuan mereka dalam perintah larangan menangkap ikan pada hari Sabtu sehingga mengakibatkan kermurkaan Allah dan mereka ditukarkan menjadi kera dan khinzir.

Dan aspek kemasyarakatan pula, kemunculan gerakan Ahbash yang jauh terpesong daripada fahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah berserta dengan ketaasuban dan pengasingan ahli-ahlinya daripada masyarakat merupakan satu tikaman yang memecah-belahkan kesatuan umat Islam. Di Lubnan misalnya, mereka mempunyai masjid khas untuk beribadat, dan jikalau terpaksa bersembahyang di masjid-masjid umum, mereka akan bersembahyang sesama sendiri tanpa mempedulikan jemaah yang lain. Ini sudah tentu akan membawa kepada timbulnya konflik di kalangan umat Islam yang sememangnya agak "tenat" pada masa sekarang. Ini ditambah pula dengan fatwa terkini kumpulan ini di Amerika Syarikat dan Kanada supaya mengubah arah kiblat 90 darjah daripada arah Kaabah, dengan alasan bahawa bumi ini berbentuk separa bulat dan bukannya bulat seperti yang didakwa.

Tambahan pula, gerakan ini berupaya bertukar menjadi militan dalam keadaan mendesak seperti yang berlaku di masjid Imam Ali yang merupakan salah sebuah masjid terbesar di Sydney, Australia beberapa tahun yang lalu. Dilaporkan bahawa beberapa pihak daripada gerakan Ahbash terlibat dalam perebutan kuasa dalam pentadbiran masjid yang mengakibatkan perbalahan yang serius. Dalam kemelut ini juga pihak berkuasa telah berjaya menangkap salah seorang anggota Ahbash yang membawa bersamanya bom api (molotov cocktail) yang ingin dilemparkan di beberapa kawasan masjid.

Seyogia diperhatikan juga bahawa
gerakan ini mempunyai dana kewangan yang cukup kukuh, sehingga mereka mampu mendirikan pusat gerakan dan masjid mereka dengan binaan yang indah dan mewah di samping memberikan bantuan kewangan kepada pengikut mereka. lni sebenarnya perlu diteliti dan dipersoalkan kerana kewujudan gerakan penghancur seumpama ini yang kukuh dari segi kewangan dan bergiat bebas dibanyak negara mengunjurkan kewujudan pihak "penaja" di belakangnya yang bertujuan menghancurkan Islam dan kesatuan umat di kalangan mereka sendiri.

Oleh yang demikian, umat Islam perlu berhati-hati terhadap sebarang bentuk tipu daya yang disebarkan oleh kumpulan in i kerana mereka selalu berselindung di sebalik dakwaan mereka sebagai pengikut mazhab Syafi'i dan mendakwa guru mereka (Abdullah al­Habashi) sebagai seorang ulama hadith.

1 comment:

En Ujang said...

Salam, Ust Fathul Bari telah ditahanoleh JAINS pada jam 11.31am, Hari ini (ahad 28/2/10), Di Maahad Ithiba As Sunnah , ketika memberikan kuliah... Foward pada semua rakan sunnah.