Monday, May 5, 2008

Apakah yang dimaksudkan Simbol berkenaan



Apakah yang dimaksudkan dengan simbol ini yang sering dibuat oleh artis ini???

Adakah ianya simbol rock atau simbol Setan??

Iluminati?

Begitulah keadaan anak muda kita, muslim....hanya meniru tanpa mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan simbol berkenaan...




http://www.jesus-is-savior.com/False%20Religions/Wicca%20&%20Witchcraft/signs_of_satan.htm



قال الله تعالى: وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

وفي الحديث
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَن

البخاري ومسلم




ْ

Saturday, May 3, 2008

Friday, May 2, 2008

KHUTBAH JUMAAT MUFTI PERLIS- 2 Mei 2008

KANGAR, 2 Mei (Hrkh)- Jika sebuah pemerintahan negara itu boleh diubah dengan perasaan dan kemarahan rakyat, mengapa tidak sebuah program hiburan yang tidak berprinsip juga diubah dengan kuasa rakyat, demikian intipati khutbah Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.

Katanya, artis membawa budaya yang melampau, bercanggah serta merosakkan bangsa dan budaya Melayu, juga sering mengakibatkan penonton-penonton menjerit-jerit seperti dalam zoo adalah bertentangan dengan agama.

Semasa berkhutbah di Masjid Alwi dekat sini tengahari tadi, Asri menyentuh tentang program Jom Heboh di Perlis yang sibuk diperkatakan apatah lagi beliau sendiri menyatakan bantahan sekiranya program tersebut melanggar peraturan yang ditetapkan.

"Islam bukanlah agama yang mengongkok sehingga menyusahkan manusia untuk hidup atau mengharamkan semua perkara untuk manusia. Demikian juga berhubung dengan hiburan. Islam tidak menghalang hiburan, tapi meletakkan batas dan mesti mengikut peraturan serta mempunyai garis panduan yang jelas.

"Festival Jom Heboh ini telah dibantah oleh beberapa buah negeri akibat pelbagai kontroversi yang timbul, sehingga ianya melangkah jauh beberapa negeri dan ia hinggap ke negeri ini. Kita bukan anti hiburan dengan mengatakan golongan muda, remaja hatta yang tuapun tak boleh berhibur, tapi mesti berperaturan.

"Kereta kita sendiri, harta sendiri yang dibeli dengan wang sendiri tapi apabila digunakan di jalanraya mestilah mengikut peraturan," katanya memberikan perumpamaan.

Katanya, setiap perkara mesti ada peraturannya dan Islam tidak pernah mengenal istilah hiburan tanpa batas atau hiburan tanpa had.

"Semua semua perkara ada 'rights and limits', ada hak dan hadnya maka apabila ia datang mestilah mengikut peraturan. Kita terkejut bila diiklankan ada artis yang dikenali bermasalah akan datang. Kita menegur bukan kerana beliau membuka baju tapi gelagatnya yangg berterusan. Kita mahu ada misi ada kejelasan.

"Kita tak mau apabila orang melihat hiburan bagikan pergi ke zoo, dengan melompat-lompat dan menjerit-jerit tanpa batasan dan tak tahu identiti.

Tapi dalam masa yang sama kita bercakap tentang memajukan Islam, memajukan umat Islam, mahukan minda kelas pertama tapi dalam masa yg sama kita menyogokkan kepada remaja dengan hiburan yang memperbodohkan mereka, dengan hiburan yang tidak membangunkan minda mereka," tegasnya.

Asri juga melihat betapa buruknya apabila hiburan yang dicontohi dari barat dibawa ke dalam minda anak-anak muda di negara ini.

"Artis di Barat menjerit-jerit dan melompat-lompat, jeritan dan lompatan itu menghasil wang yang banyak untuk menyara mereka dan jadikan manusia seperti kita menjadi pengikut, maka kita menjadi hamba kepada media.

"Tetapi jeritan artis dan remaja kita hanya yang didengar ialah tentang isu, cerita keruntuhan moral, penyalahgunaan dadah dan seumpamanya.

"Kita bercakap tentang kemajuan, adakah remaja kita tidak maju kerana tidak tahu melompat atau menjerit? Maka kita tak dapat menerima artis rock di negeri ini, hiburan kita berperaturan kita tak dapat terima unsur khurafat, campur gaul yang melampaui batasan, pendedahan tubuh dan tidak menghormati sensitiviti orang Islam dengan tidak dapat membezakan waktu solat. Sebelum ini kedengaran muzik dan bunyi-bunyian mengatasi suara azan. Kita telah banyak dicandukan dengan hiburan seperti ini setiap kali ada pesta hiburan yang meruntuhkan moral anak-anak kita," ujarnya.

Selain itu, beliau turut menyentuh tentang pembabitan anak-anak orang Melayu/Islam yang ramai setiap kali berlangsungnya pesta hiburan.

"Anak siapakah yang pergi ke hiburan itu? Kebanyakannya anak orang-orang Melayu yang mengaku Islam. Tapi apabila ada pesta buku, pesta ilmu atau pertandingan yang membangun minda yang kering-kontang adalah anak-anak orang Melayu yang mengaku Islam.
"Keruntuhan moral, keciciran dalam pelajaran dan pelbagai-bagai lagi disebut sedangkan negara ini semakin hari semakin dikutip dan direbut oleh orang lain. Alangkah buruk dan bodohnya generasi ini jika mereka terus dibiarkan tenggelam dalam hal yang sedemikian.
"Kita bukan ekstrimis agama atau anti hiburan tapi kita mahu melihat generasi ini maju ke hadapan dan demikian tanggungjawab kepimpinan orang Islam mestilah berfikir untuk memajukan umat mereka," serunya.

Asri turut menyeru ibu-bapa supaya mengambil tanggungjawab memastikan anak-anak agar tidak terbabit dalam Festival Jom Heboh di Perlis sekiranya ianya gagal mengikuti peraturan yang ditetapkan.

"Jika tidak menurut peraturan, ibu bapa mesti memastikan anak-anak mereka tidak terlibat sama. Allah Taala mengingatkan 'Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka'.

"Jika mematuhi aturan, bolehlah pergi melawat pameran atau hiburan yang tidak melampau. Tapi jika tidak patuh, kitalah ibu bapa yang bertanggungjawab memastikan unsur-unsur ini tidak meyusup masuk ke jiwa anak-anak.

"Jangan fikir kita sebagai ibu bapa siapalah kita untuk menghalang suatu program yang besar, tetapi hendaklah fikir kitalah yang bertanggungjawab dan memikul amanah.

"Jika pilihanraya yang membabitkan mengubah pemerintahan negara boleh dibubah dengan perasaan dan kemarahan rakyat apabila setiap orang merubahnya, demikianlah juga hiburan, apabila ianya tidak berprinsip, ianya boleh diubah dengan kuasa rakyat," katanya lagi.

sumber: harakahdaily

Thursday, May 1, 2008

MB positif dengan pandangan Mufti

Menteri Besar Perlis Datuk Dr Mohd Isa Sabu memandang positif terhadap pandangan Mufti Perlis SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkenaan Joom Heboh TV3. Demikian Bernama melaporkan semalam .

Menurut laporan berkenaan; Dr Mohd Isa akan membangkitkan pandangan mufti semasa perbincangan dengan pihak TV3 nanti.

Dr Mohd Isa mengatakan bahawa pandangan mufti itu akan dijadikan garis panduan, bukan sekadar untuk Jom Heboh TV3 tetapi untuk acara-acara hiburan pada masa akan datang di negeri Perlis.

Petikan Bernama :

Pandangan Mufti Mengenai Program Jom Heboh Perlu Diberi Perhatian

KANGAR, 1 Mei (Bernama) -- Pandangan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengenai program Jom Heboh perlu dilihat secara positif, kata Menteri Besar Perlis Datuk Dr Md Isa Sabu.

Beliau berkata mufti berkenaan telah bertemu beliau semalam untuk memberi pandangannya mengenai program tersebut yang diwar-war akan diadakan di Perlis selama dua hari pada hujung minggu ini di Stadium Utama.

"Pandangan mufti akan dibangkitkan pada mesyuarat bersama TV3 selaku penganjur program itu di sini esok," katanya.

Antara pandangan Dr Mohd Asri ialah program itu perlu dihentikan seketika ketika masuk waktu untuk bersembahyang serta tidak menampilkan artis yang tidak boleh menjadi contoh kepada orang ramai.

Semalam mufti tersebut turut memberi contoh nama penyanyi yang disifatkan sebagai tidak berdisiplin dan tidak patut mengambil bahagian dalam program hiburan berkenaan.

Dr Md Isa berkata pandangan Mufti Perlis itu akan menjadi garis panduan kepada program hiburan yang bakal diadakan di Perlis di masa depan.

"Pandangan mufti perlu diambil kira kerana program Jom Heboh itu juga terletak tidak jauh dari Masjid Putra dan Masjid Behor Empiang," katanya.

JOM HEBOH

Al-Allamah Syeikh Muhammad Soleh al-Utsaimin r.h.

Aqidah

Wednesday, April 30, 2008

KENYATAAN MEDIA JABATAN MUFTI PERLIS MENGENAI JOM HEBOH

Pada dasarnya, Jabatan Mufti Perlis tidak mengharamkan Program Jom Heboh anjuran Stesyen TV3, akan tetapi pihak Jabatan Mufti dukacita dengan nilai-nilai negatif yang terselit bersama dengan program Jom Heboh tersebut.


2. Pihak Jabatan Mufti mencadangkan garis panduan berikut sebagai panduan pelaksanaan program Jom Heboh di Negeri Perlis:


i. Program Jom Heboh tanpa konsert adalah satu keutamaan sekiranya hendak dilaksanakan di Negeri Perlis


ii. Jika disertai dengan program konsert, ia hendaklah terkawal dan berdisiplin

iii. Artis-artis yang menimbulkan contoh-contoh yang buruk seperti Faizal Tahir atau aliran artis lain dari aliran rock, dangdut dan seumpamanya yang mempromosikan gelagat-gelagat liar dan ala kebudak-budakan yang menghapuskan nilai-nilai kematangan hidup tidak boleh dibenarkan

iv. Maka artis-artis yang hendak dibawa masuk hendaklah artis yang telah dirujuk persetujuan dari Jabatan Mufti, secara umumnya dicadangkan artis-artis puisi seperti Kopratasa, Ramli Sarip dan Suhaimi Mior Hassan ataupun kumpulan-kumpulan nasyid di tanahair.

v. Sebarang aktiviti-aktiviti yang memperlihatkan nilai-nilai kebodohan yang seakan-akan memperlekehkan akal dan pemikiran rakyat adalah tidak boleh dibenarkan

vi. Unsur-unsur khurafat seperti penampilan kepercayaan-kepercayaan misteri dan karut tidak dibenarkan. Demikian juga jualan barang-barangan khurafat dan tahyul seperti kayu koka tidak dibenarkan

vii. Penganjur Jom Heboh hendaklah menghormati sensitiviti orang-orang Islam seperti tidak menguatkan bunyian-bunyian pada waktu solat sehingga kelihatan seperti tidak menghormati agama.


Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA”


Saya yang menjalankan tugas,

( DR. MOHD. ASRI BIN ZAINUL ABIDIN )

Mufti,

Kerajaan Negeri Perlis.

Monday, April 28, 2008

TAHNIAH di atas penubuhan Institut al-Mizan


Tahniah diucapkan kepada al-Fadhil Ustaz Musa Sadri dan Jamaah yang telah menubuhkan Institut al-Mizan yang sebenarnya telah bertapak lama di Kuala Pilah negeri Sembilan iaitu Markaz Ittiba' al-Sunnah yang diketuai oleh Ustaz Hasyim Ghani Rahimahullahu Ta'ala. Kita bersyukur kepada ALLAH s.w.t. kerana tertubuhnya satu lagi NGO dakwah kepada al-Quran dan sunnah di sana...

Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.Bhg S.S Dr. Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Kerajaan Negeri Perlis yang kebetulan memang berada di Negeri Sembilan kerana menghadiri Seminar Undang-undang JAKIM. Antara wakil-wakil yang turut hadir di majlis perasmian tersebut dari Institut Ibn Hajar Melaka yang baru ditubuhkan diwakili oleh Ustaz Minhat Mahmud, Ma'ahad Tahfiz al-Mizan Terengganu Ustaz Ghazali (Razali), Pertubuhan al-Islah Perlis Dato Abdul Rashid bersama rombongan satu bas, Pertubuhan Kebajikan al-Nida' Ustaz Sofwan Badri, Pertubuhan Muhammadiyyah Singapura Ustaz Abdul Salam Muhammad Sultan, Institut al-Qayyim Penang, turut kelihatan Ustaz Md Yatim, Ustaz Fadhlan Othman, Prof Farouk Muslim Profesional Forum, dan tidak dilupakan Institut al-Imam al-Syafie (INTIS) En Faris Aiman dan saudara masri yang bersemangat memberi ucapan....Dato Seri Shahidan Kassim tidak dapat hadir di saat-saat akhir..

Semoga dengan tertubuhnya Institut al-Mizan ini akan menyemarakkan lagi dakwah di bumi Malaysia khususnya di bumi Negeri Sembilan...