Monday, January 19, 2009

TV Israel Akui seorang tenteranya ditawan dan terbunuh kerana serangan sendiri


Al-Quds Infopalestin: TV 10 Israel petang semalam Isnin (19/1) mengakui, Batalion Izzuddin Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas berjaya menawan seorang tentera Israel yang kemudian terbunuh oleh serangan rakannya sendiri di Gaza.

Melaporkan kenyataan seorang komandan Israel, TV Israel menegaskan bahwa batalion Al-Qassam menawan seorang tentera Israel dalam sebuah pertempuran yang terjadi di Jalur Gaza. Namun tentera Israel lainnya melakukan serangan yang menyebabkan tentera Israil yang ditawan terbunuh di tangan rakannya sendiri.

Siaran TV Israel ini bertepatan dengan pernyataan Abu Ubdaidah, jurucakap Batalion Izzuddin Al-Qassam dalam sidang akhbarnya semalam (19/1) yang menegaskan bahwa pejuang-pejuangnya berjaya menawan sejumlah tentera Israel namun mereka kemudian terbunuh oleh peluru Israel sendiri sebelum berjaya disembunyikan.

Dalam penjelasannya, Abu Ubaidah mengatakan, pejuang Al-Qassam berjaya melakukan dua operasi penawanan sejumlah tentera Israel. Operasi pertama di timur kampung Tufah di hari ke tiga serangan darat Israel. Sejumlah tentera Israel berjaya ditawan. Pada saat operasi penawanan berjalan, pesawat helitempur Israel masuk melakukan serangan. Pejuang Al-Qassam yang menawan sejumlah tentera Israel dibom pesawat Israel. Akibatnya, tentera-tentera yang ditawan terbunuh dan seorang pejuang Al-Qassam Mahmod Rifi gugur syahid dan sejumlah pejuang lainnya cedera. Namun mereka selamat.

Operasi penawanan kedua, jelas Abu Ubaidah, terjadi di timur Jabalia pada (5/1), pejuang Al-Qassam menawan seorang tentera Israel dengan menggunakan jebakan yang sangat rapi di sebuah bangunan. Namun tentera Israel lainnya datang membawa seorang warga awam Palestin yang dijadikan tebusan untuk melakukan penawaran agar tentera Israel diserahkan. Namun pejuang menolaknya. Pada saat itulah, pesawat tempur Israel F16 datang melakukan serangan setelah dua hari ditawan. Akibatnya, tentera Israel itu terbunuh dan tiga pejuang Al-Qassam yang menawan gugur syahid. Para pejuang itu adalah Muhammad Farid Abdullah, Muhammad Abdullah Ubaid dan Eyad Hasan Ubaih.

Di sisi lain, komandan Israel Avavi menegaskan bahwa pertempuran yang berlangsung di Jalur Gaza antara pasukan Israel dengan brigade al-Qassam sangat sengit.

No comments: